Sunday, January 12, 2014

Fakta atau auta

Emm.. hari Ahad. Semalam aku melempeng..hari ni aku mencekodok. Resepi cekodok kali ni.. aku letak daun sup & daun bawang.. sebab takdak cili besar..aku tumbuk 5biji cili api dengan ikan bilis. Bawang tak payah. Gaul sebati letak air gaul lagi sehingga rata air dan tepung. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Cicah cili sos saje.

Satu jer aku tak tahu camaner nak lembutkan cekodok. Ada kata letak air panas. Ada kata jangan gaul macam nak lunyai tepung tu..ada kata masa nak menggoreng minyak kena panas tahap maksimum. Emm.. yang aku selalu buat pakai air panaslah. Tapi sometime aku letak jer air bersuhu bilik.

Kalau letak air panas..nanti tepung tu nampak macam kembang. Lepas tu baru ler letak air bersuhu bilik. Ni cara aku masak. Orang lain aku tak taw. Cubalah try mana-mana yang patut. Tak jadi yang tu..cuba yang ni.. tak jadi yang ni.. cuba yang tu.. tak jadi semua.. maknanya anda memang tak ada skill masak. Hehe

Aku ingat dulu-dulu aku masak cekodok pakai tepung pulut. Qila gelak sakan kat aku. Cis! Tapi takpa.. belajar dari kesilapan. Kuih donut aku buat.sekali jer seumur hidup. Tu masa aku tinggal rumah mak mertua. Aku beli bahan pastu aku buat. Siap letak coklat kat atas dia.. pastu aku bawak pi kerja. Masa tu aku kerja kat Watson.

Masak memasak ni aku tak rajin. Tapi boleh masak. Ko bagi jer resepi. Pasti jadi. Cuma rasa tu mungkin tak kena selera sebab ada yang suka manis atau masin. Aku ni lidah anak jawa. So suka yang manis-manis macam aku jugak. Hahahaha... mati larr.. pasti kamu semua muntah darah.. takdak sapa nak puji..pujilah diri sendiri.

Ingat! Kita ni makhluk Allah. Allah yang jadikan kita. Kalau takdak orang puji kita..kita puji diri sendiri. Sebab apa? Sebab kita memuji kejadian Allah swt. Kita jugak yang dapat pahala. Ye tak?

Eh.. boleh pakai ka fakta ni? Hahaha.. aku pun tak tahu..kihkih..

Lepas ni nak beli barang dapur tapi malas ya amat mahu keluar. Duduk jer bertapa dalam rumah. Lagi-lagi lepak atas katil tuan rumah. Pergh! Heaven.

Masa memula aku pindah sini kawan-kawan abang kata aku garang macam ghimau. Tapi la ni dah takde kot? Sebab derang macam suka jer nak lepak-lepak rumah aku. Aku bagi jer.. cuma syarat jangan buat sepah dan kalau aku ada kat ghumah jangan buat bising. Tu jer.. bising sikit kalu aku tegur. Anak sendiri buat bising aku dah serabut.. inikan pulak anak sendiri campur anak jiran mahu aku gila karang.

Time aku takda.. lantak pi lah korang. Janji aku balik rumah..rumah kemas dan bersih. Paling utama sekali lantai rumah jangan bagi habuk.

Aku nak pi beli cermin yang baby pecahkan pun malas. Malas nak gerak sebab rumah tinggi sangat. Kan best kalau boleh terjun jer setiap kali nak turun bawah.

posted from Bloggeroid

Saturday, January 11, 2014

Thank you :)



Sabtu ni boring. Aku dok melepek atas katil lepas makan lempeng cicah sambal sardin. Pagi-pagi aku dah menyadin. Dah siap sambal sardin baru teringat baby dalam pantang. Sigh! Tapi aku bagi juga dia makan sebab dokter kata takyah pantang. Cuma aku jer yang takut kepala dia jadi macam hari tu. Ni dah makin mengecil aku tengok. Tapi tak baik sepenuhnya lagi.

Ohye.. malam tadi dinner zte kat hotel renaissance. Tapi aku tak pi sebab takda sapa nak jaga anak-anak. Kalau tak bleh jugak aku pi mabok-mabok. Weyh!! Gila! Mesti bestkan have fun kalau pi. Takpala.. takdak rezeki disitu. So malam tadi aku layan astro.. sambil gayut dengan Abdul Kudus suka bagi aku tazkirah. Lantakla ko Dus.. janji ko hilangkan boring aku dan boring kau sekali.

