Thursday, July 25, 2013

Kerja

Rasa mengingini untuk mencari kerja dan berpindah ke tempat lain. Bukan merungut atau mengata, cumanya boleh tak satu international company kau appreciate sikit staff anak ikan yang ada?

Bukan projek tak untung, dengar nye dapat jugak million USD. Sudah 2 kali kau dapat bonus dari DiGi. Dan kenapa hanya bos-bos besar yang gaji dah besar jer dapat bonus. At least jika tidak every quarter kao dapat bonus kao tak bagi kami takpa. At least bagila sebulan gaji every year. Sudahlah renew contract kao tak naikkan gaji.

Manalah pekerja bawahan kao tak bermotivasi. Tapi kao suruh jugak kerja terok-terok. Dia kan kalau dah made in China, sama jer dengan barang-barang made in China taw. Serius kalau boleh takmo pergi keje dah.

Wednesday, July 24, 2013

Lagu raya

Yeay.. jap lagi nak balik. Tadi dah dengar lagu raya. Feelings nak raya dah ada.

Nak siapkan rumah sebelum raya. Nak letak barang sikit-sikit mana yang boleh bawak. :)

Tuesday, July 23, 2013

Baby semput



Malam tadi baby batuk-batuk, muntah-muntah, sakit dada..semua cukuplah. Risau pulak kan? So pagi ni pergi klinik zariah..ingat demam batuk biasa jer.. Rupanya semput.

So kena nab sekali kat klinik zariah. Terus refer pi hospital. Decide pergi hospital banting jer sebab tak ramai.

Sekarang ni baby ada dalam pangkuan mommy. Sedang sedut gas. Sakit sikit manja bukan main baby ni.

 
posted from Bloggeroid

Monday, July 22, 2013

Sekolah Rendah Agama

Agak pening nak cari sekolah budak-budak. Sekolah Kebagsaan memang takde masalah sebab dekat dan boleh jalan kaki jer. Cuma sekolah rendah agama ni.. macam susah sikit.

Wiken semalam pergi kemas rumah lagi. Dan masa nak balik tu jumpa bebudak yang tinggal situ. Kebetulan sangat budak tu pun sebaya dengan abang. Jadi alang-alang tu tanyalah sekali. Untuk sekolah kebangsaan dia sekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik. Kat situ memang tak timbul sebarang masalah. Tapi yang bermasalah adalah sekolah agama. Tanya kat dia sekolah agama tak? Budak tu tak sekolah agama la pulak..

So tanya kat Abang Adi dia kata paling dekat sekolah agama kat seksyen 4. Tapi pun tak sempat google. Post kat FB dulu, Kak Nor jawab Sekolah Rendah Agama seksyen 3. Hmm.. Sekarang sedang berfikir.. ade tak kat kejiranan tu hantar anak dia ke sekolah tu. Harap adelah. Tapi pun sebab tak sempat nak kenal dan berkenalan tu yang tak tahu tu.

Area Batu 3 ni pulak ada sekolah agama KAFA. Kalau sekolah situ pun okay. Tapi ni sedang berfikir..mahu balik lunch hour ke rumah ke tidak. Kalau balik lunch hour ke rumah boleh bawa derang sekali kat sekolah KAFA ni. Sedang berfikir..

Survey jugak Sekolah Rendah Agama Integrasi. Yang ni senang sikit..tapi kemasukan pulak untuk dari darjah satu. So better masukkan derang kat KAFA atau SRA biasa jer. Ada 2 pilihan sekolah nak fikir ni.. Kalau balik hari-hari lunch hour memang semputlah. Acaner ek? Tak dapat nak fikir dah.

Sekolah Rendah Agama Integrasi sukatan pelajaran dia campur dengan sillybus Sekolah Kebangsaan. Tapi balik awal.. dan tak sure pulak untuk yuran dia. Baca kat blog macam mahal jer.. tapi ada pulak yang kata RM50 sebulan jer. Tak pasti mana satu betul.

KAFA dan SRA memang tak banyak beza. Sama je. Cuma.. tu lah. Mahu sekolah seksyen 3 atau Kafa Batu 3? Ekceli budak-budak ni takde problem. Yang problemnya kalau ada budak-budak kawasan tu sekolah kat seksyen 3, mesti ada transport bawak derang ke sanakan? Tapi kalau takde mak dia gaklah yang kena hantar setiap hari. Kalau kena hantar setiap hari baik masukkan derang kat sekolah KAFA ni. Nak survey plak dah.. Tapi rasanya.. ade terfikir satu jalan. Settle pindah sekolah kebangsaan dulu. Biar budak tu tak yah pi sekolah agama dalam masa seminggu dua. Kena buat survey kat area tu.. then baru decide. Ok kot?

