Friday, August 23, 2013

Cer try gugel nama sendiri

Cer try google nama sendiri. Mana tahu ada orang mintak hutang kan.. haha

Nway tadi try gugel satu nama ni.. ish! Ada orang cari dia nak mintak bayar balik hutang. Nway this guy kenal dalam 2 tahun lepas lah. Dia ada gak pinjam wang dari saya..tapi takpelah. Bukan rezeki saya nak dapat balik duit tu.

Kerja bagus mamat nih..sambung master lagi. Bini sambung degree. Tapi perangai hampas dowh! Kalau tengok profile FB macam baik-baik jer dia ni. Tapi sepanjang kenal dia takmo add my FB. Sumthinglah mamat nih.

Taktau nape nak gugel nama dia. Ni sebab search twitter kat dia lah ni. Haha..

Last jumpa.. emm.. awal tahun ni tak silap. Tapi jumpa pun saya taw mesti ada sumthing yang dia nak mintak tolong. Betul sebenarnya. Last jumpa dia kata nak bayar balik hutang. Tapi pun sampai sekarang memang janji pelesu lah.

Satu yang buat gua jauhkan diri mamat nih..waktu dia susah nak mintak tolong.. ayoyaii.. lembut gigi dari gusi pijak semut tak mati. Bila turn gua mintak tolong.. 1000 alasan dia bagi. Makan hati sungguh gua.

Cuma tinggalkan no phone jer kat orang yang nak mintak hutang tu. Lepas tu pandai-pandailah cari sendiri. Last pun dia cakap tukar kerja kat KL. Lepas tu gua pun tanak hambik tahu dah. Cuma siyes tak sangka yang dia berhutang sana sini. Huhu.

Cian bini dia yang ingat dia baik giler. Ish ish

Wednesday, August 21, 2013

I have s3 my new bff device wherever I go he go

Testing update guna bloggeroid for the second time dengan s3. Hari tu dah try update tapi tak tau entry pi mana ntah.

Emm..patah tumbuh hilang berganti. Now dah pakai s3 dulu pakai advance s. Tapi ayah tiada galang gantinya. Same with my kids but not to my xhusband.

Apply credit card dapat terus swipe beli tv dan henpon. Kat sen heng dan nasib baik ada member card harga dapat murah and zero interest. Tv samsung 30 inch harga 799 plus stand and service after sales dalam 158. Hempon s3 harga 1299. Bayar dalam tempoh setahun and monthly payment cuma 190.

Ok kan? Tapi sebenarnya boleh jimat lagi kalau advance s itu tak hilang. Tv tu jika tidak harga adalah 999 tapi sebab I adalah member so then dapat harga 799. Lepas ni jika barang elektrik rosak I pi sen heng je lah.

Kenapa I beli s3? Kerana harga yang berpatutan dengan budget dan tidak besar gabak. Ingat nak beli samsung mega harga dalam 15++ tapi pun 7 inch. Mau besar sangat dan tak suka. I punya advance s kan comey lotey. So disebabkan harga dan tidak besar I belilah s3. S4 harga agak mahal. If c/w lte rega adalah 2+++ and yang takde lte harga 1799. Melebihi bajet ekceli. Tapi berkenan yang warna pink and kecik sikit dari s3. Sikit jela beza lebar dia. Maybe bentuk dia yang agak bersegi berbanding s3 buat dia nampak lebih ummphh gitew.

Wiken lepas entertain my house owner anak beranak. Ok la dapat mengeratkan hubungan sebab if anything happen in future sure Kak Nor boleh lebih kurang. Itu adalah benefitnya selain menolong mereka berjalan teringin nak pi sana sini. Takpe I buat sebab Abang Adi dah banyak tolong I before this. Now its my turnlah walau tak seberapa.

posted from Bloggeroid

Saturday, August 17, 2013

Al-fatihah untuk ayah :)

Rabu, tanggal 14 August 2013.. Seperti biasa aku pergi ke ofis walau sedikit pening kepala kerana balik lewat semalamnya setelah berbual dengan Kak Nor tuan rumah yang akan aku sewai. Ekceli memang dah lama tak balik lewat cenggitu..mungkin sebab balik lewat dan kurang tidur hari Rabu itu kepala memang sakit dan selepas lunch mata yang mengantuk tapi terpaksa berjaga sehingga satu kerja pun aku tak buat. Aku biarkan hari itu berlalu begitu sahaja.