Aku dapat wechat tadi. Dari kawan lama masa sekolah. Dia ni dah baca blog aku dari yang aku dah privatekan tuh. Kira peminat blog aku ler tuh. Hehe.. tq tq. Ade jugak yang nak baca blog aku nih. Yang aku tulis belasah ikut sesuka hati aku yang terlintas kat kepala tanpa ada tapisan. Err.. kalau ada yang terasa mahapkan daku lah ye..

Silap.. sepatutnya gambar kat atas tuh aku letak kat belah bawah ni. Tapi.. takpalah.. korang bleh baca gakkan? Haa.. tu la kawan aku tuh. Dia ni masa sekolah malu-malu nak cakap dengan aku. Maklumlah waktu tu aku diva... hahahahaha... matilarrr.. lepas sekolah tak pernah jumpa. Jumpa dalam fb saje. Hmm.. dia kata blog aku bukan sampah. Err.. ye la kot? Orang lain yang nilai hasil kekreatifan kita kan? Kreatip sangat lah kan blog aku nih? Kihkih

Lupa nak cakap. Nama dia Hisham. Hahaha... tapi bukan Hisham ni yang cari aku jejaka misterius itu. Tu yang dia wechat sebab nama dia kuar..heheh.. btw Hisham.. thank you sebab suka baca blog yang apentah ni.. ;)

Haa.. ni kawan-kawan abang and kakak ada kat rumah menikmati lempeng I buat pagi tadi. Dia kata sedap dan nak lagi. So aku buatla beberapa keping lagi untuk dia. Sapa nak resepi.. meh sini :)


posted from Bloggeroid

Friday, January 10, 2014

Serius misterius

Kali ni aku nak citer pasal jejaka misteri. Kenapa aku nak cerita pasal dia? Sebab aku tak tahu siapa dia.

First time masa mula-mula pindah jejaka misteri itu cari aku. Aku tak amik port sebab mungkin astro installer ke. Tapi anak aku kata bukan..sebab jejaka tu kata kawan aku. Tapi aku tak amik port sangatlah.

Second time jejaka tu cari aku lagi dalam sebulan atau 2 bulan lepas. Anak aku kata naik vios warna putih. Kulit putih-putih jerawat sikit-sikit. Anak aku sedang bertempiaran kat bawah sedang main-main. Aku dah mula pelik tambah nak tahu. Tapi kejap je lepas tu aku tak amik port.

Kali ketiga baru tadi. Orang yang sama. Anak aku tanya nama. Nama dia Mohd Hisham. Sekarang ni aku ada sorang kawan nama Hisham..tapi takde Mohd. Dulu-dulu sekolah rendah ada kawan jugak nama Hisham. Tapi mustahillah mereka mencari aku yang rupawan nih. Keadaan semakin menjadi rumit bila aku teringat anak aku kata dia ada pakai tshirt zte masa kali kedua dia cari aku.

Kalau org zte pastilah dia taw mana nak cari aku. Siapakah jejaka misteri itu? Adakah bunian? Serius misterius.

Agak-agaklah nak jadi jejaka misterius aku kan? Kalau secret admirer cuba-cubalah kau letak kat peti pos seutas habib jewel ka. Sesampul not sepuluh ribu ka. Sekeping kad kredit ka.. kan..kan?

posted from Bloggeroid

Sampah

Ada yang tertipu. Ada yang kena tipu. But well that is karma. Once you tipu orang kau kena tipu balik. Aku tak kuat menipu. Aku agak lurus. Tapi aku ada jer menipu dan tertipu.

Sapa yang aku tipu.. syhhhh!! Diam-diam sudah.. Sapa yang tipu aku? Aku tahu tapi buat-buat tak tahu. Sebab? Sebab malas nak cari gaduh. Kenapa macam tu? Sebab orang menipu takkan kata dia menipu..sama jer dengan orang gila takkan mengaku diri dia gila. So tipu dan gila tu benda sama. Sapa tipu dia gila. Sukahati aku jer membuat fakta tak soheh cenggini. Sapa percaya dia bodoh. Wakakak!

