Friday, November 8, 2013

Gua tadehal bro

When you need to do everything on your own. Huh! Penat seyh! Tadi I pi shopping barang dapur habis RM300. Swipe pakai debit card. Kedit kad simpan dulu.

Balik nak naik atas rumah pikul bag laptop kat belakang. Handbag kat depan. Tangan penuh 6 bag plastik penuh. 3 beg kiri dan 3 beg kanan. Tak taw berapa kg pikul naik tingkat 4. Bini popeye betul. Badan jer kulus tapi tenaga..perghh!!

Abang bawak 10kg beras. Kakak bawak satu beg plastik. Baby bawak buku dan congkak. Adik cuma bawak penyapu dan penyodok sampah. Balance lagi 3 beg plastik..round 2 kakak dan abang amik.

Naseblaaa.. tadi ingat nak taw berapa kg gua dah sekarang. Tapi agak malang naseb kerana 2 timbang elektronik tak berfungsi. Mesti penangan vandalisme. Nway tadi I try pi tanya part time kat Tesco. RM7/hour. Malang lagi sekali nasib kerana part time malam dah penuh. Haih!

Yang hotel hari tu available on wiken sahaja. Sebab wiken ada wed ceremony. Hmmm... tak tanya plak rate per hour dia. Lupa.. tapi takpa.. nanti I call balik lelaki itu. Life's hard. But it's okay. Tanda Allah sayang kat hambaNya adalah diperbanyakkan ujian kesusahan. Lagi pun.. kalau kita fikir sedekah bagi nafkah pada anak-anak.. Allah tambah berkali ganda. So jangan kedekut pada anak-anak sendiri. Cuma perlu berjimat sedikit.

Tapi gua ni nak kena berjimat banyak ekceli. Haha.. tapi takpa redha. Pada yang dah buat I sakit hati.. aku masih marah. Susah nak hilang marah tu. Jika aku dah marah tandanya aku dah sakit hati. Bila aku dah sakit hati maknanya aku dah hilang rasa hormat. Biar sapa pun lu ada gua kesah? Lu now pandangla gua sebelah mata.. takpa.. gua tak kesah bro.

Lu buat gua sekarang..esok nanti biar Allah balas. Mungkin bukan kat lu..kat anak lu ka.. sampai lu pun rasa saket macam gua. Sekarang lu berlagaklaaa... gua tadehal bro!

posted from Bloggeroid

Laaariikkkk!!!

Oh lupa nak citer.. bile ar my xhubby dubby call. Naseb..setiap kali dia kol mesti salah timing. Hahahaha.. masa tuh orang tengah bad mood sesangat. Dia cakap kuat kena marah..cakap pelan pun kena marah. Nasebla ek?

Sapa tak kenal Nizar Kusyrina kalo mengamok sapa pun kena berdas-das. Ade aku kesah? Sapa soh kacau orang yang pendiam tapi garang giler bab. Kihkih..

Sori naik lori sampah lah kan kalo dah buat salah dengan I..I dah bengang..I dah muak sampai nak muntah dengan perangai memasing tuh..ada aku kesah sapa pun ko? Kalau dulu aku boleh jadik baik pijak semut pun tak mati tapi bila aku kata.. cukup! Naseblaa.. ade aku kesah?

Tunggula aku reda .. sometimes pun tak reda lagi..cuma malas nak layan marah tu jer..tapi silap kau cakap..kau kena balik kat aku.. muahaha *gelak ala2 setan lahanat* kihkih

Nway aku bukanlah baik sangat. Ade setengah orang tuh nak sorokla sangat sifat-sifat negatip dia konon cam malaikat. Tapi sebenarnya nauzubillah..simpang malaikat patplohpat. Tapi aku tak kesah selagi kau tak kacau aku. Cukup! Sapa baca sendiri terasa..ampunkan kami penunggu gua.. kihkih.. laariiikkk!!!

posted from Bloggeroid

Thursday, November 7, 2013

Marah jadik redha

Kadang-kadangkan bila kita nak-nak sangat benda tu bila tak dapat kita akan rasa terkilan, marah, hampa.. saya rasa bila kita rasa benda-benda tu..kita akan rasa sekejap jer pun. Lepas tu redha dengan apa yang terjadi. Tapi bila kita nak-nak sangat benda yang kita tak boleh dapat..tapi kita sedih manjang.. perasaan sedih tu susah nak hilang.

