Hi Chuolls
Apa khabar? I'm so bored today because I have a very sikit work to do. I is ngantuk.
Pagi2 Abg halim dah belanja mee hoon pedas satu. Memang pedas untuk I yang makan sederhana pedas. Makanan pedas yes I suka tapi yang pedas yak mat memang kureng sikit lah.
Hidup ni kurang excited bila takde bopifren. Rasa hidup akan menjadi stagnant. Takde excited nak bagitahu apa aku buat hari ni. Nak pergi mana, dapat result exam berapa. Tidak lagi tertunggu-tunggu whatsapp dari si dia yang ring tone dia memang set bagi special tone. I'm so bored.
Cuma kelebihan takde boifren ni hidup aku aman dan tenteram alhamdulillah tenang sebab takde perasaan insecure dan perasaan tertunggu-tunggu. Banyak masa habis ngan anak-anak. Tak yah pikir anak nak letak mana klu nak keluar dating. Eh, tapi tu masa derang kecik2 comel. Now sbb dah besar tinggal je la kat rumah. Hehehe
Pernah dengar tak wang tidak dituntut (WTD) yang viral itu? I dah pi jabatan akauntan negara di seksyen 14 shah alam. Dekat dengan Avisena dan Bangunan Vista Alam. Kalau hang tak taw kat mana hang boleh google.
Hang kalau nak pi sana kena pi pagi2 dimana waktu pagi akan diedarkan nombor giliran sehingga 300. Kat sana hang dapat nombor giliran hang tengok kat pintu tu depa lekat note kat situ nombor giliran berapa untuk jam ke berapa. Kalau dapat jam 12 hang boleh balik tidur sat pahtu patah balik pi sana jam 12. Hang kena pi pagi2 kalau hang nak cepat dapat nombor giliran sebab memang ramai orang yang beratur panjang. I tak tahula kalau hari biasa, sebab hari Isnin yang I pegi tu ramai orang cuti sebab hari Selasa adalah cuti umum sempena Majlis Pertabalan Agung.
Isnin lepas I cuti I pi sana jabatan akauntan negara dengan Fikry. nasib baik jugak I janji ngan Fikry nak settle sama2. So pi sana dapat nombor giliran jam12. Dari jam 830 sampai 1130 lepak la kat mamak Vista Alam dengan Fikry borak2 pasal kehidupan, apa plan nak buat, dia meniaga parttime apa.. banyak plan ni nanti bila pindah Puncak Alam.
Dalam jam 1130 kami gerak la balik pi Jabatan Akauntan Negara. Depa collect IC dengan nombor giliran and kami pun tunggulah sampai nama kena panggil. Sat ja tunggu tak lama maybe sebab kami datang awal sikit dan kebetulan orang tak ramai. So kakak kaunter tu peksa I punya adalah dalam 1k lebih sikit. Amin. Rejeki .... masyuk chuolls masyuukkkk
Adela lepas tu depa terang borang apa nak isi, nak dapatkan apa dari bank bla bla bla... First kalau hang punya duit tu kat bank cimb hang kena pi sana buat pengesahan. I pi cimb and urusan pun kejap je. Cumanya depa nak dapatkan pengesahan dari HQ tu makan masa dalam sehari. nati hang bagi no telepon hang kat pegawai tu, depa akan call la hang bila dah siap urusan internal mereka itu.
Selepas tu pi bank yang ada active account. macam I, I ada maybank je active. So I pi Maybank sat buat pengesahan nombor account. kenapa nak kena ada pengesahan bank active account? Sebab duit hang yang tak dituntut tu nanti depa nak masukla dalam akaun hang yang active. Tu je sebabnya. lagi pun kalau takde pengesahan nanti hang bagi salah no account duit hang pi masuk account orang lain. Acaner? hang jugak rugi menggelabah taik kucing tak dapat duit hang balik.
Basically ada 4 dokumen yang hang kena bagi balik pada jabatan akauntan negara.
1- Borang dari Jabatan Akauntan Negara
2- hang punya IC potostet
3- Surat dari bank WTD
4- Surat pengesahan dari bank active account
Dah settle semua ni, hang boleh pi submit dan akan dapat duit hang balik dalam masa sebulan, dua bulan atau tiga bulan. Lebih kurang lah. I belum hantar lagi dokumen2 tu sebab sokmo lupa nak amik surat dari CIMB. Isnin la kot. Patut tadi ni pi waktu lunch tapi i is lupa. So next Monday hope tak busy. Atau sat2 gi pegi sebab macam takde keje sangat ni. hihi.. Syhhh jangan cakap bosss okay.