Wednesday, March 18, 2015

Jodoh

Tudei nak citer bab nikah.

Sapa yg tanak menikah kan? Semua org nak menikah sebab nak teman hari tua esok. Nak melayan karenah anak sesama.. Tapi kekadang jodoh tak sampai.. Penat nak kawan sana sini.. :'(

Ade pulak yg tahu kita J.. Nak gatal² pulak.. Ingat klu miss J ni murah ke nak gatal²? Ajak buat benda tak elok lam ketalah.. Pe lah.. Kau baru 2,3 kali message dah gitu.. Sapalah yang nak layan.. Sian nasib miss J ni.. Hmmm..

Ok.. Citer pasal ai pulak.. Perasaan nak menikah ada.. Tapi x jumpa lagi yg betul² nak jaga diri ai nih.. Waduh! Ni sudah kira jiwang ini.. Huhu.. Yes i am i have bf.. My bf is single.. Tak penah menikah.. Usia atas ai setahun.. Ai ajak menikah.. Cuma dia kata parent dia macam takleh terima ai yg miss J anak 4 ni.. Aduhai.. Cian tak? *tapi xtawlah klu tu hanya alasan dia kan? Kan? Kan?*

Ok .. Ai paham.. Ai paham.. Mungkin derang susah nak terima sbb ai ada 4 anak.. Takut anak derang susah payah cari duit bagi makan anak² ai tuh.. :'(

Jumpa duda nak ajak buat benda tak senonoh lam keta.. Suami orang takleh kacau pulak.. Mmmm.. Acaner lah?

Orang lain senang je jodoh dia kan? Knp ai punya berat sgt eh? Memilih? Mestilah pilih.. Takut buah 2kali..

Pernah dengar tak Allah takkan beri sesuatu di masa yg tak sesuai.. Dia akan beri di masa yg kita sangat² perlukan.. Huhu.. Agak² saat yg gimana Allah nak sampaikan jodoh ai tuh? Tak boleh nak bayangkan saat yg mcm mana.. Mmmmm

Huhu.. Paling tanak klu Tuhan bagi jodoh ai balik kat x husben. Mintak simpang ya Allah...

posted from Bloggeroid

Friday, March 6, 2015

Chillax

Betul kata orang, kalau kita tenang hidup kita pun akan nampak tenang. Pembawaan diri kita pun akan nampak lebih tenang. Tak caya?

Tudei decided nak breakfast kat office je. So beli cilemak 2hinggit 5kupang kat tepi jalan bawak pi opis. Buat air neskepe light2..

Terus naik opis level 1. Macik cleaner tu ada. Tegurla macik cleaner borak2 sat. Dia tanya anak sapa jaga sekarang? Ai cakap, ai la jaga. Pastu dia kata dulu kenapa nampak terburu2. Sekarang nampak lilek2.

Ai tak perasan benda tu. Tapi ekceli my rutin sama je. Hantar anak amik anak pi sekolah.

Dia kata sekarang nampak lebih tenang. Tapi betul dia kata. Hidup ai cam lilek2 sikit. Walaupun rutin tu tetap sama. Satu lagi.. sbb rasa lebih tenang CGPA pun mencanak tetiba naik. Haaaa... nampak tak effect dia.

Oleh itu, whatever masalah pun just lilek2. Buat chillax. In shaa Allah everything will be okay.. :)

Tapi ai rasakan, keputusan menukar kereta tu mempengaruhi sangat byk benda2 negative yg jadi positive. Mungkin sebab dulu ai rasa tension je naik keta tu? Adakah keta tu membawa negative aura sebab dah byk benda negative buat dengan keta itu? Mungkin...

Wednesday, February 25, 2015

Sekian terima kasih

Kau orang nak tahu tak? Aku mula dari bawah..

