Wednesday, November 30, 2022
E & Z
Tuesday, October 5, 2021
Accept your qadr now. Understand it later
I pernah marah dan rasa dunia ni tidak adil. Yes, waktu tu i memang marah. Marah kepada Tuhan knp susah payahkan diri ini menjaga anak-anak hingga kesempitan wang. Kenapa yg sebelah sana seperti goyang2 anu je tanpa tahu erti tanggung jawab. Sorry i guna ayat kasaq. I susah payah kerja yg tak setara dengan apa yang i belajar. (Belajar management keje technical engineer) and i a am woman yang kena compete dengan para lelaki yg genius2. Rasa susah sangat stress ditempat kerja dan stress dirumah. Stress dari segi kewangan juga. Stresslah segala-galanya.
I dulu selalu terfikir apa yang Tuhan nak bagi sebab I rasa hidup i terlampau kacau bilau. Dengan ex-husband yang begitu. I tertunggu-tunggu apa hikmah di sebalik segala-gala-gala yang terjadi.
Dan sekarang baru i tahu.... Kbai
Saturday, October 2, 2021
Letter for ex-husband
Hi Ex
Hang sihat ke dak tuh? Sakit kaki? siaaan.. Gout ye? Makan ubat kay :)
Hang dah sakit macam ni ada hati nak get back? Oooo dulu masa anak-anak kecik.. sepah2 kat bawah flat tu hang amik taw ka makan minum depa? Tadakkan? Tak yah cakap pasal makanla.. Aku suruh hang cari duit untuk sekolah agamakan diorang hang kesah ka? hang tak kesah kan? Tapi takpa.. aku tanggung semua tu.. dengan sabar walau masa tu aku pun tunggang terbalik.
La ni aku tak boleh hadam hang nak get back? Sebab hang nampak aku dah boleh beli rumah? Sebab anak2 dah besar dah boleh jaga hang yang sakit2 tu? Hang ingat anak2 hang tu boleh di suruh2 macam khadam dan hang pulak goyang kaki? Hang nak suruh depa jaga kedai burger hang dengan alasan kaki hang bengkak, mak hang dah tua? Adakah hang duduk serumah tu hang betul2 jaga mak hang? Atau mak hang yang jaga hang? Adik beradik hang tepi2 rumah tu tak boleh jaga mak hang ka? hang sorang ka yang sediakan semua untuk mak hang? Aku tengok byk mak hang yang sediakan semua untuk hang. Dari motor, kereta and rumah. Semua mak hang sediakan.
Pahtu ayat maneh hang, ayat chia2 hang. "Kalau awak ditimpa hujan sekali lagi, boleh tak saya payung kan awak sekali lagi". Nak termuntah aku dengaq ayat hang nih. Aku ni ditimpa hujan sebab hang. hang tak sedaq ka? Hang ingat aku nak bawak hang masuk balik ka penyebab hujan yang dulu. Hang ni sampai bila nak sedaq ntah. Aku sebab sabar ja. kalau tak mahu aku dah santau hang. Aku tak rasa tanpa hang dalam hidup, aku ditimpa hujan. Sian eh hang tak sedaq lagi. Memang betullah decision aku untuk tinggalkan hang. Suka bawak masalah, suka buat muka kesian. Pemalas pun ye. haih!!
Tolong lah hang sedaq. ya tuhaaan
Tapi apa pun, aku doakan hang sedaqlah untuk apa yang jadi dalam hidup hang. Aku tak cakap hang salah 100 persen. Tapi banyak kesalahan yang hang buat dulu buat kita jadi mcm ni. Aku pun nak berterima kasih kat hang jugak, sbb kalau hang tak buat aku ditimpa hujan petir ribut puting beliung aku tak jadi macam aku sekarang.
last sekali, tolong.. hang tolonglah sedaq sebelum hang mati. kalau hang nak mati hang tak sedaq gak, mayat hang pun aku tamau tengok.
Kbai
Wednesday, August 11, 2021
Shit can happen anytime_design team going crazy!