Sunday, July 21, 2013

Lipstick kaler merah

Petang Sabtu kami berbuka rumah emak. Sampai pun dah dekat waktu berbuka. Sebab cari ayam golek punya pasal. Ingat nak pergi cari kat Bazar Ramadhan Banting..tapi pun sesak. U turn balik. Kalau tak.. sure pun lepas maghrib baru sampai.

Malam tu kami anak beranak lepak-lepak..borak-borak. Yang kelakar Cik Aqi.. Ade ke buat sugestion sesuka hati kat mak. Hati pun belum nak terbuka lagi. Tapi apa yang Cik Aqi cakap dalam bilik tu memang betul. Memang tak dinafikan. Dan sebenarnya dah terfikir sebelum Cik Aqi cakap. Tapi pun hati tak boleh dipaksa. Jadi biarkan dia reda sendiri. Cuma..tak tawlah. Hati ni masih begitu. Nanti-nanti tak tawlah kan. Tapi sekarang ni selalu buat solat istikharah diberi petunjuk. Biarlah hati ni terbuka untuk jalan yang terbaik bagi kami anak-beranak.

Oh ye.. Hari tu kata taknak beli baju raya kan? Tapi MIL suruh beli jugak baju untuk anak-anak. So dia bagi la belanja untuk anak-anak. Tanpa pengetahuan adik beradik yang lain. Dan MIL suruh merahsiakannya. Betullah apa yang saya agak. Kalau tak kenapa MIL suruh rahsiakan?

Ekceli pun dia bukan cakap direct kat saya. Sebab lepas beli baju tadi.. Saya suruh anak-anak ucap terima kasih kat nenek. Nenek yang beritahu derang. Hmm.. Hidup kalau takda konflik tak sahkan? But saya tahu dia adalah ibu mertua yang terbaik. Cuma.. Keadaan persekitaran kot yang buat dia .. Ish dahlah.. Tak yah terang banyak-banyak. Citer sket-sket cukup. Lagi pun saya takkan minta belanja nafkah dalam idah ataupun nafkah anak-anak. Terpulanglah pada kesedaran si bapa itu sendiri. Harta tak pergi mana. Ye tak?

Oh ye.. Baju yang Abang bagi dah siap. Dah ambil tadi. Dah try and sangat fit dengan I. Suka-suka. Tadi pun beli baju tahun ni tanpa tema. Beri kebebasan pada anak-anak warna apa yang mereka suka. Ingat nak beli warna gold.. Tapi pun sebab bila sampai kedai tu..abang nak baju lain. Adik dah pilih baju lain. Baby pun dah sibuk tunjuk baju lain. Kakak pun sebab dah beli kaler-kaler pink. Takpelah.. Lain-lain. Barulah bukan boria.. Tiap-tiap tahun boria. Ye tak?

Siap semua sekali beli tadi. Malas nak fikir dah. Shopping dengan I memang paling senanglah. Tunjuk jer nak apa .. Tapi yang perlulah. Yang tak perlu tolak tepi. Janji duit ada. Haha



Haa.. Tu dia. Baju kurung pahang. Saya suka pakai baju kurung pahang. Tapi baju ni kalau I gemok sket memang ketatlah. Sekarang pakai memang ngam-ngam dengan badan. Jahitan pun cantik. Pandai tukang jahit tuh. Tergerak nak hantar kat situ sebab dulu zaman kerja watson pernah buat baju uniform pregnant kat situ. Tau dah jahitan dia memang kemas dan tukang jahit tu pun pandai design. Banyak-banyak tailor kat Banting rasa dia yang terbaik. Pernah gak buat kat tempat lain.. Tapi pakai tak sedap. Ada yang tak pernah pakai pun .. Bagi kat kakak cleaner kat opis. Bila dia pakai cantik pulak. Fit dengan badan dia. Apela tukang jahit tu.. Ukur badan orang lain.. Tapi yang pakai cantik orang lain. Tapi kali ni puashati. Maklumlah kain tu pun from someone kan? :)

Baju kakak jer tak siap lagi. Kak Lela yang jahit. Takpa.. Lek jerr.. Cuma kakak tak sabar lah nak tengok baju dia.



