Sunday, November 17, 2013

Merepek bagi hilang stress

Several days suda rasa tak berapa nak sihat. Gusi bengkak, rasa tak berapa nak sedap badan. Thats why Sabtu hari tu bangun sudala lambat..brunch pun goweng mee jer..pastu tido balik sampai jam 5lebih..huh! Heaven.

Bangun sebab ada appoinment. Bangun mandi kuar gi seksyen9 terus pi jumpa pengasuh baby. Baru nak bayar untuk bulan ni.

Tapi pun dah start sekolah baby takyah dah pi pengasuh. Abang ada boleh jaga.

Malam masak la untuk hari Ahad sebab ada kelas. Jam 11 tadi baru kuar. Lepak kedai mamak telan sekeping roti canai. Lepas tu pi seksyen18 pi print notes. Then gi klas. Diskasyen presentation finance. Buat acting sket pasal loan shark. Nanti mau edit burn kat cd. Petang jam 4 baru ada kelas entrepreneur. Lepas tu balik. Singgah lagi seksyen18 beli ubat sakit gusi.

Gusi bengkak lol. Sakit. Tahan jer. Nak makan pun kena makan gigi sebelah jer. Takmo pakai yang sakit gusi tuh. Balik sampai rumah sudah macam letih sangat campur lapar. Nasib baik lauk ikan asam pedas tak habis lagi dan elok lagi. Suruh Abang masak nasi jap. Lepas tu mamam suap baby dan adik.

La ni dapur sepah lagi. Mahu masak untuk esok pulak. Badan tak sedap letih lagi. Sakit gusi lagi belom telan ubat lagi. Mahu mandi nanti baru settle semua. Yang penting anak-anak dan mommy punya perut dah ada isi. Abang dan Kakak pergi surau. Mommy nak mandi sempat update blog. Esok kerja tataw jam berapa nanti bangun pagi. Sejak pindah susah nak bangun pagi. Lagi-lagi Abang dan Kakak dah jalan kaki pi sekolah. Setakat adik dan baby jam berapalah sangat nak hantar pi sekolah kan. Selalu terlajak.

Malas nak gerak rasa bak tidur terus. Siyes tadi dalam kelas mengantuk. Rasa badan letih. Mungkin penangan gusi bengkak satu badan lemah. Tapi mahu juga kena bergerak. Gerak selagi boleh gerak. Nanti tak boleh gerak satu benda dah tak boleh buat even nak taubat pun dah tak boleh.

Pagi tadi bangun tidur Abang mimpi Mommy pergi umrah. Kemudian pergi Haji bawak anak-anak sekali. Abang kata jumpa Atok kat sana sedang baling batu..apa ye namanya? Jamrah? Pastu Atok tanya Mommy mana? Abang kata Mommy dah masuk dalam. Atok kata takpelah terus pergi dan hilang. Tanda Atok rindu Mommy ka? Tapi selalu saja Hannan yang mimpi.

Abang kata harap mimpi jadi kenyataan. In shaa Allah. Yang mustahil kalau Allah izinkan pasti jadi tak mustahil. Yang tak mustahil kalau pun Allah tak izinkan pasti jadi mustahil. Tapi Abang mimpi Atok bercakap. Orang kata itu mainan syaitan. Tapi hari tu I mimpi Atok pun Atok cakap jugak. Before this pun sama. Hannan mimpi Atok 2kali juga bercakap. Not sure mungkin mainan tidur. Tapi Hannan pernah mimpi Atok marah before buat kenduri arwah yang last hari tu. Lepas kenduri Hannan mimpi Atok lagi ucap terima kasih. Tapi Mommy pesan setiap kali masuk duit dalam tabung..tak kiralah tabung apa niat mesti untuk Atok walaupun singgit. Walaupun seposen. Walaupun limousin. Heheheh

Mommy malas nak mandi. Tapi lepas tulis semua-semua kat atas rasa lega. Rasa macam apa dalam hati semua terluah. Rasa lega. Walaupun ada lagi nak citer dan citer. Tapi Mommy hairan kenapa Hannan jer banyak mimpi Atok. Atok marah dan Atok senyum. Sekali jer mimpi Atok marah. Mommy rahsiakan dari semua. Tapi bila Hannan kata mimpi Atok senyum..Mommy lega. Lega sangat.

Rasa sebak pulak tiba-tiba. Mungkin Atok memang risaukan Mommy. Sampai dalam tu pun still risau. Huhu.. Mommy nanesh sudah now. Takpa.. biar lega hati ni. Nangislah puas-puas. Biar hilang stress semua. Harap nanti Mommy jadi baik bak malaikat. Harap..harapan.. never despair..never lose hope. :)

posted from Bloggeroid