Sunday, March 24, 2013

mahu study sehingga PHD level



Class start pagi tadi. Semua going well. For this semester I had registered only 3subjects. Finance, MGT and IBM. For first session today ekceli ada 2 class. Tapi satu class postponed until tak tau bila.
So this semester all is on my own. No one yang interested nak remind soh study. Okay..

Anyway tadi lecturer MGT sangat muda. Maybe nampak muda. But her style sangat fresh. Sehingga saya rasa why not one day after have my degree nak jadi lecturer. Haha..

Dah boring kot duduk ofis jer. Then boleh sambung master and PHD. Since after this no one especially Ajaren tak boleh halang saya belajar. Tadaa…

Oh my wifi dah back to normal. Yeay!! So that bolehlah I online iclass after this. No excuses. It is hard nak online iclass dalam phone. Kecik dowh. Tak nampak tulisan. Haish!

I found that this semester quiet interesting sebab for MGT kami akan buat community service and seminar. This is really fun for me and I am really excited. Kami separated into 8 team and will be lead by 2 team. And of course my team is not a lead. Gila nak mampus kalau my team jadi lead, konfirm I tak dapat nak catchup my study, kerja and kids. Lagi pun takut emosi tak stable, nanti lead hancur, exco lagi hancus. So it will be nice my team jadi follower jer. So, no need to stress sangat about the CS and seminar. Perlu sangat untuk lead my team in presentation and assignment.

Untuk 2 subject lagi, belum jumpa lecturer and hope semua akan berjalan dengan lancar sehingga akhir semester. Confident! Confident! Confident!

Oh sebut tentang confident, one of my fren dalam musim confinement. Baru semalam kot dapat baby gurl. And I thought this semester dia postponed. Tidak rupanya. Next week dia ada klas. Dia dalam confinement okay? Kenapa this semester dia tak postpone jer? Haish! I pulak yang risau. 

Oklah.. till then. Bye. xoxoxo. Muach!!!


Serkop kepala pakai hembeg

23 May 2013

Pagi ni aktiviti pergi rumah mak. Saje melawat mak. Daripada nanti melepek kat rumah. Sudahlah wifi cam harem. Asyik Network error. Rasa macam nak terminate takyah de streamyx lagi bagus kot? Semalam dah call helpdesk. Kata nak call balik. Sakit hati. Siyes.

Tadi on da way pi rumah mak..cd tu stop kejap-kejap. Dah agak dah kalau gitu nanti stop engine konfirm tak leh start balik. Sampai rumah mak..mati engine dan centerlock tak function. Lepas tu try start. Munyi takde langsung. Signal tak fungsi. Lampu tak nyala. Hmmm...gua dah stress. Gua dah la tak tahu nape jadi gitu. Hari tu first time kena, ingatkan alarm. Second time pun ingat alarm. Ni kotak alarm dah buka dah. Still kena lagi.

Buka bonet engine depan. Gua garu kepala. Tak taw nak tanya sapa. Tanya Pakcik sape pomen paling best kat kampung. Pakcik kata..pakcikla paling best.. Oh! Terharu!

Dipendekkan cerita. *Ada scene kena potong* Gua dan Pakcik pergi tengok kereta. Gua try start. Tak hidup. Pastu gua dah bebel-bebel dah. Tapi tangan usik-usik kat kepala battery tu. Gua try start lagi. Eh! Hidup plak? Oh.. Okay. Gua dah tau dah mana punca dia. Memang battery kereta tu. Pakcik test tengok kat kepala tu. Rupanya benda alah putih-putih adela sikit-sikit kat kepala dia. Pakcik kata tu taik battery. Battery pun beyak eh!? Pakcik ketuk-ketuk bagi yang selit-selit tu keluar. Emmm.... Ni pun mungkinlah. Sebab hari tu first and second time tak sapa pun usik kat kepala battery tu. Hari ni gua usik sikit jer..dah okay.

Tapi ramai yang kata battery. Memula gua macam rasa bukan battery kot..sebab baru jer tukar. Lepas tu gua pi amik air panas tuang sikit kat kepala dia. Lepas tu kotak alarm tu gua pasang balik. *ek eleh! Bukan susah sangat nak pasang kotak alarm tu*. Lepas tu test alarm okeh. Settle.

Gua test ala-ala koboi tembak WANTED! Tet tet! Dia bunyi. Lepas tu gua sengeh! Tiup hujung jari.. Pergh! Terasa semangat kekoboiannyer. Menembak robocop..ekekekeke..

