Thursday, January 30, 2014

Macam boring jer..

Try test try test jual cake.

Aku bukak satu blog baru tapi bukan kat blogspot. Kat wordpress.

gracefulniezza.wordpress.com

Wordpress ni macam tidak pelbagai dari blogspot. Ada template free..ada yang kena beli yakni upgrade lah tu. Macam tak best lah pulak wordpress tuh. Tapi aku belum selongkar lagi. Jadi banyak yang tak taw.

Aku dah up satu posting kat situ. Sapa nak tengok rajin-rajinlah bukak.

Aku rasa kehidupan semakin tenang. Kerja dari segi experience semakin kukuh.

Dah hampir 3 tahun kat zte. Makna dah hampir 5 tahun aku kerja kat telco company. I am decided not to leave the telco.

If I am continue my study for the next semester, serius I nak tukar course project management. So stay in project line lagi bagus. But the risk adalah projek ada..ada kerja. Projek takdak.. matilarr

But high risk high return. Now mahu ambil high risk saje dalam hidup. When suceed.. you get the high return. Boleh? Boleh tak boleh bukan persoalan. Ada satu lagi soalan.. mampu?

Today not working walau aku tak ambil cuti. Zhong Jian pi honeymoon kat Langkawi. Hafizi balik klate..gewe klate la katekan. Alamak..aku lupa supervisor aku sapa nama.. budak nerd itu balik China. Yang lain tentu mood cuti sebab semua bawah Zhong Jian adalah made in China. Local dalam team tu cuma aku dan Hafizi jer.

Anak-anak sekolah. Aku nak balik Banting hari Jumaat. Cina used car dah call soh amik road tax. Aku nak bagitaw satu rahasia besar ni.. lesen memandu aku dah expired sejak Sept 2013. Hahaha.. aku maleh nak pi renew kena beratur kat pejabat pos. Kalau lah renew licence boleh online. Kan bagus. Sigh! *geleng-geleng pale*

Roadtax expired 4hb Februari. Naseb baik geran keta kat used car. Kalo tak mahu aku lupa.

Aku nak pi betulkan keta taktaw bila.. dan taktaw kat mana yg bagus. Hmm.. kadang murah memang murah..tapi nanti buat cincai. Yelah.. dia nengok aku pompuan kan?

Aku sedang melepak kat mamak. Ni la kerja aku kalau sorang-sorang. Kalau kat rumah sorang-sorang pasti aku sedang memeluk bantal ucuk. Sejuk pagi ni.. pagi ni aku bangun tido tak mandi. Cuci muka cuci gigi pastu hantar anak pi sekolah lepak kat kedai mamak. Baju pun pakai baju semalam. Hahahaha.. orang bukan taw pun sebab aku kan cun. Kehkeh.. sila muntah hijau =D

Lepas ni nak pi beli ayam. Ada orang mengidam nak makan ayam masak lemak cili api. Iyolah.. dah jadi emak-emak dan bila anak-anak dah pandai demand nak makan itu ini.. kenalah masakkan. Aku serius tak pernah demand bab makan-makan ni. Kecuali kalau ada orang tanya nak makan apa. Tapi pun now bila orang tanya nak makan apa..aku pun tak tahu nak makan apa sebenarnya.

Kecuali kalo pi chillis ka.. tempat yang makanan dia lain dari yang lain.. makanan oversea. Yang tuh memang aku demand manjang. Hahahaha..naseb takdak pakwe. Kalau dak pening dia nak bawak aku dengan anak-anak makan tempat-tempat macam tu. Bukan pening apa.. pening nak kuar duit mahal sangat. Kihkih.

Berbalik pada anak demand mak masak. Dulu aku tak manja dengan mak atau ayah. Sebab tu first time duduk uitm segamat aku homesick takat seminggu dua je. Lepas tu tak dah. So selalu apa ada sappedek jer. Sampai la ni..hmm.. tapi now kalau jumpa mak mesti nak duduk sebelah mak. Tapi bila jauh aku taklah rindu-rindu. Bila aku ada poblem aku pun tak pi kat mak. Aku layan sorang-sorang. Aku pun tak taw kenapa gitu. Tapi pun aku takdek poblem sangat. Financial jelah. Kalau financial okay semua ditanggung beres.

