Friday, September 6, 2019

first time bayar rumah

hari ni adalah hari gaji. jadinya hari ni juga adalah pertama kali bayar duit rumah dan aku rasa ini adalah the biggest achievement yang aku pernah lakukan. dulu2 masa keje kat watson aku tak pernah terfikir yang aku mampu nak beli sebuah rumah guarded and gated. masa keje watson dulu basikal pun takdak. terfikir masa tu aku tua nanti mesti jadi mcm makcik2 kampung yang naik basikal pi kedai beli sayur everyday kat kedai hem. tapi hari ni ketika ini aku telah membayar installment pertama untuk rumahku syurga ku tempat anak cucu balik waktu raya dan cuti2 senggang. echeh

bagi org lain mungkin ini adalah perkara biasa tapi bagi aku ia adalah sesuatu yang tak pernah aku terfikir dan terjangka. time aku pindah shah alam dulu, aku rasa dah cukuplah hanya sebuah rumah sewa kecik dan sebuah kereta untuk menjalani hidup bersama anak2 tercinta but alhamdulillah Allah bagi something more than i thought. Alhamdulillah again. Amin.

berkat doa mak. aku pernah mintak mak doa depan kaabah nak jadi kaya. so Allah bagi rumah. Amin Ya Rab

Thursday, August 15, 2019

Exam result

Last week before raya haji exam result for part3 dah keluar. Sedih mula2 sbb one paper failed. Luckily my GPA and CGPA increase from previous semester.

For finance paper hanya 8 org yang gagal dalam kelas. Yes I have negative thought for the teacher but positively there must be a reason why I failed for the paper. Life must goes on.

For final effort to get the paper pass is to appeal to review final paper. Manala taw kot2 C+ jadi B. Pass terus. Kalau tak jadi B pun jadila kalau dapat B- where  will increase CGPA kan walau still fail the paper.

At the same time kena pikiaq pulak yuran yang akan naik sebab amik 5 paper next semester. But still tengah pikir either nak amik next sem or extent another one sem. Kau rasa?

Manala tahu masa amik finance tu jumpa jodoh ka.. kan? Hehehe

Positive thinking la k. Actually kami dah siap2 isi appeal form tu. Pagi tadi dah berjanji-janji dengan kak mar and tira nak submit. Malangnya kami salah form. Jadinya kami hanya melepak breakfast sambil berborak isu2 kerja, isu2 beli rumah, dan isu2 belajar kami.

Yang paling menarik sekali, masa pagi2 kami dah sampai AAGBS office terserempak pulak dengan lecturer yang menggagalkan kami 8 orang ni. Amik kau gagap I sebab I wish her morning with smiley face then dia pi tanya pulak buat pa kat sini? Kak mar dah nyuruk dulu. I tergagap nak menjawab errr.. nak settle sesuatu. Tu je I reply. Hahahaha Kalau berterus terang I tak rasa she can accept lah. Tapi takpa, this is our last effort to pass the paper. Takde la kena mengena dengan dia but maybe will tarnish her name la kot? But I dont think so lah.. heeee

And positively I do it for myself. Nak grad on time, nak CGPA naik and tak nak bayar yuran lebih juga yang pasti komitmen belajar yang lebih tinggi next semester. Its nothing about her. Memang mula2 geram but just be positive yang kita ni memang lembam hahahaha.

Tapi pelikkan tetiba I start active blog balik. Entah. Saja nak tulih. Sesaja kat ofis kurang keje nak buat because of project slow sekarang. Hopefully I have a lot of time to focus on my study for my final semester. Doakan I grad on time. Nanti leh focus kat anak2.

Tuesday, August 6, 2019

Planning rumah baru

Tadi i pi Sunway Pramid. Teman Jumailah pi beli present for her mom. Pening gak kita melayan rakan2 perempuan ni. Asyik nak pi shopping mall je. Last week pi Aeon Mall pada hari Jumaat. Kemudian semalam pi lagi Aeon Mall. And hari ni pi lagi Sunway Pyramid pulak. 