Gaji aku mula2 dapat rm500 sebulan. Tu tahun 2002. Gaji kerani kat Used Car Company.
Lepas tu dapat up sikit. RM650. Jadi guru sementara. Setahun setengah jugakla ..
Then jadi kerani balik gaji rm500. Lepas tu 700. Lepas tu 1200. Lepas tu 1700. Lepas tu 2300 basic plus allowance 450. Yang last ni kat ZTE. Banyak naik dari 1700 tu kan. Kat ZTE walau tak sehebat orang lain punya gaji.. now dah dapat 3250 allowance still 450.

Penat aku usaha tukar2 kerja. Dari aku naik basikal merah beli kat adik aku tu rm200. Hilang x asben aku pakai buat isap dada. Beli moto ex5 pun hilang masa keje watson dulu. Beli saga iswara. Nasib baik tak hilang.. La ni naik Persona merah. Yang aku panggil BabyJuna.. Wallaweyh..

Aku yakin.. dari dulu aku yakin.. kalau hidup ni kita jalankan penuh aturan.. tak hisap dadah, tak hisap ganja, tak minum arak, tak main judi.. sikit2 life akan better. Susah aku dulu yang sampai aku tak nampak masa depan aku kat mana. Sampai aku nangis dengar lagu Mocking Bird by Eminem dalam keta Kembara mak masa Qila yang drive. Masa tu aku tak taw drive keta lagi. Sampai hari tu nyanyi lagu ni masa karoke ngan Qila. Dan Qila still remember the moment..

Now aku boleh hidup berdikari.. Insha Allah.. Cuma kadang2 aku perlukan pertolongan dari segi kewangan kat adik beradik.. Tapi pun tak selalu.. kekadang jer.. Peritnya aku jer tahu sorang. Korang yang baca pun tak tahu.. Anak2 aku pun tak tahu.. Xasben yang dulu konon sehidup semati pun tak tahu.. sebab masa tu dia tengah bahagia bawah pengaruh dada dan fikiran bongok dia tu.. Allah jer tahu sakit and perit aku.. rendah diri aku..

Aku nak hadap balik benda2 tu? Memang takla kan..

Benda dah jadi.. Aku tak pernah regret. Tapi susah aku nak maafkan orang yang buat aku lagu tu. Kau merayu melutut pun.. Maaf mungkin ada walau tak ikhlas. Tapi untuk aku buat kau kawan pun aku rasa benci. Sorry to say..

Dulu aku ingat aku boleh cakap baik2 cakap elok2 dengan orang yang buat aku tu.. Tapi.. jangkaan aku meleset. Baca message jer dah nyampah. Tengok muka pun.. jauh dalam hati aku ni.. rasa macam ada perasaan kurang senang.. Aku pun tak paham kenapa walau aku cuba tidak berfikiran begitu..

Sekarang.. ye.. aku banyak berlakon dan boleh dikatakan hipokrit kalau aku tersenyum tersengih pada mereka.. Sebab ikhlas aku dulu dipandang bangsat kan?  Nak kata apa.. Perasaan aku sekarang pun Allah yang tentukan.. Jadi? Bukan salah aku.. Tuhan yang mengkehendakinya.. Sekian terima kasih. Wassalam

Monday, February 23, 2015

>>>

Boringla babe. Today start register subject. Hmm..Kelas start on 22 March.
Dah taip.. padam.. dah taip padam.. last2 rasa nak beyak pulak.. hahaha

Tuesday, February 10, 2015

---

Emm.. lepas dapat surat cinta ri tu rasa mcm mood kerja dah kurang. Ada jugak apply P1 and UMobile.. tapi .. emm.. tu lah.. tataw dapat tak kan.

Siyes lemau gile nak pi keje. Dahla takde daya penarik kat opis ni. Macam masa sekolah dulu, berkobar-kobar nak pi sekolah selain menuntut ilmu, ada org yang kita nak skodeng.. curi2 pandang. Tapi.. kenapa dah tua ni takde perasaan yang macam tu eh?

Kadang nampak orang hensem, smart pakai blazer..tapi macam takde daya penarik pun. Emm.. mungkin sebab perasaan menggedik dah hilang.. perasaan gatal masa remaja dulu dah takde.. atau otak banyak fikir tggjwb kot sebab tu takde perasaan gatal and gedik tu.. hmm...

