Friday, September 13, 2013

Sila muntah dan sakit hati

Hari ni tak kuar lunch. This week attendance memang cam harem. Datang lambat .. EL dan hari ni nak keluar awal.

Tak boleh nak buat apa. Banyak benda nak buat. Sometimes perkara yang simple menjadi tak simple kerana faktor-faktor SOP. Nak buat acaner. Layaaannn..

This week agak stress kerana faktor pekerjaan yang berlambak. Saya mahu jadi orang yang lebih berdisiplin from now onwards. Lantak bila ada orang kata saya skema or whatever. Sebab selama ni hidup saya agak tunggang langgang. So nak jadikan dia smooth.

Esok mahu pindah. Banyak kain baju tak packing lagi. Sebenarnya saya pening. But need to teruskan jugak.

Sekolah anak-anak sedikit bermasalah. Abang dan Kakak tak dapat sekolah yang Mommy target. Tapi takpe. Mungkin itu yang terbaik bagi mereka. Baby dan Adik juga begitu. Dan lebih bermasalah Tadika Kemas itu seperti tidak boleh menerima mereka kerana dah hujung tahun kerana mengikut SOP. Adik untuk tahun depan juga sedikit bermasalah kerana tidak dapat selesaikan untuk tahun ini. Tahun depan punye cerita settle tahun depan.

Semalam saya pusing-pusing settlekan perpindahan mereka. Tak sangka agak rumit sebab pihak kementerian inginkan surat sumpah bagai. Haih!! Nak tanak kena buat jugak. Tapi itu dah settle takpa.

Yang merisaukan Baby dan Adik. Acaner mahu buat? Minggu depan pikir boleh tak?

Perilaku seseorang adalah di atas keizinan Yang Maha Esa. Jadi saya terima seadanya apa pun yang terjadi.

Anyway apa pun yang berlaku dan perasaan apa yang muncul dalam hati adalah ketentuan Allah. Perasaan suka, marah, menyampah, tak kuasa nak layan.. tu semua adalah penggerak untuk saya melakukan sesuatu. Jadi saya yakin ini yang terbaik untuk saya. Untuk mereka yang tak memahami asyik pandai nak kutuk jer.. saya maafkan. Saya faham mereka mahukan yang terbaik untuk keluarga meraka, jadi fahamilah saya juga ingin lakukan yang terbaik untuk anak-anak dan diri saya sendiri.

I know him more than 10 years. Saya tahu dia bagaimana. Mungkin anda lebih tahu dia sebagai seorang anak dan ahli keluarga yang tidak berapa nak kisah dengan apa yang dia dah buat kat saya..kerana apa yang dia buat mungkin tidak memberi impak yang besar kepada anda tetapi memberi impak yang paling maksima terhadap saya dan anak-anak.

Fikir jerlah kalau suami anda tidak bertanggungjawab macam mana pula anda? Kalau kamu ada seorang adik, abang atau kakak yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dia..anda hanya mampu melihat tapi tak mampu nak rasai apa yang keluarga mereka rasa.

So, before you judge please make sure you place yourself in their shoes. Ni kalo ko tak paham aku memahami.. haha.. sebab saya tahu tahap anda dimana. *anda pasti rasa jelekkan?*

Let bygone be bygone. Saya akan terus hilang..anda hanya mampu stalk saje. *sila muntah dan sakit hati*

Thursday, September 12, 2013

Rilek brader..brader rilek



Haih!! Yang kat atas tu namanya bangang abadi. 2 kali dah anak tanya apa maksud perkataan ini dan apa maksud perkataan itu. Bila Mommy tanya si polan ni sebut kat derang. What? Hey.. kenapalah mereka ni bangang abadi dengan menyindir dan bercakap benda yang kanak-kanak tak faham. Kamon la babe..

Kamu semua tu dah tua beranak pinak cucu cicit semua ada. Kenapalah bangang abadi sangat menyindir anak kecil yang tak faham. Kalau nak cakap meh sini depan mak dia.

