Thursday, October 10, 2013

Cinta



Bila mana anda cintakan seseorang tapi tidak boleh bersama sehingga bila-bila pun. Jadinya satu jer masa yang pasti jika kita mintak padaNya akan konfirm dapat. Dekat syurga nanti :')

But while waiting for the time..sengsaranya sendiri tanggung.
posted from Bloggeroid

Wednesday, October 9, 2013

Part time

Tengok. Baru tadi update pasal part time. Hehe.. dah de orang dah nak carikan part time.

Harap semua went smoothly nanti. Huwaaa!! Cam nak nanesh plak tiba-tiba.

Pun dah ngantuk. Cincaw cincaw nak tido dulu. Mwah2 xoxo

*rindu*

posted from Bloggeroid

Struggle gila babi

When you have more cards left than your money. Now terfikir mahu buat part time. I think area plaza Massalam itu boleh cari disitu atau nasi ayam yang popular seksyen 11 itu juga boleh. Sebab babysitter baby, suami dia ada sedara mara dengan tokey itu. Kot semalam dapat 30hinggit cuba kau darab dengan 10hari suda 300. Tamau part time mekdi susah nanti kena ikut duty. Kalau ada emergency nanti susah mahu cuti. Tapi kalau part time mekdi bersih dan selesa sikit. Kan?

Emm.. takpa mau survey dulu. Mau lepas ni siyes gua jadik skeleton. Sok boleh arr tukar nama FB jadik skeleton Niza. Kihkih

Haih! Susah hati plak. Anak lagi..part time lagi..study lagi..emm.. takpelah. Now mesti boleh. Gua sendiri pilih jalan ni kan? Takpa..rezeki Allah itu ada. So dont worry k.

Abang Hannan dan Kakak Raudhah..derang start jalan kaki pi sekolah pagi tadi. Mereka yang mahu. So tadi cer try test dan berjaya. Mommy ambil Aqasya dan Syaraf lepas tu tunggu mereka dirumah. Dalam jam 1.20pm sudah sampai. Hmm.. dan Abang bawa berita happy untuk Mommy. For subject Math and BI dia dapat 90++ marks. Mommy seperti tak percaya. Pindah sekolah terus dapat high marks. Bila mommy selidik rupanya ada sorang kawan dia anak pensyarah ajar dia math and english. Dia plak ajar kawan dia tu Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Mommy pesan kat Abang..cari kawan yang elok-elok. Itula yang pengaruhi kehidupan kita. Mommy suruh dia kawan terus dengan kawan dia tu. Tapi tatawlah nanti-nanti camaner. Kita tunggu result akhir tahun nanti.

Serius ini zaman struggle gua. Dulu zaman jatuh merudum. Now mahu struggle gila babi.

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 8, 2013

Tiup-tiup habuk terbanglah..

Sejak punya astro bayar sendiri ni..jarang pulak I nengok tiwi. Ye la.. lagi pun I now bizi. Bizi kemas rumah, bizi pok pek pok pek kat anak-anak. Bizi termenong pun ade. Bizi tido pun.. hehe.. tido jaranglaa.. dah malam baru tido. Now pun nak buat esainmen.

Haih! Napelah buku mahal sangat. Bleh dak beli ngan kad kedit? Takde buku susah nak buat reference. Sudahlah sangat rajin pi library. Semester lepas paling rajin pi library intec pasal discussion buat CS hari tu. La ni memang takla kan. Sibuk nak balik asap sebab anak-anak. Takde masa plak nak melepak ngan dating-dating macam dulu. Last kol I pi tengok wayang citer..emm..ntah lupa plak. Tapi kat Paradigm. Lepas tu takde masa nak lepak shopping complex.

Am not into pi shopping complex. Kalau nak pi..makna mesti ada tujuan. Nak beli barang ke..nak tengok wayang ke.. nak makan big apple ke.. am not jenis yang nak lepak windo shopping. Adakah am not sejenis perempuan normal? Kalo pompuan normal kan suka lepak-lepak dengan gigirl2 kan.. but am not. Lepak sowang kedai mamak pedehal.