Lately aku ada kawan yang kuat kencing. Gila kencing kuat. Aku tahu malas nak amik port. Sebab? Selagi takda effect kat aku, aku buat bodo..tapi tak semestinya aku bodoh. Cuma buat-buat bodoh walaupun aku sebenarnya pandai. Hahaha.. matilarrr..

Aku update entry menipu ni sebab aku sedang ditipu dan dalam masa yang sama aku juga menipu. Ada aku kesah dekat orang yang aku tipu? Tapi takla sampai aku menipu sehingga aku masuk lokap effect dia. Aku tak sejahat itu walaupun aku jahat sebenarnya. Ada orang nak mengaku jahat dalam blog? Takde kan.. special case aku mengaku aku jahat. Tapi jahat aku ada limit.

Aku belajar dalam dunia ni tak boleh jujur sangat nanti kena tindas. Aku belajar dalam dunia ni tak boleh baik sangat nanti kena tindas. Dalam dunia ni aku belajar tak boleh ikut procedure nanti tak dapat apa yang kau nak dalam hidup. Tapi kena ada limit. Tak boleh main hentam keromo.

Yang penting satu. Kau tahu kau ada tuhan. Kau tahu tuhan kau sapa. Jangan nanti mati kau murtad pulak. Bahaya tu :)*nasihat dari orang yang tak pakar tapi buat-buat pakar*

Aku rasa blog aku ni blog sampah! Lantaklah.. peduli apa aku.

Thursday, January 9, 2014

Show me the money :)

Seems like everybodys got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
You got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good
Time.

Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We're paying with love tonight...

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

Ain't about the (ha) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

(Listen, Okay.)
We need to take it back in time,
When music made us all UNITE!
And it wasn't low blows and video Hoes,
Am I the only one gettin... tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness.
If we all slow down and enjoy right now
Gurantee we'll be feelin
All right.

Well, keep the price tag
And take the cash back
Just give me six strings and a half stack
And you can, can keep the cars
Leave me the garage
And all I...
Yes all I need are keys and guitars
And guess what, in 30 seconds I'm leaving to Mars
Yeah we leaving across these undefeatable odds
It's like this man, you can't put a price on a life
We do this for the love so we fight and sacrifice everynight
So we aint gon stumble and fall never
Waiting to see, I've seen a sign of defeat uh uh
So we gon keep everyone moving their feet
So bring back the beat and then everyone sing
It's not about..

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 8, 2014

Old frens and old flame

Satu hari aku tengah masak. Telefon berdering dan aku menjawab dengan suara tak lunak dan tak merdu. Hehe..

Dia adalah kawan lama aku. Sekolah rendah bersama. Satu kelas. Dia di antara pelajar pandai masa sekolah rendah. Aku panggil dia Dus. Dia kata dia dapat no. phone dari Cik Qila. Tapi..bila aku tanya Qila dia kata tak jumpa si Kudus ni. Aku tak tahu kenapa tetiba dia call aku. Tapi kami nasib sama. Aku terperanjat dia dah jadi single abah. Last aku jumpa dia masa aku singgah kat Shell kat Banting tak silap setahun lepas atau dua tahun lepas. Biasalah aku tegur dia sikit-sikit sudah.

Sebelum si sengal tuh masuk dalam, aku ada pi uptown Banting. Masa tu dia bisnes kat sana. Baju anak-anak kecik. Dia dan isteri dia. Jadi aku memang terperanjat bila dia kata dia dah single. Now dia duduk Shah Alam. Seksyen9 katanya. Dia ikut si Omar kerja. Omar ni pun kawan sekampung. Adela bau-bau bacang kat situ. Tapi aku tak pernah jumpa mereka ni. Kudus jer rajin call aku. Aku pun jenis tak kisah kawan lama yang call. Tapi sometimes perbualan kami mengingatkan kami semasa kecik-kecik dulu.

Kenangan aku kencing dalam seluar masa darjah satu. Kenangan aku kena kacau dengan Omar waktu mengaji. Saling bertukar cerita tentang kawan-kawan lama masa sekolah rendah dulu. Cari balik derang dalam facebook. Kelakar LOL. Gelak-gelak jer aku berbual dengan Kudus nih. Tapi sometimes serabut jugak aku rasa si Kudus nih. Lantaklah.. tang tu aku tak kisah.