Oh..ade satu poblem kat aku. Yang ni kadang aku takleh kontrol. Tapi poblem nih sebenarnya kat diri sendiri. Orang lain takleh tolong. Thats why aku kena jadik Adolph Hitler to my ownself. Tapi pun kadang... hmmm... hanyut. Tapi takpa..go slow.. ada niat nak berubah dah bagus tapi belum cukup.

Haa.. berbalik cerita wordpress pulak.. kenapa aku letak gracefulniezza? Entah.. aku terfikir nak bukak website nama gini. Niezzasentiasaanggun.. kehkeh.. anggunlah sangat kan? So aku pi gugel translate anggun in English padia. Jadinya yang kuar adelah graceful. So jadiklah gracefulniezza.. cun tak nama ittew secun tuan dia. Hahahaha

Saje jer aku nak type panjang-panjang. Mesti korang malas baca. Kihkih.. time aku nak bebel panjang-panjang to myself.. gini la ghopernyer..

Oklah..nak pi cari ayam. Baby aku dah bagi jer mamam ayam. Lama dah pantang. Aku sendiri tak tahan apalagi anak-anak.

Hmm.. makin lama macam boring jer nak hidup.

Oh ye..pagi tadi aku mimpi pi tengok kuboq ayah. Lama dah tak pi. Esok balik Banting nak pi tengok. Rindu ayah pulak. Aku mimpi kuboq ayah kat atas. Lebih tinggi dari kuboq lain. Sebelah kuboq ada pondok kecik. Ada Abang Ijam, Qila dan amenamena...

Bila jaga aku dengar azan subuh :)

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 28, 2014

Geram

Untuk membesarkan anak-anak seorang diri memerlukan kesabaran yang saaaangaattt tinggi.

Ye..kadang-kadang aku tak sabar jadik macam ghimau. Am not sure kadang-kadang aku membebel orang atas tepi tengah bawah boleh dengar dak suara aku.

Arrrgghhhh!!! Tadi aku baru marah Aqasaya. Bukan apa.. aku dah penat seharian kat ofis. Balik aku nak masak lagi.

Adoii.. sometimes aku nak rasa rumah tu relax kejap. Tapi tak boleh sebab mereka .. mereka .. mereka .. tak boleh duduk diam. Bila aku serius Aqasya gelak-gelak. Aku hangin satu badan cubit dia kuat-kuat. Aku serius geram... dah istighfar pun macam tak hilang.

Sometimes waktu aku gelak-gelak ye.. mereka boleh gelak sekali. Tapi time aku serius.. mereka pun kena serius. Kalau tak.. kenalah!!

Ekceli tadi pun aku agak bad mood. Taktaw kenapa badan rasa letih manjang. Sigh!

posted from Bloggeroid

When they need help..

Banyak pulak nak citer hari ni kan?

Hari tu saya ada jumpa kawan lama. Dia adalah senior masa sekolah menengah dulu. Lepak kat dataran shah alam dengan anak-anak sekali.

Dia nih bikers. Motor smart la babe. Tapi bukan nak cita pasal moto dia.

Dia nih I think ada problem. Tapi rasanya dia ni bukan jenis yang senang nak cerita poblem dia. Hmm..

Tak tahulah apa poblem dia. Dia kata nanti second time jumpa baru mahu cerita.

Saya rasa dia di tahap depression. He need help. Like I am before. Dan Allah bagi saya jumpa the ehm ehm masa tuh. Alololo.. nak ehm ehm konon. Kihkih..

Taw kan sapa ehm ehm tuh? I think this is my turn to help him. Ye laa... bila orang dah guide kita to some place yang kita rasa selesa.. we need to guide others la pulak kan?

In my opinion.. when you need guidance yang kau sendiri tak mampu nak guide yourself.. Allah bagi jumpa dengan orang yang akan bagi kau direction. Tapi sometimes indirectly Allah gives guidance thru the circumstances kau dengan orang yang Allah jumpakan tuh. Faham tak? Ayat tunggang langgang.. senang cerita setiap orang yang kau jumpa ada hikmah dan sebab musabab nya. Setiap benda yang jadi punya reason kenapa dia jadi.

Dan satu lagi.. kalau kao tak faham situasi perlukan lebih guidance mintak pentunjuk dari Dia. In shaa Allah masalah selesai.

Eh apa aku merepek sebenarnya nih? Aku pun tak tahu korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan. Haha.. faham tak?

posted from Bloggeroid

Cantik

Hari ni before start kerja nak cakap pasal cantik.