Rasa macam nk ponteng jer lepas amik anak2 dari sekolahkan? Tapi nak pi mana pulak? Hmmm...

Raya Cina ni duduk rumahla nampaknya sensorang. Ingat nak turun Rawang jumpa Zita Zuhana. Lepak2 sat ngan dia.. anak2 bapak derang nak amik.. hehehe

Friday, February 6, 2015

Takpaham

Kadang2 aku siyes tak paham acanerlah aku bole hidup di tengah china2 men tu kan? Kau tak paham.. Aku lagi tak paham

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 4, 2015

verbal warning

Verbal warning.. Aku dah kena verbal warning secara email. Serius down jap. Cuma I have something to confess.. Saya buat silap sebab saya pernah tanya boss and boss bagi jawapan silap. So.. terlepas 25 site yang saya dah buat silap.

Tapi.. kerana saya perempuan yang sabar.. *echecheh* sabar saya sebab saya mencari rezeki halal untuk anak2.. jadi ku teruskan jua hidup ini dengan bekerja di ZTE.

OK.. lps ni jgn ikut sgt ckp boss.. walaupun boss tu seorang yang kau puja2 .. wakaka.. gelak2 jugak.. tapi bila nama kau naik.. seluruh ZTE tahu nama kau yang glemer tuh? Haa.. nasip..

Ni part x asben yang sometimes buat aku annoying.. kau nak ajak aku pi tengok kau punya graduation driver bas tu? Kau nak ajak aku pi bercuti raya cina nanti? Kau nak ajak aku jenjalan waktu kau senggang kat rumah takda buat pa? Jawapannya aku takkan nak.. Dalam hati aku ni.. aku memang dah tanak dia. Kadang dia call ajak borak jer hati aku dah panas. Tak tawlah secara semulajadi gitu. Nasib dah divorce. Cuba kau bayang aku tak divorce lagi dengan dia.. nak ke aku layan dia lagi? Mmm..

Sama gak lah kalau kau kawin dengan orang yang kau takde hati langsung.. yang kau tengok rasa ala2 nyampah gitu.. Susahkan soal hati ni? Walau pangkat datok maktok.. walau harta kaya raya.. tapi kau nak ke layan dia kalau kau ala2 nyampah kan?

Ni ada sorang ni.. ingat tak aku citer ada sang abang ni tetiba bayarkan aku bekfas? Kalau kau ingat lagilah.. kalau kau tak ingat ignore je.. so sebab aku kekadang kan memang bekfas kat situ.. pastu sebab akak sorang ni aku terapat la kejap dengan dia.. sebab aku ni tak kisah kalau berkawan kan.. tapi bila dah panggil sayang.. nak gambo sebelum tidur.. siyes aku annoy.. memula panggil adik.. pastu nak sayang2 pulak.. pastu nak soh org hanto gambo sblm tido pulak.. Ko ingat gambo tu free? Free memang aku bagi kat ko.. dengan aku sekali dapat dosa free.. Entahla.. lately hangat je aku ni..

Boifren? Ntahla.. boifren la kot? Aku pun tak tahu dia purak2 sayang atau bener2 sayang. Kadang sepertinya rasa bener2 sayang.. kadang rasanya kok macam purak2 sayang.. hati aku? Kalau dah kate boifren konfirmla sayang.. tapi sebab tanak selalu sakit hati.. aku tanak sayang lebih2.. nanti jadi seperti masa lalu.. Cuba kau bayangkan.. boifren yang tanak buat apa yang kau nak.. dengan alasan dia dah buat macam2 kat x gelpren dia dulu.. tawla kau punya x gelpren tuh single.. aku ni Miss J anak 4.. kau nak beza2kan pulak.. kalau kau.. kau sentap tak? Aku? sentap la .. tapi.. aku diam jer lah.. manalah taw dia ada gelpren lain kan... aku ni dahla tak cun.. lepas tu anak pun 4.. lepas tu .. camtulah.. takpa.. takpa..

*sebenarnya aku ni sedang down gile terbabas.. sebab tu panjang lak entry today*