Haha.. Yang ni jangan gelak. Saja test-test lipstick mak. Lama gila dah tak pakai lipstick. Kuangkuang

Oh ade lagi nak citer. Tapi nantilah. Panjang sangat entri ni nanti. Lagi pun nak solat Isyak dah.. Bye for now.

Xoxo
posted from Bloggeroid

Friday, July 19, 2013

Ryonis jam free



Nampak tak jam tangan kat atas?

Ini adalah jam tangan kesayangan saya sekarang. Brand pun takdelah branded sangat kan. RYONIS.. Cer test gugel. Tak banyak info ada dalam tenet.

Jam ni adalah jam made in oversea lah. Tak ingat lah dari negara mana apek tu bagitau. Jam ni saya beli kat kedai gambar kat Telok Panglima Garang jer. Harga pun dalam RM200. Tak la mahal sangat macam jam Swatch yang saya tengok kat satu kedai jam kat Pekan Banting tu. Harga dia RM500. Mahalkan? Tapi cantik gile.

Ni lama dah nak update pasal jam ni..tapi tak terupdate. Masa I beli jam ni..balik kerja sebab nak betulkan jam anak-anak. Tertancap plak mata nih kat jam nih. Banyak pilihan kat kedai tu ekceli. Ada 2jam yang berkenan. Satu lagi agak branded gak..tapi brand dulu kala yang orang dah tanak beli.

So pilih antara 2 tu..I amik yang ni sebab dia sapphire.. Maksudnya cermin dia memang tak calarlah.. Ko guris acaner-acaner pun memang dia tak calar.

So sebab masa tu takde niat nak beli jam..jadi tak bawak duit cash. I nak swipe pakai debitcard jer. Apek tu takde machine kad kedit lak. So I cakap takpelah pek.. Lenkali datang lagilah beli. Apek tu tanak hilang customer. Dia pinjam machine kadkedit dari kedai henpon sebelah.

So gua pun swipe dan dapatlah gua beli jam tu dengan harga RM200. Gua pakailah sampai sekarang. Next monthnyer dah dekat akhir bulan..gua check duit yang tinggal sket dalam bank. Aik..ade orang bankin RM200. Gua terpanjatlahkan?

Nway..gua check lam mayban2u. Dia reverse balik yang gua beli jam tangan tu. Ingat kedai henphone tuh mesti pelik sebab tetiba ada sales RM200. Tu yang dia reverse balik tu kot? So gua biar jerla.. Lagi pun sedang takde duit..so gua keluarkan jer duit tuh. Nanti kalo dia perasan mesti charge balik kat account gua tu kan?

Gua tunggu gak kalo dia nak charge balik. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.. Tak jugak sampai la ni. So kiranya jam ni rejekilah. Amin

Tapi jam ni pun mengong gak sebab last month dia tak gerak. Gua malas nak layan..lagi pun ingat battery dia kong. Gua masuk lam poket bag laptop bawaklah kehulu kehilir. Tetiba last week gua check dia hidup pulak. Gua pakai sampai la ni.. Ok plak. Hehe... Ingat dah arwah dah :)

First jam gua beli pakai titik peloh sendiri adalah jam PUMA. Design lelaki tapi gua suka pakai. Tahan lasak sampai lebih 10 tahun guna. Tapi innalillah dah arwah tak tahu nape. Sayang jam tuh..beli waktu habis SPM. Pakai duit gaji kerja operator kat Toshiba dulu. Masa kerja Watson lah dia tetiba tak gerak. Before tuh dah rosak.. And masa tu xhubby ada hadiahkan jam SWATCH warna putih. Jam tu pun cantik gak. Tapi hilang. So pakailah balik jam PUMA tuh. Tukar bateri terus ok.

Hari tu ada pakai jam RADO jap. Tapi jatuh pun pecah lalu rosak. Jam ESPRIT pun ada. Tak ingatlah kat mana jam ni. Hilang jugak kot? So last-last pakai jam free nih.. Hehe
posted from Bloggeroid

Thursday, July 18, 2013

Sakit

Saya marah kepada mereka yang selalu menyakitkan hati saya.

Sangat marah sehingga ..

Anyway marah itu mungkin akan hilang ditelan masa.. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya.

Balas dengan kebaikan atau kejahatan.. Biarlah! Saya tak peduli!

Tolong jangan sakitkan hati saya lagi..yang nanti kalau saya dah benci.. Saya benci sampai kiamat!

posted from Bloggeroid