Dahla hujung2 bulan ni. Duit mana nak ada sangat. Jadinya kita pi jugakla meneman. Kadang I rasa I macam berperangai lelaki yang klu nak pilih barang main hentam je. Tak macam kawan2 perempuan I yang lain. Ke memang i jenis tak pandai nak beli barang? 

So untuk rumah baru nanti i kena ada penasihat nak beli lampu yang mcm mana. So far adalah sorang kwan lelaki ni yang dah offer diri nak gi teman beli barang. Kalau dia nak belanja lampu ok gak kan? Tapi sekadar teman je lah. 

I dah plan apa nak beli atas nasihat rakan2 yang beli rumah.
1- lampu and kipas
2- cabinet dapur
3- barang dalam bilik tidur
4- bidai or langsir

I rasa ni yang penting dulu. Yang lain2 beli sikit2 bagi lengkap lah nanti. Masalahnya sekarang adalah moneyyyy. Kalau aku kaya hari2 hari raya. Bil2 jiran keluarga aku belanja selamba.

Yang bagusnya rumah ni wiring dah ada. Plaster ceiling yang cantiklah walaupun yang biasa tu. Cat pun walaupun warna putih tapi cat yang berkualiti. So I masuk hanya beli barang2 rumah dan yang paling terpenting cabinet dapur.

Doakan saya untuk rumah baru nanti. Planning nak menikah before masuk rumah baru tak tercapai rasanya. Sebab calon yang kita pilih kita yang takde hati. Acaner tu?

Sebab kita ada crush. Not tall, dark and handsome. Chinese look berkulit cerah ketinggian sederhana. yang penting kemas dan bersih. Yang lain2 rahsia. Heee Kbai 

Friday, August 2, 2019

Wang tidak dituntut _WTD

Hi Chuolls
Apa khabar? I'm so bored today because I have a very sikit work to do. I is ngantuk.

Pagi2 Abg halim dah belanja mee hoon pedas satu. Memang pedas untuk I yang makan sederhana pedas. Makanan pedas yes I suka tapi yang pedas yak mat memang kureng sikit lah.

Hidup ni kurang excited bila takde bopifren. Rasa hidup akan menjadi stagnant. Takde excited nak bagitahu apa aku buat hari ni. Nak pergi mana, dapat result exam berapa. Tidak lagi tertunggu-tunggu whatsapp dari si dia yang ring tone dia memang set bagi special tone. I'm so bored.

Cuma kelebihan takde boifren ni hidup aku aman dan tenteram alhamdulillah tenang sebab takde perasaan insecure dan perasaan tertunggu-tunggu. Banyak masa habis ngan anak-anak. Tak yah pikir anak nak letak mana klu nak keluar dating. Eh, tapi tu masa derang kecik2 comel. Now sbb dah besar tinggal je la kat rumah. Hehehe

Pernah dengar tak wang tidak dituntut (WTD) yang viral itu? I dah pi jabatan akauntan negara di seksyen 14 shah alam. Dekat dengan Avisena dan Bangunan Vista Alam. Kalau hang tak taw kat mana hang boleh google.

Hang kalau nak pi sana kena pi pagi2 dimana waktu pagi akan diedarkan nombor giliran sehingga 300. Kat sana hang dapat nombor giliran hang tengok kat pintu tu depa lekat note kat situ nombor giliran berapa untuk jam ke berapa. Kalau dapat jam 12 hang boleh balik tidur sat pahtu patah balik pi sana jam 12. Hang kena pi pagi2 kalau hang nak cepat dapat nombor giliran sebab memang ramai orang yang beratur panjang. I tak tahula kalau hari biasa, sebab hari Isnin yang I pegi tu ramai orang cuti sebab hari Selasa adalah cuti umum sempena Majlis Pertabalan Agung.