Sehingga waktu balik aku memang tak sabar dan bila sampai rumah aku terus terlentang didepan tv dalam bilik sambil Abang picit kepala Mommy yang sakit. Sehingga aku tertidur...

Keesokan harinya, Khamis 15 August 2013.. rasa sedikit segar walau masih ada sisa sakit kepala. Drive seperti biasa ke ofis. Dan ingin menyelesaikan kerja-kerja yang terbengkalai semalamnya. Bermula dengan membuat panggilan kepada Zhou CCSMY. Lepas tu menyiapkan sedikit kerja tentang photo battery.

Oh ye..kerana lapar tidak makan sejak tengahari semalam..aku breakfast biskut kering cicah Milo. Tak lama henphone berdering..Abang Ijam call buat aku terpinga-pinga bila Abang Ijam mengatakan ayah dah takde.

Bingkas .. jumpa boss .. call sapa-sapa yang patut dan bergegas balik ke rumah.

Segalanya selesai berjalan dengan lancar sehingga hari ini. Ayah pergi dengan tenang di hospital jam 9 lebih pagi Khamis. Segala urusan berjalan lancar. Ayah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kanchong Darat jam 3 petang. Sayu hati..

Last jumpa ayah pada hari Ahad sebelum tu. Sempat 2 malam jaga ayah dihospital. Sempat lap-lapkan badan ayah..tukar pampers..semua lah yang termampu aku lakukan. Malam aku jaga ayah..ayah tak banyak kerenah. Cuma badan ayah berpeluh-peluh melekit. Ayah tidur lena..

Pagi ayah banyak minum susu mungkin sebab tekak ayah tak sakit. Tapi kami tak sangka akan ayah pergi secepat itu selepas seorang adik ayah 4 bulan lalu juga abang ipar ayah 2 minggu sebelum itu. Mereka bertiga memang rapat sejak muda. Susah senang bersama. Mungkin kerana mereka rapat jarak itu didekatkan.

Ayah pergi 9 Syawal. Semoga roh ayah tenang disana. Semoga roh ayah ditempatkan sebaris dengan orang-orang yang beriman. Semoga kubur ayah diterangkan dengan nur Mu ya Allah. Semoga dosa-dosa ayah diampunkan.

Nawal..anak saudara yang berada di Yaman kerana menuntut ilmu.. memberitahu tadi pelajar Malaysia disana membacakan 30 juzuk Al-Quran untuk ayah. Semoga segala keberkatan sampai kepada ayah.

In Shaa Allah.. akan saya kirimkan doa dan Yassin kepada ayah jika ada masa terluang. Akan saya cuba menjaga tingkah laku dan aurat untuk ayah. Saya akan cuba yang terbaik..

Selepas ini tiada ayah..ada hanya emak. Tadi nak balik selepas salam semua abang kakak adik.. macam ada yang tak cukup. Nasib baik tak nyanyok. Sebab selalu orang yang terakhir sebelum masuk dalam kereta akan cari ayah untuk bersalaman..

Alhamdulillah..kami redha dengan pemergian ayah. Segala kekecohan kami tolak tepi..yang penting majlis tahlil ayah akan kami habiskan hingga hari Rabu. Al-Fatihah untuk ayah.. Ngadi Bin Bingu.

Oh ye.. ayah muncul dalam mimpi Hannan.. pesanan ayah yang terakhir untuk Hannan..jaga adik-adik baik-baik..ayah pakai jubah putih dalam suasana putih dan terang bercahaya..amin :)

Wednesday, August 14, 2013

Makan dalam

When 3 women in love with the same guy.. haha.. sounds like the man must be a macho man.. isnt it?

This guy ada something daya penarik yang maybe dia sendiri tak sedar..  Nway benda ni jadi kat dunia ni.. this guy adalah lelaki biasa yang ada membuat kesilapan di masa lalu.. and I know all of the women knows it.. but then still love him.

