Wednesday, February 25, 2015

Sekian terima kasih

Kau orang nak tahu tak? Aku mula dari bawah..

Gaji aku mula2 dapat rm500 sebulan. Tu tahun 2002. Gaji kerani kat Used Car Company.
Lepas tu dapat up sikit. RM650. Jadi guru sementara. Setahun setengah jugakla ..
Then jadi kerani balik gaji rm500. Lepas tu 700. Lepas tu 1200. Lepas tu 1700. Lepas tu 2300 basic plus allowance 450. Yang last ni kat ZTE. Banyak naik dari 1700 tu kan. Kat ZTE walau tak sehebat orang lain punya gaji.. now dah dapat 3250 allowance still 450.

Penat aku usaha tukar2 kerja. Dari aku naik basikal merah beli kat adik aku tu rm200. Hilang x asben aku pakai buat isap dada. Beli moto ex5 pun hilang masa keje watson dulu. Beli saga iswara. Nasib baik tak hilang.. La ni naik Persona merah. Yang aku panggil BabyJuna.. Wallaweyh..

Aku yakin.. dari dulu aku yakin.. kalau hidup ni kita jalankan penuh aturan.. tak hisap dadah, tak hisap ganja, tak minum arak, tak main judi.. sikit2 life akan better. Susah aku dulu yang sampai aku tak nampak masa depan aku kat mana. Sampai aku nangis dengar lagu Mocking Bird by Eminem dalam keta Kembara mak masa Qila yang drive. Masa tu aku tak taw drive keta lagi. Sampai hari tu nyanyi lagu ni masa karoke ngan Qila. Dan Qila still remember the moment..

Now aku boleh hidup berdikari.. Insha Allah.. Cuma kadang2 aku perlukan pertolongan dari segi kewangan kat adik beradik.. Tapi pun tak selalu.. kekadang jer.. Peritnya aku jer tahu sorang. Korang yang baca pun tak tahu.. Anak2 aku pun tak tahu.. Xasben yang dulu konon sehidup semati pun tak tahu.. sebab masa tu dia tengah bahagia bawah pengaruh dada dan fikiran bongok dia tu.. Allah jer tahu sakit and perit aku.. rendah diri aku..

Aku nak hadap balik benda2 tu? Memang takla kan..

Benda dah jadi.. Aku tak pernah regret. Tapi susah aku nak maafkan orang yang buat aku lagu tu. Kau merayu melutut pun.. Maaf mungkin ada walau tak ikhlas. Tapi untuk aku buat kau kawan pun aku rasa benci. Sorry to say..

Dulu aku ingat aku boleh cakap baik2 cakap elok2 dengan orang yang buat aku tu.. Tapi.. jangkaan aku meleset. Baca message jer dah nyampah. Tengok muka pun.. jauh dalam hati aku ni.. rasa macam ada perasaan kurang senang.. Aku pun tak paham kenapa walau aku cuba tidak berfikiran begitu..

Sekarang.. ye.. aku banyak berlakon dan boleh dikatakan hipokrit kalau aku tersenyum tersengih pada mereka.. Sebab ikhlas aku dulu dipandang bangsat kan?  Nak kata apa.. Perasaan aku sekarang pun Allah yang tentukan.. Jadi? Bukan salah aku.. Tuhan yang mengkehendakinya.. Sekian terima kasih. Wassalam

Monday, February 23, 2015

>>>

Boringla babe. Today start register subject. Hmm..Kelas start on 22 March.
Dah taip.. padam.. dah taip padam.. last2 rasa nak beyak pulak.. hahaha

Tuesday, February 10, 2015

---

Emm.. lepas dapat surat cinta ri tu rasa mcm mood kerja dah kurang. Ada jugak apply P1 and UMobile.. tapi .. emm.. tu lah.. tataw dapat tak kan.

Siyes lemau gile nak pi keje. Dahla takde daya penarik kat opis ni. Macam masa sekolah dulu, berkobar-kobar nak pi sekolah selain menuntut ilmu, ada org yang kita nak skodeng.. curi2 pandang. Tapi.. kenapa dah tua ni takde perasaan yang macam tu eh?

Kadang nampak orang hensem, smart pakai blazer..tapi macam takde daya penarik pun. Emm.. mungkin sebab perasaan menggedik dah hilang.. perasaan gatal masa remaja dulu dah takde.. atau otak banyak fikir tggjwb kot sebab tu takde perasaan gatal and gedik tu.. hmm...

Rasa macam nk ponteng jer lepas amik anak2 dari sekolahkan? Tapi nak pi mana pulak? Hmmm...

Raya Cina ni duduk rumahla nampaknya sensorang. Ingat nak turun Rawang jumpa Zita Zuhana. Lepak2 sat ngan dia.. anak2 bapak derang nak amik.. hehehe

Friday, February 6, 2015

Takpaham

Kadang2 aku siyes tak paham acanerlah aku bole hidup di tengah china2 men tu kan? Kau tak paham.. Aku lagi tak paham

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 4, 2015

verbal warning

Verbal warning.. Aku dah kena verbal warning secara email. Serius down jap. Cuma I have something to confess.. Saya buat silap sebab saya pernah tanya boss and boss bagi jawapan silap. So.. terlepas 25 site yang saya dah buat silap.

