Friday, May 24, 2013

Oh my english



Remains silence if you missing someone soo bad..

Kadang-kadang my english memang ke laut. Rasanya tu ayat yang betol. Sebab baca banyak kali baru perasann.. Ke atau boleh jer pakai ayat status FB tu? Huhu

posted from Bloggeroid

Siyes nak muntah



Lelaki ini gila mengatakan saya sexy... Sudah-sudahlah nak masuk jarum.. I wonder tang mana kata saya sexy.. Setakat tengok gambar kat FB pastu kau kata sexy.. Nampak sangatlah kan apa yang kau nak cuba lakukan..




Siap nak gigit bagai.. Euw.. Seriusly lelaki ini adalah tak boleh blaaa..



Sorry naik lori..he needs to be ignored. Bluwek !! Nak muntah !!!!

posted from Bloggeroid

Thursday, May 23, 2013

Tak sabar

Saya tak tahu kenapa saya tak bisa bersabar menunggu tarikh itu.

Saya tak tahu sometimes bila watsap or fb msg or ape2 yang sewaktu dengannya..saya rasa sangat annoying with those guys..

Adakalanya kalau saya x reply tu bermaksud..malas nak layan. Maaflah ye..

Benda-benda yang jadi buat saya bertambah mature.. Buat saya bertambah kuat dan tak mudah percaya.

Tak mudah kesian..ye..dulu cepat cayer dan cepat kesian. But now dah lain. Lagi-lagi kalau dulu bakal exhusband suka buat muka kesian..dah saya pun mudah kesian..tapi
sekarang tidak lagi..hati saya akan degil dan keras..dan kemungkinan takkan ada yang dapat mencairkannya..kalau ada memang terelah!!

Ni apa yang saya rasa sekarang..esok lusa taktawlahkan.. Haha

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 22, 2013

Prudential BSN



Saya suda dapat medical card =D

Tambah lagi satu komitmen.. Hmmm..

posted from Bloggeroid

Nama itu penting

Nama anak-anak saya semua saya yang beri. Atas dasar apa saya memberikan nama-nama mereka itu? Atas dasar erti yang baik dan tingkah laku orang yang bernama dengan nama tersebut.

Si Abang- Syahir Hannan.
Syahir bermaksud terkenal dan Hannan bermaksud penyayang.
Saya memberi nama Syahir kerana semasa saya sekolah menengah..adalah anak cikgu ni nama dia Syahir. Berperwatakan cool gitew. Ye ye.. saya mahu cari FB dia nanti. Disamping muka yang sejuk mata memandang.. dia punya perwatakan kool dan seperti sabar sahaja perangai dia.

Semasa saya di UiTM, seorang RS di hostel tempat saya menginap punya anak yang sangat comel dan bermata bulat berambut kerinting memang sangat comel. Di situ saya mendapat inspirasi memberikan nama Abang. Hannan.

Dan semasa saya menziarahi arwah imam yang sudah meninggal, dia berkata maksud nama anak saya ialah "Bulan terang" . Saya pasti ada maksud arwah berkata begitu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Kakak- Syaheera Raudhah
Syaheera kesinambungan dari nama Abang Syahir. Maksud yang sama.

Raudhah, juga semasa di UiTM seorang junior bernama Raudhah. Saya tak berapa ingat wajahnya tetapi dia adalah ketua pelajar di hostel saya. Pakai tudung labuh all the time. Dan juga bersifat kool and steady.
Oh ye, Raudhah itu taman di Tanah Suci sana tempat Rasulullah saw disemadikan. =D

Adik- Syakir Aqasya
Why Syakir? Disebabkan abang dan kakak bermula dengan 'Sya'.. jadi I chose Syakir yang bermaksud bersyukur dan pengenang budi.

Aqasya diberi nama oleh Chef Wan Obi. Dia kata ini adalah nama doa. Ekceli ejaan dia begini' Akashah. Tapi saya stylo kan sikit. Harap maknanya tak hilang..

Dan semasa belom memberi nama Aqasya pada adik, saya pergi ke hospital dan ternampak staf bernama Muslim yang sangat kemas pakaiannya. Teragak mahu memberi Muslim pada adik tetapi Si Bakal ExHusband nak jugak nama Aqasya.

Baby- Syaraf Muslim
Yang ini pening tak tau nak bagi nama apa. Ada yang suggest macam-macam..tapi saya dah lupa. Yang orang suggest tu saya tak berminat. Tak taw kenapa. tanya Si Bakal ExHusband, dia pun taktaw nak bagi nama apa. Tanya Mak mertua pun dia tak tahu.

Muslim itu pending. Jadi saya mau letak nama Muslim. Tetapi Muslim sahajakah? Mesti kena ada Sya.. saya selak buku maksud nama. Dan ternampak Syaraf.

Syaraf bermaksud kehormatan dan muslim bermaksud menyerah diri kepada Allah. Oh ye.. kebetulan pulak masa tu tengah top Ashraf Muslim. Dan kebetulan masa tu Ashraf Muslim sedang shooting drama Niyang Rapik di Kg Tali Air.

Harap semua anak Mommy jadi yang soleh dan solehah ye? =D

Saya yakin nama mempengaruhi sifat seseorang. Jadi bagilah nama yang baik-baik sahaja kepada anak anda.

Tuesday, May 21, 2013

Biru macam fb



It is when I have a blue morning.. Too many things in my head and the conversation is like an idiot.
Eg; biru macam fb.. Lol
posted from Bloggeroid

Monday, May 20, 2013

Takyah fikir dulu


Pagi tadi Zita call me dengan suara nanes-nanes. Ah!! Kasihan perempuan itew. Ingat husband dia sudah okay. Sedang dalam perbualan tiba-tiba.. Jeng jeng jeng.. Sore laki dia bagi amaran kat dia kuat-kuat dengar through phone. Lepas tu line putus.. Ya Allah semoga dia selamat disana. Lately tidak mendoakan beliau. Begini jadinya.

Serius esainmen banyak tertangguh. Tambah projek paper IB lagi. Notes..past year question need to be done asap. Memang berasaplah! My commitment towards study adalah cuma I think in between 20 to 30 percents. Gila tak gila. Last semester result sudah hancur. Saya memang relax sangat sejak broken heart hari tu. Tak mau stress. Need happy. Tambah lagi kes sudah dibawa di court. Mahu fikir kesudahannya. Mahu fikir keadaan selepas itew.

Cik Aqi suggest balik rumah ayah. Makcik jua bertanya semalam didepan ayah. Tapi aku cuma menjawab, "Nantilah dulu yang itu..selesai satu-satu." Saya tak mahu membebankan bebanan yang ada. Kewl and relaks sudeyy.. Tapi terfikir if balik rumah ayah.. Betapa jauhnyer perjalanan dari Banting ke Subang Hitech. Itu kalau stay kat sitew. Kalau lagi jaoh.. ??

Ye..sekarang saya takmau fikir keadaan selepas itew. Yang ada sekarang pon tidak berapa nak fokus. Jadi cukuplah..layan anak-anak yang mahu membesar. Hati sudah tenang kerana tahu saya ada Allah swt.

Oh ye..musykil kenapa sejak-dua menjak ni like he cares about me? Or Tuhan memberi tunai kepada saya selepas meminta? Hikmah akan sentiasa ada disebalik segala sesuatu. Tq Allah =D


posted from Bloggeroid