Tuesday, April 16, 2013

Pendapat II

Lifes hard. Anyway hari ni pagi-pagi dah de orang ucap tq kat aku. Senyum lebar sebab aku dapat tolong kawan yang ada problem. Dia lebih yakin apa yang dia nak. Dan dia puashati dengan nasihat dan pendapat aku yang tak seberapa. :)

Pada aku tak salah kita memberi pendapat. Tapi jangan memaksa dia untuk mengikut kehendak kita. Thats better approach kalau nak nasihatkan orang. Sebab kita tak tahu hati dia. Kita tak tahu keadaan dia bagaimana. Tapi kita cuba fahami keadaan dan situasi dari penceritaan derang ni macammana. Sometimes kita dah lalui keadaan tu, tapi dia bukan kita. So kita tak boleh nak paksa dia buat keputusan macam kita buat. Nasib orang lain-lain. Kita ada pilihan dalam hidup. Dan yang tentukan masa depan Allah s.w.t. Biarkan mereka dengan keputusan mereka. Kita hanya memberi sedikit jalan dari pandangan yang kita ada. Tak gitu?

Dan kawan aku yang suami dia ada perempuan lain tu.. Alhamdulillah.. dah ada sedikit perubahan pada suami dia. Harap akan terus bahagia dan tenang. Jam 230am dia mesej kata rendu kat aku. Hehe.. Pagi ni baru aku reply. Dan nak taw dia kata apa?

"Aku rindu ko ca.. rindu sgt2..sampai sebak dada aku" mesej dia jam 2pagi lebih tu.

Then aku reply, "Kau rendu aku jam 2lebih ni dah knp? Haha!"

Dia kata balik,"Xdalah Ca..kdg2 kita perlukan nak luahkan ati.perasaan..tapi xde kawan. ko je lah yang memahami."

Serius senyum jer aku baca. Hmm.. aku pulak? Kalau nak cakap dengan orang takde kawan.. ni lah kerja aku.. blogging..

So yang baca, kalo nak caya..cayalah. Tanak sudah. Aku tak kesah kao, kao pun tak kesahkan aku kan?

Sunday, April 14, 2013

Let me be me

Bloggering.. My hobby when I feel I need to talk to someone.

Malam ni I am texting with 2 new frenz and both lelaki lah. Sorang msg and sorang watsap. I dunno Allah mahu menguji saya bagaimana reaksi saya selepas apa yang terjadi dan selepas saya get really hurt. Selepas saya membuat keputusan muktamad..

Emm.. Malas nak cerita sebab saya tak faham bagaimana hendak bercerita. Texting serentak..tetapi cerita yang berlainan asasnya sama.

Pendekkan cerita, saya tak faham mereka dan mereka tak faham saya.

Now I really know what I want to be. Let them find their own way.. And let me be me :D

posted from Bloggeroid

The answer is..





=D alasan yang dapat diterima tanpa rasa di tolak.. Agaknyer lah.. Hehe

posted from Bloggeroid

Yes No Owait Tengkyu :D




Bila dia tanya tang ni.. Suda speechless.. Haha.. But I dont think the answer is yes :D

posted from Bloggeroid

Next Friday

This year saya rasa lebih yakin untuk melaksanakan apa yang saya impikan. Saya doa banyak-banyak agar semuanya dipermudahkan oleh Allah. Saya yakin ini yang terbaik untuk saya dan anak-anak. Supaya saya tidak stress sepanjang hidup saya. Supaya saya lebih menumpukan soal kerjaya dan anak-anak. Supaya saya lebih berdikari dari segala segi.

Semua yang berlaku dalam hidup punya hikmah yang tersendiri. Jika saya punya suami yang bertanggungjawab saya akan terus berada dalam keadaan bergantung. Takut melakukan sesuatu yang tidak memungkinkan saya lebih baik dari saya sekarang. Saya akan terus disitu. Tidak berubah dengan keadaan naif yang tak kena waktunya dan keadaan persekitaran. Biarlah saya terus berusaha walau payah bagaimana sekalipun. Insyallah.

Saya tak perlukan pandangan dan pendapat yang tidak membangunkan keadaan saya sekarang. Biar saya terus melangkah. Biar saya terus ke depan. Biar saya terus melaksanakan apa-apa yang patut dilaksanakan. Biar saya terus menjadi saya. Biar jatuh tersungkur sendiri. Saya perlu keluar dari comfort zone yang ada sekarang *walaupun tidak seselesa mana tetapi saya perlu keluar dari sangkar itu.

Biar Allah yang menentukan segalanya dari gerak hati ini. Telah berkali-kali saya solat istikharah. Tetapi gerak hati ini tidak berubah. Saya tak tahu kenapa. Mungkin ini yang terbaik untuk saya. Saya ingin menjadi yang terbaik untuk anak-anak.

Dan saya lebih tenang sekarang walau tiada siapa-siapa disisi. Terima kasih kepada yang mengingatkan saya kembali tentang agama. Semoga hidup beliau sentiasa dilindungi olehNya dan berada dalam rahmatNya sentiasa. :)

This Friday is the first step..

Thursday, April 11, 2013

Penyeri



Sometimes mereka-mereka menjadi penyeri saya =D

posted from Bloggeroid

Masih ada yang sayang



=D
Baguslah dari yang hanya purak2 mahu ambil berat. *abaikan jer telinga tu*
posted from Bloggeroid