Tadi masa memula sampai gua stress sebab Robocop system down. Tak function langsung. Gua rasa tensen. *acaner nak cari penjenayah ni?* Baring kat katil single mak sebelah mak. Himpit-himpit. Lepas tu gua tak tau nape bleh nanes. Huhu. Memula mak tak pasan, pastu mak citer la anak Pakcik sorang kete terbakar hangus sebab kepala positip battery kereta tak tutup. Api dia percik-percik kena tutup bonet dan ntah apa wire lagi terus bakar satu kereta hangus. Gua nanes lagi. Last-last mak perasan. "laa..nanes?" Mak kata gitu. Huhu... Mak pujuk sket jer.. "Nanti Pakcik tengok arr kete tuh." ekekekeke... Gua stress dowh!

Lepas tu layan hindustan dengan mak. Pergh!! Gua menghayati secara total citer tuh. Nanes lagik. Ayoyaii.. First time kot layan citer centa industan ni nanes. Dulu gua layan gitu-gitu jer. Kali ni siyes nanes. Ni penangan putus relationship la ni. Nak kata cinta pun tak. Nak kata kawan pun tak. Weyh! Entahlah.. *baru gua pasan sentimentel nye citer industan nih!*

Ingat. Rindu sekali sekala. Emmm.. Terkilan pun ye. Putus terus. Tak bleh text dah. Kira macam haram gua text dia. Serius seumur hidup gua tak pernah ada somebody yang memutuskan perhubungan kawan ke, gf bf ke, abang adik angkat ke.. Macam ni. Yang ni.. Entahlah. Gua terkilan satu jer..dulu gua bukan yang approach dia dulu. Tapi last-last jadik gini. Dia type lalu watsaplah kan.. "jangan cari abang lagi lepas ni." Baiklah..

Kalau terjumpa menyuruk ah mana-mana. *kalau de longkang besar terejun dalam tu. Nasibla ada air tak* Kalau terserempak terus serkup kepala pakai hembeg. Ekekekeke...

Okeh tinggalkan itu. Esok dah start kelas. Harap-harap semester ni berjalan dengan lancar. Wah! Lama lagi nak abiskan degree ni. Wuuwuu... Semester ni takde orang bising soh study..gua nak study, studyla..tanak takde sapa nak peduli.. Kalau bahasa kasar nye.. Pi la mamxxx... Naseb arrr..

*ni gua reka semalam..sebab wifi cam harem. TM tak buat keje ke?!*
posted from Bloggeroid

Friday, March 22, 2013

Dot

Malas mahu berceloteh.

Thursday, March 21, 2013

This is the time to let him go

POYO!!!

Abang kata hati saya hitam sebab saya marah bila discus dengan dia tentang Ajaren. Tak kisah kalau dia pandang begitu pada saya. Itu urusan saya dengan Allah bukan dia yang tentukan sama ada hati saya HITAM atau putih macam hati dia. *He is looks down on me. Huh!!

Seriously, deep in my heart saya tak marah Ajaren dah. Cuma I had enuf of him. Mungkin Abang tak faham saya, thats why dia suruh saya stay dengan Ajaren. Dan yang buat saya marah adalah kerana Abang suruh saya stay dengan Ajaren. But when I ask him back tentang his personal life, then dia kata saya tak taw apa-apa and dont judge. Oh!! Okay.. so Abang tahu lah sangat ye semuanya tentang saya dan Ajaren? And nak suruh saya stay dengan Ajaren? You only know the basic problem between me and Ajaren. Tak semua awak tahu dan awak pun bukan nak ambil tahu.

Its me being a stupid woman let him be in my life. At the first stage saya ingat he can guide me into the best of me. But I am wronged! But not all. At least he reminds me about tiang agama yang lima tu. Yes, thats why Allah temukan saya dengan Abang. Buka mata dan minda saya ke arah yang lebih baik. Only God knows why. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin saya akan lebih tenang selepas dia hilang dari ingatan. Susah.. bukan senang tapi boleh!

