Thursday, October 3, 2013

Muak! Wek!!



Haha.. boleh dak gi ni?

I kalo dah malas.. i akan kata malas!!

I kalau dah muak.. i akan kata muak!!

I kalau dah tak suka.. sampai bila-bila pun..

Tapi I akan buat the best for myself. Memanglah now I akan nampak kelam kabut. But then I tak susahkan all of you. Benda yang kau dah cakap dulu-dulu..yang sakitkan hati aku.. aku tetap ingat sampai mati.

Sekarang aku takkan tunduk kat your fams. Biar kau melutut kat aku. And if I say no. And it is a no no. Fullstop!!

Dont try to mess with me huh!!
posted from Bloggeroid

happy go lucky no matter what

Haha.. now mode orang bercinta. I gaduh with my BF. Haha.. BF ke?

If you have the special relationship with someone..you terfikir tak, akan ada perasaan marah, jeles etc etc. Konfirmlah adekan?

Macam hidup.. if your life sangat straight is like not challenging. Macam tu jugaklah relationship. So why take too seriously when something yang came up buat kita gaduh-gaduh? Interesting what?

Masa marah memang marah. Tapi nantikan after all bila kenang balik kita akan cenyum-cenyum.

Anyhow.. thats only my opinion. Terpulanglah kat yang sorang lagi tu.

In my thought.. if you really like someone, no matter how he or she is.. you still be by his or her side. Setakat gaduh-gaduh bodoh.. is like a rain nanti ade sunshine and equal to rainbow. Haha.. nway Allah yang tentukan segalanya :)

If I can accept who ever you are.. I think you as a gentleman pun macam tu jugakkan? Tapi terpulanglah.. jika tiada siapa disisi saya..saya msih tahu Allah ada. Dan dia akan berikan yang terbaik untuk saya. Mungkin after my degree habis I jumpa the better person.. yang punya segalanya. Who knows? Only Allah knows..

I sangat-sangat yakin bahawa.. when we do the best! The best people will come to us. Allah knows everything. So be happy :)

And my advisor tadi ada jumpa jap. Dia kata am a happy go lucky person. Susah tau nak dapat a happy go lucky macam I. Haha..promote diri sendiri.. tak bole blaa..

Wednesday, October 2, 2013

Huwaa!!!!

Ketika berbicara tentang hati dan perasaan..ianya sangat susah untuk dikawal. Ianya memerlukan otak untuk berfikir..nafsu untuk dikawal..kehendak untuk dipenuhi.

Jadinya sometimes macam we dont need the one we crave for..sometimes kita mahu. Kadang macam menyampah pun ada.

I wonder kenapa Allah bagi feelings itu pada saya terhadap dia. My sis kata move on sista. My brain says..yes i am. But bila masuk bab hati.. no he still the one. And my action is.. follow the heart. Huwaaa!!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 1, 2013

Entah..

I'm in relationship with someone I like. Suka memang suka. Cinta memang cinta. Tapi agak complicated. Dan kadang rasa mahu saja cari yang lain sebab bosan..nak text pun susah. Bila communicate dengan orang yang kita sayang terhad..terasa diri macam di anaktirikan. Haha.. tapi memang anak tiri pun.

Perhubungan yang undercover.. macam sendiri jugaklah. Semua nak undercover..tiada kebebasan. Tapi hati suka.. tapi kalau kita jer seperti beria.. nak buat apa? Kalau kita jer rindu..nak buat apa? Bila terlebih expression..tak boleh. Kena tegur..nanti mengundang issue katanya. Kena faham dia.. faham dia dan faham dia. Kalau text waktu offis hour..tentulah dia busy. I pun kadang busy jugak. Jadi dia reply pun macam nak tanak. Sedih..tapi..biarlah. Jumpa? Lagilah.. hmm

Satu masalah pulak.. saya tak jumpa lagi yang berkenan dihati. Ntah..kalau sms ke..watsap ke.. macam.. macam takde yang happening. So now.. malas nak fikir. Tapi need somebody yang selalu ada if we need him. Kan bagus kalau ada yang macam tu?

Satu lagi..



Ada betulnya kan? Lagi pun.. dia ni ramai peminat.. hmm.. kejap orang tu jeles..kejap orang ni jeles.. :(

posted from Bloggeroid

Roti kosong teh tarik kurang manis

Saya sedang ushar sapa empunya kereta BMW putih kat kedai mamak nih. Selalu nampak BMW hitam..bila nampak yang putih..wawawa..