Isnin lepas I cuti I pi sana jabatan akauntan negara dengan Fikry. nasib baik jugak I janji ngan Fikry nak settle sama2. So pi sana dapat nombor giliran jam12. Dari jam 830 sampai 1130 lepak la kat mamak Vista Alam dengan Fikry borak2 pasal kehidupan, apa plan nak buat, dia meniaga parttime apa.. banyak plan ni nanti bila pindah Puncak Alam.

Dalam jam 1130 kami gerak la balik pi Jabatan Akauntan Negara. Depa collect IC dengan nombor giliran and kami pun tunggulah sampai nama kena panggil. Sat ja tunggu tak lama maybe sebab kami datang awal sikit dan kebetulan orang tak ramai. So kakak kaunter tu peksa I punya adalah dalam 1k lebih sikit. Amin. Rejeki .... masyuk chuolls masyuukkkk

Adela lepas tu depa terang borang apa nak isi, nak dapatkan apa dari bank bla bla bla... First kalau hang punya duit tu kat bank cimb hang kena pi sana buat pengesahan. I pi cimb and urusan pun kejap je. Cumanya depa nak dapatkan pengesahan dari HQ tu makan masa dalam sehari. nati hang bagi no telepon hang kat pegawai tu, depa akan call la hang bila dah siap urusan internal mereka itu.

Selepas tu pi bank yang ada active account. macam I, I ada maybank je active. So I pi Maybank sat buat pengesahan nombor account. kenapa nak kena ada pengesahan bank active account? Sebab duit hang yang tak dituntut tu nanti depa nak masukla dalam akaun hang yang active. Tu je sebabnya. lagi pun kalau takde pengesahan nanti hang bagi salah no account duit hang pi masuk account orang lain. Acaner? hang jugak rugi menggelabah taik kucing tak dapat duit hang balik.

Basically ada 4 dokumen yang hang kena bagi balik pada jabatan akauntan negara.
1- Borang dari Jabatan Akauntan Negara
2- hang punya IC potostet
3- Surat dari bank WTD
4- Surat pengesahan dari bank active account

Dah settle semua ni, hang boleh pi submit dan akan dapat duit hang balik dalam masa sebulan, dua bulan atau tiga bulan. Lebih kurang lah. I belum hantar lagi dokumen2 tu sebab sokmo lupa nak amik surat dari CIMB. Isnin la kot. Patut tadi ni pi waktu lunch tapi i is lupa. So next Monday hope tak busy. Atau sat2 gi pegi sebab macam takde keje sangat ni. hihi.. Syhhh jangan cakap bosss okay.

Monday, July 22, 2019

Rumah =D

InshaaAllah tahun depan will move out to a new house area Puncak Alam sana. Berdekatatn dengan UiTM Puncak Alam.

Kenapa jauh sangat? Konon2 sebab nak lari dari exhusband yang nanti kejap2 datang rumah kalau beli area Kota Kemuning sana. Btw my adik beli area sana seksyen 33 tak silap. Serius dulu tak pernah pulak masuk area tu. Now bila dah tahu shortcut dari Shah Alam ke Banting baru masuk area tu yang memang not bad.

Area tu sangat bagus access tu everywhere. Nak balik kampung Banting pun mudah. Rasa menyesal jugaklah sebab tak beli rumah area tu. Tapi pun sebab utama tak nak beli area tu nanti my ex-husband kacau anak-anak I. Nanti kejap2 nak amik anak. Kejap2 nak amik anak. Haih. Stress daku.
I ni bukanlah taknak anak2 balik i jumpa ayah dia. Cuma kadang ayah dia ni lain pesen sikit perangai. 2 anak remaja memang tak ngam ngan ayah dia. Lagi2 yg sulong.

