Monday, April 28, 2025

Nikmat mana lagi yang kamu dustakan

 Tapikan.. since sis kerja dari dulu .. dari bawah. Alhamdulillah sis tak pernah kehilangan kerja walau sis contract staff. From 2009 masuk kerja di MKCC, pernah nak kena retrench tapi tak jadi. Masuk ZTE 2011, walau dah goyang ye.. kena tendang dari DC team, sampai macam takde boss waktu kerja boleh keluar ikut Edra gi site.. still contract renew. Sampai masuk Ericsson, sebelum ramai2 kena contract end awal, sis dah keluar dulu masuk ZTE semula. And.. this year ZTE end contract ramai staff, still tadi JJ kata my position is secure. Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang kamu dustakan Nija. 

2025- Pedih

Tahun ni everything is good. Mencuba mencari jodoh2 yang tak jumpa2. Kena usahakan? Yang di sayang tu .. macam tu lah. Malas nak komen. Bila ditanya kata sayang, tapi cakap tak serupa bikinlah. Kita ni kadang nak bercerita itu ini, tapi tidak di layan ya. Semoga sis jumpa yang suka melayan sis. 

.

Macam tadi sajalah call, nak curhat. Tapi dia kata kita membebel. Hmm.. pedih! I am now trying to get a distance from him. Slowly.. walau sedih. 

. 

So now we talk about kerja. Kerja okay cuma tiba2 JJ nak pi Indonesia and yang ganti Ivan. I tak tahu mcm mana nanti sebab Ivan sangat ego, Nabilah kata dia panggil subcon fucker, fucker gitu kan. Takde adab. JJ tu walau cerewet tapi baik je. Bila mengadu kat Zharif pasal ni, ada ke dia kata kita negative thinking. Dah orang tu macam tu. Menangkan Ivan sebab , Ivan main golf dengan dia. I tak taw nak cakap pe dah. 

.

Asyik golf, kawan, family, kerja. Dah tu kau yang datang kat kita dulu. Stress aku dengan perangai lelaki ni. Dahla penat la nak layan orang main tarik tali ni. Tu lah.. hati ni kalau dah sayang kan susah nak lepas. Slowly but surely. Haih. Macam ni bila ntah nak kawen.

.

Hisham Ibrahim dah settle senangkan kalau kita cakap dah ada boifren. Dia dah main jauh-jauh. Malas nak layan dah. Yusri Talib pulak asyik DM je kat IG. Halah halah.. stalk kita la agaknya tu. Kalau whatsap yang penting je balas. Tak penting tanya bukan2 miss you la, rindu la.. pi main jauh-jauh. mcm nila lelaki kalau kita reply whatsap ingat kita nak dia lagi la tu. Euww.. yang boleh di terima Abg Adi je. Sebab dia tak gatal mcm yang lain. Fahmi pun dah goodbye! 

. 

Semoga Nija kuat. Nija kan memang kuat. Dari dulu kuat. Semua buat sendiri. Looking forward Syahir Hannan punya convo yang tak tahu lagi bila and Syakir Aqasya UPU result. Semoga yang baik2 saja untuk anak2 mommy. Dan semoga guwe semakin banyak gajinya, rezekinya. Nak beli kereta baru mazda3 liftback mungkin. Semoga yang sedih2 ni digantikan dengan rezeki yang melimpah ruah. Oklah sis nak pi sambung buat report. Curhat kat sini je lah kalau sedih. Takyahla curhat dengan manusia.

.

Oh ya ritu hantar cv kat boss faisal. Semoga ada rezeki Nija. Ameen

Sunday, June 2, 2024

Jodoh

 Susah nak cari jodoh sebenarnya, ramai dah lelaki i jumpa tapi ada je tak kena.

I tanak sorang2 dah tua nnti. Nak ada teman gi makan breakfast, lunch and dinner.

Now still okay sbb kids ada di rumah lagi walau kdg yang tu je ada, kdg yang ni je ada. but then kalau semua dah takde? Now pun dah jadi workaholic asyik kerja je tak habis2

Gila mat kalau dah retire nnti sorang2 nak pi mana? Semoga berjodoh ya untuk sis

Sunday, February 18, 2024

Hello & Goodbye

Well lama tak bercerita tentang diri sendiri kan? Nothing excited happened. None. So boring kan?

So this week mommy alone. Aca and Syaraf sleep rumah nenek Tijah. Ayah diorang masuk hospital. Kaki dia tu tak sembuh2. Hmm.. bertambah lah alasan tak cari rezeki for kids. Then, macam biasa Mommy will be supermom to prepare semua. Thats why i malas kadang nak pikir benda di luar kehidupan sendiri. Ya.. i think thats why am being insensitive to others people life. So this is who I am. Sampai mak yang dah tak sihat pun sis malas banget nak balik kampung sebab jauh. Orang gelak je kan kalau kata Puncak alam dengan Banting tu tak jauh. Cuba test satu kali tengok. Tapi kan orang kata nak 1k daya tanak 1k dalih.

Ntah la. Malas nak pikir. Sebab sis suka katil sis. Sambil layan netflix. So hopefully kalau dah tua nnti janganla sis mati atas katil tgh tengok netflix. pastu sebab takde orang kat rumah, takde org perasan sis mati. Hish simpang malaikat 44. Imagination melampau kan? Hopefully sis mati tgh sujud. atau tgh baca al-quran. Barula masuk syurga tanpa hisab. InshaAllah.

Then dah tua ni sis memang rasa nak kawen. Let me tell you ya about current situationship. First, H ni dah berapa kali ajak sis menikah. Tapi sis tak yakin dia pernah buat hal. Hutang 1k tak bayar lagi. Kau tak ingat ke hutang tu? 