Fine! Maybe I am wrong in another part. Yang saya punya instinct he is flirting with another woman. But thats my instinct. Dan saya rasa ianya betul kerana Abang semakin menjauhkan diri pada saya. When I asked him and the very simple answer yang saya susah nak terima he gaved me. Dia kata saya melaghakan dia. Owh !!! I am the lagha things in your life. *and again he looks down on me* Its okay.. Selagi saya boleh bersabar.. *yang ni lagi saya bodoh..kenapa perlu saya jelez? life is complicated isnt it? and full of bullshit*

Balik malam tadi saya tak berfikir. Mandi dan tidur. Good for me merehatkan diri dari duniawi. Dan while I am driving in this morning, I think this is the time yang saya have to let him go with my all heart walaupun ianya adalah seperti "separuh jiwaku pergi"

Betul kata Marilyn Monroe, a man always hurtz a woman heart. Perlukah saya lelaki didalam hidup saya? Yes, I need. But only man called ayah and kids yang saya perlukan. Dan yang lain-lain dalam hidup saya, apa yang akan jadi in future saya serahkan 100% to Allah. Dan semalam saya sedikit membuat tindakan bodoh hanya untuk memuaskan hati saya. But my instinct always says that apa yang saya fikirkan adalah benar. Saya rasa itu tindakan bodoh yang saya pernah buat sepanjang hidup saya. But its okay sebab hal kecik jer tuh. No effect at all.

Selepas ini saya lebih berhati-hati untuk menyayangi insan yang berjantina lelaki. Pengalaman mengajar saya. Saya maafkan segalanya. And I hope dia pun sama.

2 way communication is needed in this relationship. In this case, I need him but he dont. So thats why it is not succeed.

~babywithherblackheart~ *your secret safe with me*

Tuesday, March 19, 2013

Tak yah arr nak jeles sangat!!!!

Mood kureng malem ini. Tak taw camaner nak decide. Di buang sayang..ada pun selalu buat gundah gulana. Acaner ek? Haish!!

Hmm... Tadi solat kat masjid hari tu. Takde mood nak balik. Solat maghrib dan isyak sekali. Ingat mood okay sampai malam.

Balik pun dah jam 9. Betulkan lampu. Tak hidup jugak. Watsap grup MKCC. Maklumlah kat situ sumer lelaki. So bila tanya tentang wiring konfirm dia taw. Cer tanya kat grup ZTE DC. Pasti nganga. Kalu gosip hangat bleh arr. Maklomlah..pompuan..

Belajar pasang soket lalu watsap. Poluh-poluh den. Nak harap sapa lagi mintak tolong tunjuk. Kadang-kadang kawan lebih membantu. Walau kecil pertolongan itu.

Tadi si Edra nak kenalkan gwe dengan kawan lelaki hubby dia. Kelakar plak. Gwe macam malu plak. Jam 530 ptg Ed call, tanya gwe nak tak kenal? Gwe kata, takyah laa... Segan plak. Hidung ku sudahlah tak mancung. Pipi pulak sorong-sorong.

Then tadi odw balik, gwe sedang drive Ed call. Kata nak lepak kat Mekdi Kota Kemuning. Gwe pun okay jer. Lagi pon memang nak singgah KK sebab nak cucuk duit dan pergi kedai hardware. Tapi tdi Ed stuck dalam jem. And dia kata tak jadi. Gwe plak sampai depan masjid tu dah azan maghrib plak. Tu yang terus singgah. Sempat gak Isyak. Sebab malas plak nak balik lepas maghrib. In between waktu maghrib and isyak, derang buat majlis ilmu sket. Tafsir al quran. Gwe pun tak dengar sangat sebab otak melayang ntah pi mana.

Balik terus jadi McGyver. Setakat wiring sket-sket bleh arr lagi.

Ni baru siap. Tengok FB dulu. Nampak status Miss X. Hmm.. Tetiba jeles!! Haish!! Bunguk gak aku nih. Buat bodo sudalaa. Buat pe nak jeles bagai. Hehe.. Taktawlah... Lantakkan jer. Budus!!

Manusia ni selalu syaitan dok hasut. Maklumlah..syaitan kan dengki dengan manusia.. Manusia pun ngok sebab ikut cakap setan.. Syaiitaannn!!!

Lantaklah. Buat tak tahu jer.

Kerja plak gwe nak kena expert pakai excell. Ni baru taw basic vlookup. Esok nak belajar dengan Ayn. Saya sedikit berkobar-kobar untuk menjadikan hidup saya terbaik in future. Sekarang yakin boleh. Tak serabut dah. Ok jer.

Angan-angan saya nak beli kete Honda Accord lepas habis hutang Robocop. Pastu beli la rumah. Hidup dengan anak-anak. Mesti best... Esok anak-anak sumer dah masuk hostel, tinggal Mummy cowang. Masa ni la nak jadi single balik. Cam bujang jer..huhu..Best!Best!