Semua orang nak cantik kan? Kalau perempuan nak cantik..kalau lelaki nak hemsem.. kalau budak kecik nak comel.

Kenapa I nak cakap pasal cantik? Sebab pepagi dah tengok FB Ian Hamzah blogger pemes tuh dah up status kat FB pasal cantik..dan I ada la mengomen sikit kat situ. So I nak cakap pasal cantik lah kan?

First of all Allah dah jadikan diri kita ni sempurna cuma ada yang berbagai rupa. Macam bunga. Bunga semua cantik, macam-macam kaler ada. Macam-macam rupa ada. Macam tu jugaklah manusia.

Pernah tak terbaca keratan akhbar yang derang shared kat FB, perempuan cantik di umur awal 30-an? Tu maximum cantiklah tu. Kalau masa tu kau rasa diri kau tak cantik pada umur itu, tentu somewhere mentality kau short atau kau memang pemalas nak melawa. Haha..

Perempuan kena cantik. Maksud cantik yang saya maksudkan adalah..kena kemas lah. Tak perlu nak cantik macam model kat runway tuh. Cantik yang kemas.

Bila kau kemas, sedap mata memandang. Orang pun suka nak tengok. Kalau tak suka tengok pun, orang tak menyampah nak tengok. Haha.. Kalau dah cantik dan kemas lepas tu tutup aurat lagi comel. Heeee...

Tapi saya pun belum sempurna tutup auratnya. Sometimes malas nak berhijab kalau nak pi kedai. Hmmm... tulah orang kata susah nak berubah. Once I try not to bukak the hijab, tapi bila datang time pemalas.. macam tu lah. Tapi most of the time I berhijablah.

Muka masing-masing kena nampak berseri. Kalau baju dah kemas dan sesuai dengan keadaan sekeliling dan diri sendiri..muka mekap sikit. Jangan tebal macam opera cina..orang tengok pun takut. Cukup yang sederhana. Kalau yang memang kalau tak mekap dah lawa dan cantik juga cun melecun..tak yah lah mekap. Lagi nampak natural.

Jangan pulak kau nak pergi opis buat muka bangun tidur. Boss nak naikkan pangkat pun malas, ape tah lagi naik gaji.. Hahaha

Satu lagi yang selalu saya terfikir benar atau tidak disebalik fakta atau auta.. kalau hati cantik.. muka pun nampak cantik. Pernah tak korang nampak muka orang tuh terus kau tak suka nak kawan? Bukan sebab dia tak cantik, tapi sebab kau nampak muka dia macam ada something wrong somewhere? Saya ada beberapa orang. Yang dulu lah.. now buat masa ni semua saya selesa nak berkawan.

Tapi saya rasa betul. Ini adalah inner judgement dalam diri saya. Saya selalu kata dont judge people.. tapi saya akan judge juga for a good self lah. Kalau kau tak selesa nak berkawan dengan dia.. maknanya adalah sesuatu yang tak baik pasal dia. Maksud tak baik disini adalah..kalau kau kawan dengan dia jugak..nanti-nanti later kau akan gaduh dengan dia.

Yang ni nak cerita pasai xhubby jap. Dulu masa first time tengok muka dia memang tak berkenan.. tapi Allah tu adil dia sukakan hati kita kat dia. Orang kata jodoh tak pi mana.. now? Apa dah jadi? Mungkin tak ikut instinct from the beginning kan? Hmm... So that now thru my experience saya buat gitu. Tapi tak semestinya betul. Kehkeh..

Tapi kadang pun kita salah. Sebab orang putih kata dont judge a book by its cover. Dan pernah dengar cerita tak tentang pelacur yang memberi air untuk anjing yang kehausan syurga dapatnya. Hmm... dinasihatkan jalan yang terbaik istikharah lah.. kan? Let Allah decide :)

Saya pernah berkawan dengan satu budak ni. Dia cantik, mula-mula kawan nampak okay. Tapi lama-lama rasa nak bagi penyepak jer kat dia..sebab ego nak mampus. I ni bukan jenis cari gaduh..tapi kalau dah bengang sangat gua marah gaklah. Time gua marah memang tak hingat dunia lah sebab dah lama simpan. Sikit-sikit lama-lama jadik gunung berapi. sekali meletup, aku tak pandang kau lagi.

Tapi lama-lama still boleh berkowtim. Cumanya tak semesra alam dulu. Dan beringat lah..