Macam mana mak dia tahu depa tak ngam? Si abang Hannan ni rapat ngan I. Jadi dia apa2 pun cerita dengan I. Lagi pun dia takleh nipu mak dia ni sangat sebab lambat laun mak dia tahu juga. Mesti kantoi punya. Hehehe. Apa pun bersyukur dapat anak2 yang mudah dijaga dan senang dengar kata. Bukan nak puji anak sendiri, tapi buat masa ni agak senanglah nak dijaga dan memahami mak dia ni. Kadang pun ada je masa2 bergaduh dengan yang sulong. Tapi tu lah, gaduh2 bila si abang berterus terang ada juga salah mak dia. Alhamdulillah dapat anak yg berterus terang. Cuba kalau dapat anak yang memendam rasa pastinya stress. Dapat pulak yg jenis memberontak buat yg tak senonoh kan?
I jadi mak pun bukanlah 100persen perfect. Ada jugak bengong sekali sekala.

OK berbalik pada rumah tadi, emmm rumah tu nanti ada 3 plus 1 bilik. Dimana yang bilik plus 1 tu adalah play room. Kecik sikit dari bilik2 yang lain. Tpi sebab si kakak nak duduk bilik kecik jadinya kita bagilah bilik kecik pada si kakak. Bilik yang dekat dengan dapur kita bagi pada si abang. Dan another bilik kita bagi pada adik dan baby. Adik dan baby ni takut sleep sorang2, so padanlah mereka berkongsi bilik. Dua org ni agak rapat mungkin sebab jarak umur setahun satu.

Perasaan adalah gembira bercampur risau. Risau sbb banyak benda kot nak buat bila nak pindah nnti. And then because of risau ni lah tergerak hati nak menikah. Hahahaha

Yang ni cerita kemudian k. Rasa jahat pulak bila kita dah approach orang lepas tu mcm tak jadi pulak di atas sebab2 tertentu. Nak menikah bukan senang oii. Bukan macam pilih ikan kat pasar.

Jadi kesimpulannya, I buat planning in life alhamdulillah ikut plan. Rumah yang beli tu pun tak sangka je dapat beli. Dan memang kena ada sedikit effort cuma dipermudahkan oleh Nya. Tapi belum start bayar ni. Tanya juga pada banker, dia kata dia nak check dokumen mana yang tak lengkap. Sebab duit belum reimburse pada pemaju. I pulak selalu kena update pada banker takut terlepas bayar. Nanti sekali nak bayar beribu2 tak pengsan. I bukanlah kaya mana, cuma bulldoze je yang lain pikir kemudian. Kalau tak bulldoze nanti semua takut dan tak jadi. Harap2 semua mudah lah nanti. Amin.

Thursday, January 10, 2019

Happy New Year 2019

As I said to myself; " people always love you when you have something or people not really love you but they wanna hang out with you because they need help to cure themselves "

Yes, indeed. As I get older than I realized that only family that really love you sincerely. And first and foremost you yourself need to love your own self.

OK. That is only an intro. Now is the semester break so that i feel energized because i have time for being lazy. If not every weekend need to go to the class with those assignment and too much work at office. For this 2019 still unsure of the workload but really sure for the ABR must be very busy.

And hopefully everything will goes well on 2019. It is not too late to wish Happy New Year everyone.

This year my age is 39 and almost to get to 40 years old. My resolution for this year is to get finish my study and to buy a better house for the children. Hopes that with my paying will get a new house. Pray for me plishhh.

Friday, August 3, 2018

Hujan dan matahari

Benar Tuhan menggantikan hujan dengan matahari.
Bukanlah bermaksud Tuhan memberi kamu segalanya. Seperti bila kehilangan suami akan diberi yang baru dan lebih baik. Tidak semestinya.
Tapi Tuhan memberikan kamu ketenangan dimana kamu tidak lagi ingin terkinja2 nak pergi dating. (Dulu I excited nak mampos klu nak gi dating) Now tak lagi. Haaa itu maksud matahari yg saya maksudkan. Ketenangan melebihi segalanya :)