Aku suka bila Allah memberi perasaan marah. Biar pun sedikit sebab marah itu menjadikan kita tak suka. Bila tak suka mesti kita akan menjauhkan diri dengan benda yang kita tak suka. Hmm.. dan baru rasa redha tu akan sampai sedikit demi sedikit menggantikan perasaan tak suka dan marah tadi.

Tapi.. kalau kita still nak jugak.. tu yang rasa sedih manjang. Kita tak boleh nak lepaskan apa yang kita nak tu. Jadi kita pun tak boleh happy. Yang ni untuk saya lah. Ada orang-orang yang saya sangat marah..perasaan marah tu akan reda either cepat atau lambat. Bila pun marah sangat..ia akan lambat reda. Bila pun marah sikit..ia akan cepat reda. Tapi masa marah tu kau dengarlah apa-apa yang menyakitkan hati. Kau la pulak kena sabar dengan mulutku atau status ku yang takde insurance itu. Weee~~~~ Ade aku kesah?



Wednesday, November 6, 2013

Why?

Sometimes I keep asking why? Why when it's come to me everything will be so hard?

I just wanna have what I need..not what I want. Why?

Do You want me to have a hard life most of the time? I'm doing everything for the sake of my kids. Not anyone else. Why? Can You tell me why?

Nak mandi pun malas..but still kena mandi gak

Malas bergerak diawal pagi. Sejak akhir-akhir ni motivasi diri bagai hilang..

Hmm.. cakap banyak pun tak guna nowadays. Jadi jangan bercakap.

When you felt sangat down..you will crying like a little baby alone. There is no one in the room or car or toilet..but you still know the God is right by your heart. You know He always there for you even kau dah buat salah macam-macam. Even kau dah mintak ampun tapi kau buat lagi.

Kebergantungan lately memang sangat-sangat pada Dia. No one else can help me. No human being yang ekceli care..

posted from Bloggeroid

Sunday, November 3, 2013

Hujan rahmat

Hujan.. abang dan kakak pergi surau tak balik lagi. Hmm.. tadi Abang kata nak bawak payung.. bila check baju kat luar abang tak bawak pulak..

Hari ni rasa suram. Sejak petang tadi. Hujan..dan malam hujan lagi. Hujan waktu mujarab untuk berdoa. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Rasa sayu.. tapi.. ketentuanNya akan sempurna akhirnya.. mungkin..

Sejuk. Rindu. Sedih. Sayu. Hiba..

Aku takkan berganjak dan menyesal. Walau mungkin mereka mengejek. Dan.. I dunno am not picked up the phone when the guys called. It is just like annoyed. Sometimes 4am pun nak call. Bongok ke apa. Jam 2 pagi kau watsap kau tanya dah tido? Memang la bongok! Only some of them when am not bz I will reply. And for sure there is I think 2 guys who am not annoyed with ..hmm..

posted from Bloggeroid

Saturday, November 2, 2013

Mari melempeng

Sempena Deepavali yang mulia ini.. saya mengucapkan kepada rakan-rakan India saya.. Happy Deepavali :)

Sempena Deepavali yang berseri dikala ini..saya melempeng untuk brunch di hari Sabtu. Haha.. as usual lah kalau Sabtu mesti brunch. Kihkih

Sebetulnya memang lama gila tak melempeng. Dulu kecik-kecik mak buat adunan lempeng dan I lah yang melempeng. Mak sibuk buat keje lain. Siyes gua dah lupa saat bila nak terbalikkan lempeng itu.

First time melempeng tak jadi sebab dia melekat kat kuali. Ekceli jadi..cuma gua tak tunggu sampai kering jer bawah dia. Lempeng ni kalau dah cukup masak..nak terbalikkan dia memang senang. Then pastu gua cuba biar dia lama-lama sikit baru lah dia lekang dari kuali. Weheeee~~~~

Kelakarlakan.. 10 tahun kahwin baru la ni serius memasak. Ekceli lepas dari alam perkahwinan baru enjoy masak. Mungkin sebab rumah sendiri dan dapur I handle sorang. Yang penting bersih.. Hmm... btw ia adalah sesuatu yang seronok ekceli bila tengok orang-orang yang kita sayang makan apa yang kita masak. Masak ikhlas tau. Masak ni kena ikhlas baru jadi.

So enjoi the food :)





Yum yum...

posted from Bloggeroid