Kaki dah gatal-gatal. Baik mandi. Jam 12 baru nak mandi. Jom! Sapa nak teman? :)

posted from Bloggeroid

Monday, March 18, 2013

Pasti itu jalan yang terbaik

Serius hari ni giler tak busy.. Check punye check rupanya hujung minggu ni start kelas dah. So this week nak settle LHDN, KWSP dan kad diskaun pelajar.

Kat War Room ni, kalau si china-china ni berdiskusi..dah macam kerja kat China gwe rasa. Bingit telinga gwe. Lebih kurang macam kaf lam ya nga sket. Gwe lantakkan jer sebab takde kena mengena dengan gwe and haram sepatah tak paham. Ni nak kena belajar Mandarin ni.

Tinggalkan mereka. Fokus on me. 2013 saya rasa lebih baik dari tahun yang lepas-lepas. Saya ada masa untuk study. Sebab kerja memang tak busy. Dan yang paling penting.. 2013 ni berkemungkinan besar tahun saya meninggalkan Telok Panglima Garang. Tu yang paling best. Anak-anak mungkin akan start bersekolah di sekolah baru tahun depan. Tapi itu cuma planning. Harap berjaya dan doakan saya berjaya. Lepas tu.. siyes saya akan jadi Miss J Alexander.

Orang kata payah jadi Miss J Alex ni.. tapi sekarang pun saya lebih kurang jer.. cuma saya duduk dengan family Ajaren. So takdelah teruk sangat pun jika membuatakan mata dan memekakkan telinga. :)

Itu yang saya belajar hidup sendiri. Sehingga nanti saya keluar, mungkin hidup saya lebih teratur cuma busy. Dan jika busy giler, tentu saya tak layan anasir-anasir yang tak perlu atau langsung tak penting dalam hidup saya.

Oh ye.. Hari tu apply flat kos rendah tak dapat lagi. Dan Tuan Rumah hari tu dah offer balik rumah yang hari tu beria-ia saya nak sewa. Tapi masih difikirkan sebab kalau hujung bulan ni tak dapat jawapan dari Perbadanan Perumahan tu, kemungkinan besar saya akan menyewa di Seksyen8. Tapi pun buat masa ni hanya weekender jer lah sebab planning sedikit dah berubah. Takpe.. kita buat dia, bukan dia buat kita. No problem disitu.

Hujung minggu lepas kami bersuka ria dia Janda Baik. Tempat serius menarik. Sungai kat tepi tu jer. Anak-anak mandi sungai sampai gigil-gigil. Tasya bawak adik-adik dia... adik-adik dia lah yang melayan.

ok.. hari tu dah janji dengan ex-MKCC nak buat gathering. Tapi after exam lah. Mungkin dalam Bulan August tahun ni jika tiada aral melintang.

Nway.. saya pasti my life will be better without Ajaren. Sayonara lah Ajaren. Siapa pun tak boleh halang saya apa-apa pun jadi between me and Ajaren. Bukan tak nak dengar nasihat orang tu, tapi bila fikir balik..saya yang tanggung nanti apa-apa pun yang jadi. Orang tu hanya melihat.. desicion is in my hands. Bukan mereka atau keluarga mereka. Sekian terima kasih.

Sehingga berjumpa di lain lembaran. Heheh. *Penutup tak bole blaaa...*

Friday, March 15, 2013

alarm problem

Saya try upload video dalam blog. Apesal ntah error.

So try upload kat youtube pastu letak link kat blog. Emm.. Okay gak kan?

Oh ye.. Pagi tadi alarm kereta buat hal. Tak taw lah kenapa. Nasib baik saya macam biasa mintak tolong orang. And for sure la buat muka tak malu mintak tolong. Nasib baik abang tu taw pasal kereta. Kalau tak mati... Sudahlah mahu pergi kerja. Emm...

Anyway segala urusan berjalan lancar. Dan petang tadi pergi kedai aksesori. Dia kata mungkin battery kereta. Tapi battery tu baru jer tukar bulan disember kelmarin. Takpe.. tengok nanti camaner.

Esok nak pergi Janda Baik. BBQ dengan opis mate. Hehehe... Pasal video tu nanti dah selesai saya bagi link. Sapa rajrn nak tengok.. tengoklah. Sapa tanak tak paksa pun. Tak menarik pun ekceli. Cakap merapu meraban jer. Test-test lah katakan.

Lapar pulak. Bye....