Hati yang digerakkan.. oleh Allah.. tapi tak tahu nanti penghujung cerita ni bagaimana. Adakah lelaki itu berterusan dengan perempuan yang bersama dia? Atau..adakah x-wife dia juga akan bersama dia akhirnya? Dan maybe yang sorang lagi akan hanya gigit jari..

This episode seriously went crazy. Kenapa Allah mempertemukan perempuan yang gigit jari ini dengan lelaki itu? Kenapa Allah memberikan perempuan yang gigit jari ini perasaan itu? Apakah hikmah disebalik segala yang berlaku? OMG! Tak sabar nak tahu pengakhiran episode cerita ini. Semakin menarik..

Takpa.. saya mahu tunggu dengan takdir Allah yang semestinya baik untuk semua perempuan-perempuan itu dan juga that something interesting guy :)

Anyway tadi pi rumah Kak Nor tuan rumah seksyen8 itu.. and we had a seerriiouuusss lloooooonnnggg chat about everythingss.. dan saya boleh get along dengan Kak Nor. Sangat peramah.

From 630pm till 1am. lama kan? Nway jam 8 itu saya sudah mahu undur diri..tapi still Kak Nor have something yang dia nak tanya..bercakap dan berborak. Jam 9 juga sudah kata mahu balik tapi still she want to story morning glory tentang itu dan ini. Sehingga 1am.. kemudian kerana telah lewat saya minta mengundur diri.. kami berborak tak hingat. Tentang kerja, tentang anak-anak, tentang family, tentang xhubby..berkongsi cerita dan tips.

There must be something saya terjumpa dengan keluarga ini. Either Allah mahu beri petunjuk atau mungkin ujian demi ujian yang akan saya lalui in future. Betul kata Zaha, if you love a man dan mahu melupakan dia..please semua bahan bukti hapuskan..semua kenangan buang dan buang lelaki itu jauh-jauh. Tapi if you still in contact dengan lelaki itu..ia akan semakin makan dalam.

Monday, August 12, 2013

Bad mood

Oh ye.. my phone hilangkan? Tak citerkan hilang acaner? Ekceli hilang dicuri orang. Bukan tertinggal atau terjatuh atau misplace.

I tidur masa tengah jaga ayah kat sepital. Charging dalam jam  3 pagi. Jam 5 pagi phone stay still kat tempat dia. Jam 6 pagi sudah hilang. Masa memula ingat misplace. Sebab mamai bangun tido yang tak nyenyakkan? Rupanya someone dari luar tingkap ambil. Tingkap tak kunci. Bagus kan?

Abang Man kata maybe security guard kat situ. Yelah kan.. security guard malam lelaki. Dia yang pusing-pusing keluar masuk area wad tu. Mungkin juga..tapi takpelah rejekinye takde.

So lepas tu mengadu kat semua orang. Haha.. Bongokkan? Dah besar pun nak ngadu-ngadu. Eh lantaklah.. saya mengadu pun kat adik beradik. Kihkih

Alahai.. bosan lol takde hempon canggih. Ni pun buka lappy nak tengok FB dan update blog. Dah jadik zaman I pakai blackberry. Blackberry tu pulak I dah sedekah kat Sara Telnet. Bagi jer FOC sebab screen pun dah pecah. Dia pi betulkan RM40 jer.

Pastu tadi survey gak hempon. Emm.. takmo pakai blackberry. Nak jugak pakai android.

Ni tengah tunggu washing machine nih. Ngantok sudah. Mahu melatih diri tidur hanya 4jam sehari. Boleh ka?

Dahla.. badmood! Bongok!!

Sahabat karib menghilangkan diri

Sahabat karib saya menghilangkan diri malam hari tu. :(

Sampai hatikan? Dia dah tak cayang caye lagi.. Gundah gulana kejap hati. Naseb baik tak nanesh.