Entah..dari dulu kot I tak suka benda-benda remeh temeh ni. Am not like pompuan lol. Yang suka menjahit..hias rumah cantik-cantik. For me biar rumah nampak bersih kemas lapang. Thats why macam tak terfikir nak menyemak nyamunkan ghumah dengan pokok bunga. Biaq kosong senang buang habuk. Tiup-tiup jer habuk tu terbang lah kan. Wakaka.

But am thinking of penuhkan ghumah dengan buku. Nanti semua buku. Sana buku sini buku..bleh ar jadik library. Ok gak kan?

Nanti buat rak buku kat dinding cantik-cantik cam library. Wawawa.. dulu masa zaman berangan nak buat rumah besar-besar pastu ada bilik dalam semua buku jadik library. Tapi la ni rejekinya dapat rumah kecik cenoet nih.. penuhkan jerlah dengan buku. Ok gakkan?

Buku paling mahal gua beli buku grollier. Dua ghibu jugaklah. Bayar seratus sebulan. Sampai habis. Tu semua untuk anak-anak. Ada cd bagai. Tapi pun takde cd player. Ada radio tu tapi tak reti nak sambung kat tiwi. Jadik tak leh nak pasang cd la. Hmm..

Tapi puas hati. Ingat nak beli buku encyclopedia lah. Untuk anak-anak baca. Hmm.. tapi tau jer la rege bukan main mahal. Takpa.. leklu..

posted from Bloggeroid

Sapa boleh supply top up.. bak sket

Saya semakin kurus. Nanti skeleton jer nampak berjalan. Kalau orang gemok tuh boleh tambah lemak dan I boleh mintak lemak dia.. I nak sikit. Monthly top up lol.

Top up kat mana-mana yang tak bole bla.. top up kat tempat-tempat I suka top up. Bagi berlemak dan gebu. Bagi nampak steady. Takdela tiup sket jatuh lol.

Orang gemok tu pun mesti konfirm murah hati sangat kan? Woha!

posted from Bloggeroid

Garang

Hannan seorang yang pessimis. Tak tahu belajar dari siapa. Punya minda yang positif.

Everytime dia dalam kebingungan .. dia pasti akan kata boleh. Dia pasti akan kata ada hikmah disebalik segalanya.

Tapi dia agak pemarah. Mungkin ikut sifat mak dia. Nak taw dak.. budak-budak kat sini kata mak Hannan garang.

Am I garang? Mungkin lately saya sukar tersenyum. Sampai ada yang mengintai dan kata I garang. Woha!

Hari tu siap Hannan cabar kawan dia.. cer kalau berani meh salam mak aku. Sorang pun tak berani. Kawan-kawan kakak pulak..bila nampak aku tanak senyum dulu. Tunggu aku senyum. Ade sorang tu langsung takmo senyum.

Ye..lately saya sedikit berubah. Menjadi sedikit serius maybe. Biarlah..tak sorang pun kisah kan?

posted from Bloggeroid

Monday, October 7, 2013

The baby will always be the baby

Now.. The baby will always be the baby..

I realize something.. dalam dunia ni macam-macam boleh jadikan?

Tapi pun still nak buat myself happy. So something yang tak terfikir boleh plak jadi begitu? Emm.. emm..

Keikhlasan yang ada seperti palsu..sudah tidak nampak real. I dont know how to describe my feelings now. Ia menjadi seperti..hmm.. tak leh nak explain lol.

Biarlah.. biarlah ianya mati ditelan masa. Mungkin one day in future I'll be the happiest mother, happiest wife and happiest person in the world.

Mungkin tidak didunia. Mungkin di Jannah nanti.

We cant judge people without hijab itu teruk. Tiada hubungan dengan Allah. Sedangkan hatinya lebih sejuta kali baik dengan yang bertudung. Sedangkan hubungan dia dengan Allah sejuta kali lebih baik dengan yang bertudung. Kan?

Thats why la ada quote nih, "Dont judge the book by its cover". Putih atau hitam hati seseorang itu Allah yang tentukan. Bersih kah.. kotorkah? sedangkan minyak hitam yang berminyak berwarna hitam masih suci boleh bawak semayang. Kan? Kan? Kan?

Sometimes manusia ini suka-suka jer judge others. The real situation Allah jer yang tahu.