Tapi.. kerana saya perempuan yang sabar.. *echecheh* sabar saya sebab saya mencari rezeki halal untuk anak2.. jadi ku teruskan jua hidup ini dengan bekerja di ZTE.

OK.. lps ni jgn ikut sgt ckp boss.. walaupun boss tu seorang yang kau puja2 .. wakaka.. gelak2 jugak.. tapi bila nama kau naik.. seluruh ZTE tahu nama kau yang glemer tuh? Haa.. nasip..

Ni part x asben yang sometimes buat aku annoying.. kau nak ajak aku pi tengok kau punya graduation driver bas tu? Kau nak ajak aku pi bercuti raya cina nanti? Kau nak ajak aku jenjalan waktu kau senggang kat rumah takda buat pa? Jawapannya aku takkan nak.. Dalam hati aku ni.. aku memang dah tanak dia. Kadang dia call ajak borak jer hati aku dah panas. Tak tawlah secara semulajadi gitu. Nasib dah divorce. Cuba kau bayang aku tak divorce lagi dengan dia.. nak ke aku layan dia lagi? Mmm..

Sama gak lah kalau kau kawin dengan orang yang kau takde hati langsung.. yang kau tengok rasa ala2 nyampah gitu.. Susahkan soal hati ni? Walau pangkat datok maktok.. walau harta kaya raya.. tapi kau nak ke layan dia kalau kau ala2 nyampah kan?

Ni ada sorang ni.. ingat tak aku citer ada sang abang ni tetiba bayarkan aku bekfas? Kalau kau ingat lagilah.. kalau kau tak ingat ignore je.. so sebab aku kekadang kan memang bekfas kat situ.. pastu sebab akak sorang ni aku terapat la kejap dengan dia.. sebab aku ni tak kisah kalau berkawan kan.. tapi bila dah panggil sayang.. nak gambo sebelum tidur.. siyes aku annoy.. memula panggil adik.. pastu nak sayang2 pulak.. pastu nak soh org hanto gambo sblm tido pulak.. Ko ingat gambo tu free? Free memang aku bagi kat ko.. dengan aku sekali dapat dosa free.. Entahla.. lately hangat je aku ni..

Boifren? Ntahla.. boifren la kot? Aku pun tak tahu dia purak2 sayang atau bener2 sayang. Kadang sepertinya rasa bener2 sayang.. kadang rasanya kok macam purak2 sayang.. hati aku? Kalau dah kate boifren konfirmla sayang.. tapi sebab tanak selalu sakit hati.. aku tanak sayang lebih2.. nanti jadi seperti masa lalu.. Cuba kau bayangkan.. boifren yang tanak buat apa yang kau nak.. dengan alasan dia dah buat macam2 kat x gelpren dia dulu.. tawla kau punya x gelpren tuh single.. aku ni Miss J anak 4.. kau nak beza2kan pulak.. kalau kau.. kau sentap tak? Aku? sentap la .. tapi.. aku diam jer lah.. manalah taw dia ada gelpren lain kan... aku ni dahla tak cun.. lepas tu anak pun 4.. lepas tu .. camtulah.. takpa.. takpa..

*sebenarnya aku ni sedang down gile terbabas.. sebab tu panjang lak entry today*

Friday, January 30, 2015

Life is not beautiful all the time babe

Bila buat silap sebab confuse.. You dont even know the effect and suddenly one day the boss came up with an email and cc to all the boses.. I mean the biggest boss in the project and you have to confess that the mistake from you.. And you felt down.. And you think you:re dead.. And.. And.. And.. The boss yelling at you in front of everyone in the office.. And.. And.. And.. You only can say sorry to the boss with I dont know what was the look like of my face.. And.. And.. And.. Your collegue only smile like you are the dumbest person ever.. And.. And.. And..

You only have some money to survive untill 7th.. And when you ask for a money to cover from your ex.. What can he said is only "please understand my situation".. Then who can understand mine..?

Hahaha.. Mcm tragic je boss yelling to me in front of everyone kan? But the situation is not that bad cuma everyone knows you already make mistake. LOL.

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 20, 2015

Malas nak fikir tittle

Tudei rasa panas dalam and sakit tekak tambah sakit gusi.. Lama tak rasa sakit mcm nk demam. Panas rasa.. Nak buat keje mcm tak larat.. Mmm.. Ke malas?.. Malas.. Malas.. Malas..

Nothing important and special nak stori mori. Mmm.. Gaduh ngan boifren? Biasalah kan.. Kali ni memasing nak senyap.. Haha.. Bagus jugak.. Dua2 ego.. Tengok sampai mana bertahan?

Maaf dulu saya byk mengalah dan rasa kasihan. Ntah kenapa makin lama makin stress pulak ada boipren ni.. So.. Better camni.. Sana tak mengalah.. Sini nak menang.. End of story lah pas ni.. Malas nak layan.

What a boring life i had.

Kawan saya kata better saya nikah je. Bukan tanak.. Nak.. Tapi.. Banyak fikir negatip dari positip. Lagi pun tak jumpa lagi lelaki yg saya respek kat dia 100%. Bukan takleh terima kekurangan.. Cuma mcm bila berkawan tu kekurangan tu cuba kita terima.. Tapi mcm tak boleh.. How lah kan..

posted from Bloggeroid