Dulu saya suka kereta warna gelap. Dulu saya suka warna-warna gelap. Pernah dulu saya suka pakai tshirt hitam all the way pi mana-mana pun. Macam takde kaler lain kan?

Mungkin sebab dulu saya pemalu ya amat. Pendiam juga. Tapi bila dah jumpa bff..gelak kuat tak hingat. Rindu zaman sekolah dulu. Zaman yang bebanannya cuma buku.

Rutin harian now dah berubah sejak pindah. Kalau dulu lunch hour boleh malas-malas..lepak-lepak..jalan-jalan..shopping-shopping..now jadik supir. Rutin pagi hantar abang dan kakak dulu..pastu hantar adik..last sekali hantar baby kena panjat tangga 4tingkat.

Lunch hour tepat jam 12 keluar terus ambil adik..then ambil baby..panjat lagi tangga..baru ambil kakak dan abang. Makan pun selalu tak sempat.

Hari tu Kak Lela pesan..jaga kesihatan. Hmm... mungkin itu yang selalu terlepas pandang..sebab saya susah nak demam. Harap-harap takmo demam. Sebab kalau demam memang tunggang langgangla hidup. Bayangkan kalau demam waktu hari sekolah. Sapa mau hantar mereka? Emm.. pikir jap. Demam sikit takpa lah kan. Kalau demam banyak? Mau tak pi mana-mana.

Tapi semalam tidur sangat awal. Lepas tu terjaga jam 4pagi. Lepas tu asyik terjaga. Nak buat esainmen pun malas. Jadi cuma golek-golek atas toto. Haih.. camaner nak hilangkan rasa malas?

Eh..mamat sebelah ni sama menu ngan gua.. haha.. roti kosong dan teh tarik kurang manis. :)

posted from Bloggeroid

Monday, September 30, 2013

Sendiri mahu ingat

Feeling tak larat.. jangan demam dah. Kalau demam habislah.

Malam ni nak buat esainmen. Masak tak lagi. Rasa mengantuk. Nak basuh baju. Amik baju kat luar mesti dah kering.

Kaki rasa tak larat. Ngilu. I need mandi. Nanti baru rasa fresh sikit. Baru boleh buat kerja. Tapi takut nanti dah buat kerja rumah..penat esainmen tak buat.

Hmm.. stress dengar baby nanges. Sebab cuma berebut air masak. Nanges tak henti. Biarlah kakak dan abang layan dulu. Panas.. tumbuh ruam kat badan. Hmm..

Down kejap.

Satu jer.. saya takmo hantar. Sebab kalau cuti saya akan balik rumah family saya sebab saya ada family. Kalau nak datang ambil.

Bila saya dah keras hati..saya akan jadi saya! So jangan buat saya keras hati. Bila saya dah boring..saya takkan fikir orang lain. Saya akan fikir saya. Kepentingan saya.

Kalau orang baik dengan saya..saya akan balas kebaikan tu. Tapi kalau dah buat saya muak..sendiri mahu ingat.

posted from Bloggeroid

Sunday, September 29, 2013

♥ mak

Tadi mak datang..dengan Abang Ngah & family.

Larat mak nak naik tangga 4tingkat. Kami risau jer mak sakit kaki nanti. Tapi alhamdulillah mak dapat naik dengan jayanya.

Sayang mak. Mak datang nak tengok life saya. Walau kaki sakit camtu.

Kasih seorang ibu tak dapat dicari ganti walau dalam apa keadaan sekali pun.

Ayah sampai saat ni masih saya rasa ada lagi..mungkin sebab dia wujud dalam hati. Rasa macam ayah ada lagi kat rumah.

*rasa terbalik pulak dengan ayah..walau ayah takde tapi macam ada..sang bekas itew..walau dia masih hidup macam dia dah takde* tu laa kan..

Sebab saya ni first time nak ada rumah sendiri kan? Jadinye.. macam serabut sikit malas nak fikir susun atur rumah. Ke atau tak tahu dan tak terfikir sebenarnya? Haha.. entahlah

Kak Ija seorang suri rumah. Umur setahun tua jer..tapi sebab dia ni agak matured berbanding saya yang kadang ting tong..mungkinlah sebab Abang Ngah yang train dia menjadi begitu. Then we have to choose the right man to be the husband kan?

Mungkin dia tengok my livin room agak messy..*sebab i pun gitu gak* haha.. dia pun buat sugestion. Dan on da spot terus rearrange. Hmm..rasa luas dan kemas sikit. Cuma nanti nak uruskan barang-barang yang takmo tuh. Bilalah agaknya?

posted from Bloggeroid