Sunday, June 30, 2013

Lukisan Adik



Lukisan atas tu.. Nampak tak? Betapa lah Aqasya yang melukis. Mengingati kematian..

Nak taw tak bila Mommy tanya dia, dia jawab apa? Dia jawab, "Kita pun tak tahu kenapa..Allah dah tentukan."

Ekceli saya sangat seprais okeh?

Kejadian berlaku waktu kami tengah golek-golek beramai-ramai dalam bilik atas toto. Tetiba jer Adik lukis tu. Emm.. Saya terfikir yang.. Mungkinkah?

Abang Hannan pun takut tengok lukisan tu. Tapi Mommy gelak-gelak jer.. Tapi sentap gak lah.
posted from Bloggeroid

Miracle Saturday

Saya google makna tersirat disebalik ciuman. Kenapa ye saya google? Pastilah ada sebabnya :)

I am seriously dont expect someone who I like or love will kiss me on the cheek. Ekceli masa tu macam mimpi. Kebanyakan yang berlaku Sabtu lepas adalah diluar expectation.

Sabtu lepas saya dan anak-anak pergi tengok rumah di seksyen8 yang tuan rumah itu adalah Abang. :)

Kenapa saya bawa anak-anak? First sebab saya nak derang tengok rumah tu. Derang pon excited nak pindah macam mak derang gak.

Second adalah nak kurangkan nervous sebab lama dah tak jumpa Abang. Heheh

Hari Sabtu tu I act normally seperti biasa. As natural as I am. Saya tak jangka Abang akan bawa kami lepak kedai mamak and round-round naik kereta dia. Anak-anak pun as usual lah derang ni pun sangat senang mesra dengan orang yang melayan mereka baik. Tapi saya suka keadaan tu. :)

Ekceli kami round pun area rumah Cik Aqi kat seksyen11 tu. Emm.. Abang nak tau kot Cik Aqi tinggal kat mana.

Ok tinggalkan yang itu. Seperkara yang I dont expect at all adalah Abang hulurkan tangan untuk bersalam dan cium pipi depan anak-anak. Nasib baik anak-anak tak perasan. But it is like happen naturally..bukan kali ni saja dah saya bersalam cium tangan dengan Abang..tapi..selepas apa yang terjadi..saya tak jangka langsunglah kan. Yang saya jangka adalah selepas kami tengok rumah..kami akan terus balik. Tapi semua tu buat saya happy :)

Alhamdulillah..ada seorang makcik ni tegur saya waktu tunggu Abang. Dia ingat saya bawa adik-adik. Rajin katanya bawa adik-adik waktu pagi. Bila dia datang dekat bertanya, dia sangat terkejut yang sebenarnya 4orang itu adalah anak-anak saya.

Saya kata kat dia, itulah kelebihan yang Allah dah bagi kat saya..tapi banyak kurang kat tempat lain. Dia respon gini, itu tandanya ada hati yang baik :) sempat kami bertukar number phone. Dia kata nak jumpa saya. Mungkin nak tarik saya join venture biz dia kot? Tak tahulah..

Tapi saya percaya kita boleh lihat dan rasa seseorang tu dari air muka dia. If the first impression tu macam something wrong somewhere, better be carefullah.

Dan semalam juga adalah kenduri rumah yang saya duduk sekarang, sejak akhir-akhir ni kan banyak benda jadi kat saya. MIL tak pernah cakap nak buat kenduri Sabtu tu..saya tahu dari anak-anak and ekceli berniat nak skip sahaja hari Sabtu tu. Sebab tu lah berjanji dengan Abang on Sabtu tu. Tapi bila pagi-pagi mak dah kata suruh rewang, so after tengok rumah..I rewang macam yang sebelum-sebelum ni. Dan ia berlaku secara smooth. Alhamdulillah..boleh dikatakan saya yang bermuka selamba dan bersikap selamba sedikit sebanyak dapat memulihkan keadaan.

Nway Sabtu lepas semua yang jadi diluar jangkaan saya :)

Lepas ni banyak nak plan setup rumah. Yeay!!

posted from Bloggeroid

Friday, June 28, 2013

Life Goes On

If You Are Absent During My Struggle, Don’t Expect To Be Present During My Success

 

:)

Thursday, June 27, 2013

Exam Slip :p

Nak pi ke tak nak??? Hellpppp!!!!!

Tunggu dan lihat *exam*

Saya dah buat keputusan saya taknak ambil exam. Sebab saya tak suka stress. Biarlah 3 paper tu. Saya tahu sebenarnya sangat rugi kot?

Tapi itu keputusan akhir saya. Mungkin akan ada lain waktu yang saya dah betul-betul tenang nanti saya akan sambung balik.

Finance paper yang hanya 10% saja tahu bab calculation. Saya tak salahkan 100% terhadap lecturer tapi ada sedikit kesalahan dia dalam strategi pengajaran beliau. Sepanjang semester kami hanya disuruh buat presentation every week.

Tiba-tiba beliau suruh kami buat test. Konfirmlah tak dapat buat. Dan lagi aku yang sedang tak mahu stress nanti anak-anak jadi mangsa tentu tak mahu tambah stress belajar finance. Jadi aku biarkan ia berlalu..

Sayangkan? Tapi nak buat lagu mana? If saya pegi exam atau tak pergi..saya rasa takde yang kisah pun kan? Tapi hari tu ada bagitahu Abang Hannan. Hannan kata sayang kalau tak ambil..masa depan cerah nanti. Dia tambah lagi..kalau dia, dia ambil jer.. Heheh

Anak mengajar emak. Tapi apa boleh buat. Otak saya bukan otak Einstein. Dan saya akan serabut kalau stress..kesannya nanti pada anak-anak. Hmm.. Biarlah dulu..tunggu setahun lagi mungkin. Tunggu rumah baru pakai wifi. Tunggu ekonomi stable sket. Tunggu dan lihat jer laaahhhh...
posted from Bloggeroid

Jubah putih

Pagi ni abang puji mommy. Cantik mommy pakai baju pink tu. Sebab abang tak nak tengok mommy pakai jubah putih. :)




Lapar pulak..jom bekfas!!

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 26, 2013

Mimpi Abang

Abang Hannan mimpi malam kelmarin Mommy pergi kerja pakai jubah putih dan anak-anak pakai jubah hitam.

Ia mengingatkan saya kepada kematian. Tapi saya selalu berdoa agar diberi waktu sehingga anak-anak boleh berdikari :)

posted from Bloggeroid