Berbalik pada cerita cantik.. tak semestinya kita nak kena cantik tahap dewa. Ukur baju dibadan sendiri. Kalau badan besar tapi perasan kecik..kau pakai baju kecik..konfirmlah nampak macam sarung nangka berjalan dan nampak cantikkah?

Dulu saya suka pakai high heel.. jalan lenggang kangkung.. kau tahulahkan kalau pakai high heel jalan macam model runway tuh.. jadinya lelaki suka tengok. Sexy katanya.. tapi for perempuan adalah self confidence. Wrong judgement between lelaki dan perempuan. Now saya jarang dah pakai high heel..sebabnya saya selalu rasa macam nak lari jer..sekarang mahu cepat bergerak dengan pantas kerana gaya hidup semakin busy semua nak urus sendiri. Senang pakai sport shoes nike pinkie saya tuh. Nice shoes..cuma nanti bila dah sampai rumah.. bau memang sedaplah.. haha

Sunday, January 26, 2014

Syed Mokhtar Albukhary

Currently am readibg this book. Serious before this not recognize the name. Dengaq ja..tak berminat nak taw.

Then one day masa belajaq entrepreneur subject last semster yang I skip the exam sebab I tak buat individual assignment.. masa I buat grup assignment ada soklan soh cari satu tokoh. I kena part tu pulak. So I search thru gugel sapa tokoh entrepreneur kat Mesia nih. I jumpa nama dia.

I baca and I start suka nak taw sapa dia. But perasaan nak taw menghilang sebab gua sibuk dengan anak.. gua sibuk dengan stress.. gua sibuk dengan kerja.. gua sibuk dengan sedih..

Hari tu gua pi tesco jer. Cari barang dapur. Ada satu corner tu semua buku. Nak cari buku resepi boleh.. nak cari buku kartun boleh.. gua saja tengok-tengok ada buku biography tentang dia. Murah jer.. tapi tak hingat la berapa ringgit. Tapi affordable lah kan. Gua amik satu.



Beliau ni belajaq takla sampai universiti. Beliau ni sebab suka nak berniaga. Beliau ni semua jenis perniagaan buat. Baguslah.. cer try baca buku ni. Gua baru baca kat bab3. Pak sedara dia hantaq dia pi kolej buat accounting tapi dia tak boleh nak bawak subject tuh.

Dan satu part yang saya suka baca..



Nice the saying. Boleh buat sumber inspirasi beliau nih.

posted from Bloggeroid

Friday, January 24, 2014

Tensen!

Kenapa aku tak boleh lupakan sorang mamat nih? Sigh! Sometimes aku rindu kat dia.. dia mana lah nak ingat aku kan.

Nak buat lagu mana ntah.

Kau orang ada idea tak camaner nak lupakan terus mamat nih? Cer kongsi-kongsi.

Aku malas lah nak layan perasaan rindu-rindu sedih ni. Aku tak nak rasa sedih. Aku tak suka.

Tensen plak aku!

posted from Bloggeroid

Telco vs oil & gas

Saya makin seronok kerja kat ZTE. Mungkin sebab saya dapat title engineer walau bukan official. Tapi bila chart organization keluar.. i jadi proud of myself. When you have a boss tanpa berkira meletakkan anda pada post yang memang anda buat kerja dia. Tanpa berkira dan berkisah berapa pun gaji anda mintak cuma tunggu approval from the HR. Ini baru boss yang bagus.

Your quality kerja juga bergantung pada boss anda bagaimana. Well Zhong Jian juga naik pangkat as manager. Atas gua pulak ada sorang mamat nerd baru sampai from China jadi boss gua. Yang ni lagi boleh kow tim. I think adalah better anda punya boss orang luar negara dari boss dalam negara. *ni for certain boss jugak yang ada kat zte*

I spotted two bosses yang bossy and kalau boleh hindarlah dari berbosskan mereka. Serius I suka kerja kat RF Planning team sebab kerja dia agak tough. Gua belajar banyak new things. Harap gua takyah susah-susah cari kerja lain terus jerlah kat ZTE. Kalau tak terus kat ZTE tak mungkin ku tinggalkan dunia telco macam aku tinggalkan dunia retail. Rugi dah banyak experience kau dapat pastu kau nak blah masuk HR..mungkin tidaakkk...

Kalau bertukar bidang I nak masuk dunia oil & gas pulak. Masyuk lagi kat sini.. :)

posted from Bloggeroid