Cakap belakang bukan main meletup-letup. Depan gua semua mulut manis. Siyes bangang abadi tak boleh bla. Gua harap ada yang stalk kat blog gua. Bacalah!

Sampai ada yang tanya kat anak ada calon bapak baru? Asal tak tanya kat gua terus? Paling tak oun gua akan cakap..

"Ada. Sultan Brunei tu bakal bapak baru derang."

Puas hati? Kat sini meh gua nak declare bagi yang nak taw sangat gua ada bakal bapak baru ke tak kat anak gua.

"Ye..memang ada. Tengoklah dalam habis sekali lagi suci gua habis iddah adelah nanti yang minang gua. Lepas kitorang nikah kitorang pindah NYC. Lepas tu tinggalkan semua angin kus kus kat Mesia nih. Puas hati?"
posted from Bloggeroid

Wednesday, September 11, 2013

Rahsia dan senyum :)

Berahsia? Ye saya ada rahsia saya yang tersendiri. Yang orang lain takkan tahu. Yang akan saya rahsiakan..

Tapi akan ada seorang yang saya takkan merahsiakan apa-apa dari dia.

Dulu secara serius saya tak pernah merahsiakan apa-apa pun dari orang yang paling saya sayang..yang paling saya percaya..tapi now..dia bukanlah orang itu lagi.

Saya banyak rahsia. Rahsia saya banyak. Ada yang sebahagian rahsia hanya orang yang terlibat dengan perkara tersebut saja tahu.

Saya pernah terbaca satu quote, "Jangan percayakan sesiapa kecuali diri sendiri".

Saya cuba praktikkan itu. But sometimes kita perlukan seseorang untuk menceritakannya..sometimes untuk sesetengah perkara saya berjaya..tapi setengah lagi..akan saya ceritakan juga pada orang-orang yang rapat dan selalu jumpa.

Sebab apa? Sebab saya tak boleh tanggung ia seorang diri. Kelemahan saya.

Orang kata, kalau seseorang itu bercakap dengan cepat tetapi pendiam .. dia adalah perahsia.
Saya tidak berahsia dengan orang yang dekat dengan saya tentang my personal life. Tapi yang terlalu personal itu akan saya berahsia. Adakah saya seorang perahsia?

Itu tentang rahsia. Ini tentang senyum. Waktu sekolah dulu kawan saya kata saya suka tersenyum. Waktu kat UiTM pun. Kadang tak cakap apa..senyum jer cukup. Tapi now takde orang sekeliling pun kata saya suka senyum. Mungkin senyum itu dah pudar.. atau saya sekarang tak suka senyum. Apa pendapat anda? *Haha..tanya pendapat kat orang-orang yang tak jumpa selalu..bongok dak?*

Tapi .. ingat satu benda.

Allah maha Mengetahui.

Oh ye.. 11 September.. ingat tak hari ni hari apa?

Tuesday, September 10, 2013

Edra..

What I like about Edra..

Dia kool dan bersahaja.
Kami punya bufday yang sama.
Dia banyak bagi nasihat yang lol dan juga yang tak lol..

Dan paling saya kelakar..dia provoke saya soh kawen cepat-cepat dengan buka laman web murai dan bagi saya tengok retis-retis yang seperti berikut;

1. Anne Ngasri janda anak3 baru lahirkan baby baru dengan suami baru dia berusia 42thn.

2. Abby Abadi janda anak3 bersanding dengan suami barunya usia lebih muda 12tahun.

3. Adi Putra yang hemsem itew kahwin janda yang tak berapa nak cun. *yang ni taboleybla*

4. Didie Alias janda anak6 kahwin single hemsem plak tuh.

Hahaha.. edra edra..

posted from Bloggeroid

Saya mahu jadi nenek kebayan.. bukan mak lampir

Bila memikirkan tentang pindah..yes saya sangat teruja. Tapi bila fikir tentang banyak benda nak dibuat..yes saya stress yang amat.

Boleh tak kalau saya menjadi seperti witch? Pergi kerja naik penyapu tak payah pakai duit minyak. So if minyak naik harga lapan pocen sekali pun.. do i care?