Siapakah sahabat karib itew? Tentulah my android phone tuh. Walau tak seadvance s4 tapi ianya cukup buat saya bahagia. Bila takdak pe nak buat tentulah henpon menjadi temannya. Jika mahu tunggu washing machine henpon juga penemannya. Tiada lagi Zombi yang nak dipicit guna jari. Tiada lagi buah-buah terbang yang nak kena slash guna jari. Tiada lagi mendengar Zombi itew menjerit comel. Heheh.. oh ye.. kalo install candy crush lagik tentu kena start level1 kembali. Ayoyaiii

Nway takpa.. kejap jer rasa tuh. Sekarang dah ok. Cuma bila menengok Nokia E5 symbian itew menjadi hampa kerana tiada Zombi atau Word Search yang selalu kami anak beranak berkumpul menatap hempon kecik mencari perkataan. Bayangkan.. 5 orang berkerumun untuk berebut mencari perkataan. Kihkih

Selepas ini tiada lagi update status di FB melalui phone. Tiada lagi bloggeroid. Kalau nak buka lappy memang malas lah kan. Tapi sebenarnya ia adalah lebih baik kerana bila saya dah menatap skrin hempon pasti kerja lain terbengkalai. Dari 5 menet jadik 10 menet. Dari 10 menet jadik setengah jam. Kita try takyah advance sangat. Boleh dak? Tapi tulah.. susah plak nak dapat info. Lagi-lagi bab nak gi kelas nanti. Grup rakan sekuliah saya itew. Info bila nak register subject. Sudahlah saya  sangat rajin untuk buka ined.

Tadi pun dah survey hempon. Kalo nak beli pun bajet lam 1k jer. Tak yahlah gatal nak beli Iphone kan? Tak yahlah gatal nak beli s4 kan. Cukup dengan Samsung Android 2processor c/w 4G. Ape benda ntah nama hempon tuh. Screen LED okeh. Tak mo LCD. Heheh.. Nantilah.. Sabaq naa..

Edra kata gua musti beli jugak nanti. Haha.. dia dah tau I punye peel kalo takde watsap dan FB memang kehidupan itew seperti lara manjang.. kehkeh..

Eh tapi sangat jimat kot kalo takde hempon canggih ni. Yelahkan? Takyah lah nak subscribe for internet. Kalo pakai E5 symbian nih.. konfirm prepaid hanya RM30 sebulan. Itu pun tak habis.

Emm.. raya dah habis. Habis dah raya. Lepas ni sibuk dengan pindah rumah.. bila ye register subject. Gua dah plan nak ambil subject apa this coming semester. Lepas ni kena limited tidur ke 4hours per day. Bolehkah? Tentu mata saya seperti Zombi yang selalu kena picit kat hempon. Best tau game Zombi itew. Ade yang version yang comel..ada juga version yang agak skeri. Hehe.. tapi takmo main game ant smasher kerana ianya sangat menjelikkan, menggelikan.. euw

Oh ye.. bizi dengan klas nanti.. tentu saya tak sempat nak tengok ayah. Masa seperti tak cukup nanti. Naseblah.. teruskan jer. Kelam kabut sehingga 2016. Phew!! Lamanyerrr...

Saturday, August 10, 2013

Melepek like lempeng

Again ayah admitted hospital banting.

Hari raya yang kusam. Baru tadi bawa anak-anak beraya rumah makcik and pakcik. Dan saya rasa sedikit terhibur bila berborak kosong tentang itu ini dengan sepupu yang jumpa setahun sekali.

Serius tahun ini sangat bosan beraya. Serius tahun ini tidak teruja beraya.

Petang tadi melepek kat rumah. Mak tegur," Ko ni nampak letih jer..asyik melepek jer.."
Aku jawab," Takde benda menakjubkan berlaku..tu yang melepek jer."
Best tak jawapan? Ye lah kan.. Sedara mara sebelah pakcik datang gua dah mati kutu. Layan menghidang ketupat..buat air..pastu melepek balik. Paling best pun ambik hempon lepak kat halaman tengok FB. Snap pic sendiri dengan anak-anak pastu post kat FB. Amendenyerlah kan yang nak buat hidup ni happy giller..? At least you have something yang buat hidup anda dipenuhi rainbow-rainbow walau kadang ada sedikit hujan renyai.

Sabarlah duhai hati :(

Ni yang nak buat keputusan tergesa-gesa nih. Tapi tak boleh.. Kena careful sebab nanti silap buat keputusan merana lagi seumur hidup. Jadi.. Stay cool.

posted from Bloggeroid