Tapi malam tadi dia call aku. Tetiba aku teringat dekat satu bf lama masa aku belajar dulu. Arwah Shamsul Amri. Serius sudah lama aku tak ingat kat dia. How times flies. Sudah sepuluh tahun lebih dia takda dekat dunia ni. Tapi sebenarnya aku rasa bersalah sebab masa dia takda, aku tak tahu. Lepas lebih kurang setahun baru aku tahu. Tu pun sebab masa tu aku nak kahwin sudah. Tapi bila teringat balik, perasaan bersalah tu masih ada dalam hati. Dulu aku selalu sedekah al-fatihah kat dia. Now aku dah lupa. Totally lupa sehingga malam tadi berborak dengan Kudus. Ada benda yang buat aku bersalah. Tapi mungkin arwah dah lupakan. Macam mana aku cari Syime dulu, tapi aku tak jumpa Syime. Arwah ni masuk jarum..dan bila dia dah jadi bf aku, dia terjumpa Syime. Hmm.. bersangkut paut.

Semua nama-nama ni adalah kawan-kawan waktu sekolah yang suka menyakat aku. Now masing-masing dah tua. Ada yang dah pergi dulu..

Oh ye.. biar aku puji sikit si Kudus nih. Dia banyak nasihat aku sebagai kawan lama. Dia ni anak pak lurah atau ketua kampung. Serius aku teringat balik masa dulu-dulu. Masa kecik-kecik dan masa zaman remaja. Betapa indah hidup tanpa masalah. Zaman kegembiraan. Zaman aku kena ngorat dan kena kacau. Tapi macam mana aku dulu, macam tu jugak aku sekarang. Omar kata aku suka buat hal sendiri. Sampai la ni pun aku tetap macam tu. Buat apa nak kecoh?

Tuesday, January 7, 2014

Kan gua dah cakap gua HAVOC

Rasa memang betullah I dah gemuk sikit. Senang hati kot? Lagi pun balik jer masak. Bila masak rasa lapar. Bila lapar rasa nak makan. Hahaha.. takpa tunggu dan lihat nanti. Jangan gemok gedempol sudahlah.

Masak pun sukahati nak masak yang simple-simple like sausage lada hitam. Lagi-lagi baby dalam pantang. Takmo masak ayam. Takmo masak ikan. Takmo masak telur. Masak yang berasaskan daging saje. Hari tu daging burger masak lada hitam. Hahaha.. boleh jer kan? Esok ingat nak masak daging kicap.

Ingat dalam pantang nak masak sayur jer. Budak-budak ni tak gemar makan sayur pulak. Masak gak la.. sometimes tak masak sayur. Memilih sayur mereka ni.

Sekarang takmo masak yang ada santan. Cepat basi. Nanti sayang jer buang.

Entri before ni lagu baru yuna. Sedang drive terdengar lagu ni. Entah kenapa suka dengar lagu Yuna. My celcom pun nak letak ringtone Yuna lah. Suka lirik lagu baru Yuna nih. Maxis dah letak ringtone Yuna. Hari tu berdering jer dengar lagu Yuna. Tak obses dengan dia.. tapi suka.

Suka sebab dengan usaha sendiri dia boleh sampai overseas nyanyi dan buat lagu kat sana. Hari tu ada member macam tak suka Yuna..tapi I tak marah pun. Sebab hak dia nak suka Yuna ke tak.

Semakin hari semakin biasa menggunakan excel. Banyak gila kerja. Sehingga malas nak study. Balik nak masak. Sedang berfikir-fikir.. tapi tak tahu lagi. Semangat nak belajar sometimes luntur. Sebab banyak kerja. Bila dah malam malas nak tengok buku. 2paper sudah amik mc. Paper hr pun ingat nak mc. Semangat tak kuat. Tapi mahu teruskan.

Ingat mahu cuti next semester. Tukar course sekali. Tapi taktaw procedure nak tukar course. Tak tahu kenapa hati ni nak jugak tukar project management. Taknak sampai dismiss. Nak tukar course. Nak belajar sampai habis. Gila. Apentah belajar macam ni. Gila-gila.

Kerja buat masa memang berlambak. Hafizi tak handover semua benda lagi. Tapi watlekwatkul. Takut anak-anak tak terjaga. Ingat nak jadi part-time model. Echecheh.. lagi gila. Part time carik duit. Gila. Esok gua yang gila dulu. Tak sempat nikah. Gila.

Kan gua dah cakap gua havoc!!

posted from Bloggeroid