Lately i banyak buat salah on preparing material. Gila banyak. Kadang i tak fahamla boss2 ni yang tak memahami kerja kuli2 kat bawah yang sangat serabut.
Tambahan lagi, dengan sistem yg jahanam unstable kena update seketul2. Then bila complain sistem like jahanam, sng je boss cakap, u have to use it otherwise kita cari orang lain yang nak guna sistem tu. Damn! This is all bullshit!!
Bila salah macam biasalah kita yang tak perform. Senang eh jadi boss2? Bila i nak jadi boss ni?
Monday, August 9, 2021
tellmewhyarewesoblindtosee,thattheonewehurtareyouandme
Tell me why are we so blind to see
That the one we hurt are you and me
Gangsta's Paradise
It's telling you about 2 parties hating each others, fighting each others but they didn't realize that they are hurting each others.
malam awal muharram 1443AH
Saturday, July 10, 2021
Cannot sleep la youu
Dah 6 bulan I pindah Puncak Alam. Alhamdulillah all went well.
I rasa I nak menikahlah. Tapi sebab banyak pikir, I membatalkan hasrat perkahwinan tu. Lagi pun kalau dulu I senang jatuh hati, now tak lagi. Bukan takde orang yang I suka.. aaddaaaaaaaa cumanya rahsia lah youuuuu.
Btw, siang tadi may laptop ocak tak oleh on, I decide beli refurbished laptop. Bolehla you cuma nak buat pakai buat kerja je. Yang rosak tu laptop umur 11 tahun. Nak beli baru tak mampuuuuuuu.
Monday, April 6, 2020
lelaki
.
First - part di industri pekerjaan. Kalau kau biasa2 je pun kau sng nak dapat kenaikan pangkat. But tgk post jugalah. Like me yg kerja under project team susah sgt boss nak bagi kepercayaan. Yeah. maybe because i ada kekurangan. Kekurangannya adalah i have degree in operation management not an engineering degree holder. And as a design engineer i should have a least basic auto cad but then i have no basic at all.
.
Second - gaji. Negara kita ni klu kerja in private sector rate gajis between male and female adalah berbeza ye kawan2. aku tak tahula klu GLC and gov bagaimana. But then since dip graduate i dah kerja private sector and i have experience on gaji between male and female. Kecuali kau expert nak mampos dalam bidang kau gajis kau mmg tahap tinggi nk mampos. tapi berapa kerat?
.
Third - pandangan masyarakat. Aku miss J. Dia mr D. Kalau sebagai ibu taknak jaga anak konfirm kena kutuk kaw2. kalau mr D? The society akan tak kesah pun. Aku cakap ni bukan aku tak nak jaga anak. Tidak. Cuma untuk perbandingan ye gais. dan byk lagilah society opinion on miss J ni kan. Ah aku rasa uolls tahu kan?
.
Fourth - tanggungjawab. Lelaki mmg tggjawabnya mencari nafkah dan melindungi keluarga. Kalau perempuan tu dapat lelaki tak guna mcm i dulu, dengan control nak mampus sebab takut aku be better and lari dari dia. sekali kena cerai kau menggagau nak merangkak woiiii. Kalau aku jadi lelaki, dah tentu2 aku jaga keluarga dan keturunan aku sebaik mungkin. Kan?
.
Aku takdek idea dah. tapi itu adalah sebab diantaranya aku terfikir klu aku jadi lelaki hidup ini lebih mudah. Sebab now pun semua aku buat mcm lelaki jugakkan. Cari duit untuk family. no single sen pun dari ajaren bongok nak mampos tuh. la ni bantuan BPN dia dapat 1600. senang2 je kan? pahtu enjoi sendiri duit tu. Aku? Malas je nak cerita. Biar aku je tahu apa yg aku hadap.
.
Pernah dulu aku rasa nak start merokok. sebab aku tengok lelaki merokok ni mcm hilang segala stress yg ada. naseb aku tak buat. heh!