Nak pindah rumah tak yah sewa lori..sekali petik semua dah ada kat rumah baru dan semua dah kemas dengan baik nya.

Kalau jadi witch tak yah basuh baju, lipat baju, kemas baju..kalau jadi witch takde teman pun takpa sebab penyapu pun boleh cakap-cakap bagi idea.

Kalau jadi witch yang paling best nak pergi mana boleh saja. Petik jari atau panggil penyapu hantar .. sekelip mata dah sampai.. huwaaaa!!!

Saya sedang stress ini. Tapi takpe..watlekwatkewl sudey..

Kenapa bila stress rasa macam nak tidur ye? Seperti depress!! I hate this feeling!!  Siyes tak suka!! Hate! Hate! Hate!

Oh ye..sejak kenaikan harga minyak..sejak tu barang pun naik harga. Wawawa..

Dan hari tu saya isi penuh dan sangat penuh adalah RM86. Kalau dulu paling penuh pun RM80 jer. Okeh..anda darabkan dengan 4minggu. RM6x4minggu=RM24. Ye..begitulah.

Minyak plak macam air jer lajunya. Eh jap.. hari tu dapat bil air RM6. Tak yah bayarkan?

Oh ye. Tadi pergi John Steam.. pergh!! Steam habes!!

Dan oh ye!! Tadi juga try call for walk in interview..tapi hasilnya kena pergi isi borang dan pergi tanya bos dia sendiri berapa gaji dia bleh bagi and for all the requirement yang dia nak. Malas lah..kalau ada penyapu boleh jugak kan?

Monday, September 9, 2013

Love letter



This is why I love marilyn monroe. The quotes..

When I read the quotes.. I do realize what had happened in my life is the same thing what had happened to her. Maybe am wrong but the feelings is the same :) but still can smile..

Am deleting all the photos..all the memories and wont be back for you as per your request.

Regards
Baby
posted from Bloggeroid

Sunday, September 8, 2013

Dalam hati ada taman wiken tadi

Wiken ni agak meletihkan..tetapi semuanya berlalu dengan happy..walau ada terselit perasaan sedih :')

Why eh? Sebab bila letih dan seperti dah tak lalu nak buat apa-apa but still need to move on..paksa diri sometimes..itu yang buat stress

BTW.. bila pos photo check-in di penthouse itu..ramai jugalah yang komen.. setengah mereka yes I know mereka tahu apa jadi dalam hidup gua..tapi setengah mereka seperti tahu *am not sure mereka tahu atau tidak..atau mereka tahu dari orang kampun atau mereka tahu dari blog* seperti komen memberi sokongan but thanks all walau anda tahu atau tak tahu its doesnt matter cuma ianya sedikit memberi saya senyuman walau mereka tak nampak tapi Allah nampak :)

Dan walau belum berpindah secara rasmi Qila dan Kak Lela dah datang rumah .. dan yang ada hanya air saja.. sebab tak dapat nak masak apa-apa sebab dapur itew baru test power masak air dan ada sedikit poblem yang kena settle before the day I nak pindah. Tetamu first yang datang Kak Lela and family juga Qila and family and ianya sangat saya appreciate :)

So after this maybe akan ada kawan-kawan yang akan datang tak kira opismate atau rakan sekuliah yang maybe mahu bertandang study bersama and its okay for me :) sesiapa sahaja please do come to my house tapi kalau nak datang hello dulu supaya saya boleh sedia apa yang patut walau tak seberapa.

Emm.. but i keep thinking of something yang saya hanya mampu biarkan saja tanpa ada keraguan dan ianya mungkin plan from Allah for me.. but I dunno is it worth it or not. Sometimes tak mahu berfikir kerana ianya bukan priority but still need it :). But if He want it to be.. saya terima dengan senang hati and will do my best to make it the best for the rest of my life.

Err.. my future plan akan saya teruskan biarpun mungkin ianya seperti mustahil tapi jika tak cuba anda tak tahu :) tapi ianya takkan menjadi mustahil sekiranya itu yang anda mahu.. 10 years in future..apakah yang akan terjadi? O_o'

posted from Bloggeroid