No 2, ex yang sorang ni sebukla ajak keluar. Dah 3 kali cerai. nampak sangat kau bermasalah. Dan yes sis suka kereta. Show off kereta pulak. Dia ingat sis kemaruk sangat ke dengan kereta? haih. Jijik ye kadang2 perangai lelaki.

No 3, ada. Tapi yang ni a bit complicate sikit. Tapi sis suka dia. Tapi.. malas la nak cerita. Sis sedih selalu sebab dia. Sebab secara logic akalnya, dia akan tiada masa untuk sis. Always busy. Walaupun muda dari sis tapi i love his passion untuk majukan diri tu. Tapi biasalakan, orang2 macam ni akan very busy with their connection. 

Dahla.. sis tunggu yang lain lah. Semoga ada jodoh sis nnti dengan siapa pun yang melengkapi antara satu sama lain. Bukan yang tambah burden sis. Bye for now

Saturday, September 2, 2023

Sampaikan pada jiwa yang bersedih

Lately rasa macam nothing, empty. Rasa sedih. Semalam down. Terfikir benda yang lepas dan yang sekarang. Malam tadi sleep sampai jam 3pagi. Then bangun rasa mamai. Still rasa sedih.

.

Anak2 dah besar should be sis rasa bersyukur dengan kecukupan yang Tuhan bagi. Alhamdulillah. Tapi at the same time, rasa sad sebab nanti bila anak2 dah besar they would have their own life. Sis selalu bgtahu deiorang, pergilah mana2 yang kamu mahu pergi. Terbang tinggi2 tak yah pikir mommy. Mommy akan hidup dengan cara mommy yang mommy sendiri tak tahu bagaimana. Mommy nak anak2 mommy semua capai dan buat apa yang kamu nak. Jangan ada yang menghalang k. Mommy will support you till the end.

.

Kadang sis rasa sis belum moved on dengan segala kesedihan yang sis alami. Perasaan marah pada ex tetap ada sebab beliau tak berubah dengan kesenangan dan kemudahan tanpa usaha apa2 for anak2. Ada bagi, takde lantakla sana mak dia ada. 

.

Pernah sis terfikir baik sis jadi lelaki. Kawen dengan perempuan and sis yang jaga perempuan tu. And perempuan tu akan jaga segala dalam rumah dan keperluan anak2. Tapi.. tak bolehkan sebab tu dah melawan takdir. Jadi.. sis buat apa yang termampu. Penat? mahu tak penat. perempuan kan emosi walau kawan sis kata, sis perempuan yang tak banyak kesah. Cool je. Tapi.. perempuan is perempuan. Emosi ada waktu stabil and tak stabil. 

.

Sampai skrg sis akan nagis sorang2 dalam bilik. Sebab nija seorang perempuan.

Wednesday, February 15, 2023

Boring but kena bersyukur

Apo ko bondo eh datang opis but doing only a little kerja, but then kena berlakon as if you got so many works. Tak berlakon sangat pun cuma termenung, scroll so many social media, sharing benda mengarut.

Oh ya, btw I have to bersyukur sebab I have a job. Ramai tak renew contract dekat Ericsson ni. Ghisau dengar nya. Resume pun dah banyak terkumpul mereka hantar. Hopefully dapatla tolong mereka-mereka ni. 

Bersyukurla Nizar Kusyrina. Alhamdulillah Tuhan tolong I dulu. Nak nanges pulak bila ingat-ingat balik, boss tahan-tahan tak bagi keluar janji bulan bintang. Last-last ramai tak renew contract. I've made a right decision lah.

Tuhan itu tahu apa yang hambaNya perlukan. Tulah cuma kadang I is tak ingat Tuhan. Insof.

Kelmarin Farah bagi resume, semalam Syira and today Rizal. Sedih dengar macam ni. 


Wednesday, November 30, 2022

E & Z




Terasa agak sedih nak tinggalkan Ericsson. Setahun bersama rasa belum jemu lagi. Semoga kita berjumpa lagi ye. Thank you for being supportive. Chaiyok guys!!

Never expected for what I have and what I have become. Good job Nija!

 

Tuesday, October 5, 2021

Accept your qadr now. Understand it later

I pernah marah dan rasa dunia ni tidak adil. Yes, waktu tu i memang marah. Marah kepada Tuhan knp susah payahkan diri ini menjaga anak-anak hingga kesempitan wang. Kenapa yg sebelah sana seperti goyang2 anu je tanpa tahu erti tanggung jawab. Sorry i guna ayat kasaq. I susah payah kerja yg tak setara dengan apa yang i belajar. (Belajar management keje technical engineer) and i a am woman yang kena compete dengan para lelaki yg genius2. Rasa susah sangat stress ditempat kerja dan stress dirumah. Stress dari segi kewangan juga. Stresslah segala-galanya.

I dulu selalu terfikir apa yang Tuhan nak bagi sebab I rasa hidup i terlampau kacau bilau. Dengan ex-husband yang begitu. I tertunggu-tunggu apa hikmah di sebalik segala-gala-gala yang terjadi.

Dan sekarang baru i tahu.... Kbai 



Saturday, October 2, 2021

Letter for ex-husband

Hi Ex

Hang sihat ke dak tuh? Sakit kaki? siaaan.. Gout ye? Makan ubat kay :)

Hang dah sakit macam ni ada hati nak get back? Oooo dulu masa anak-anak kecik.. sepah2 kat bawah flat tu hang amik taw ka makan minum depa? Tadakkan? Tak yah cakap pasal makanla.. Aku suruh hang cari duit untuk sekolah agamakan diorang hang kesah ka? hang tak kesah kan? Tapi takpa.. aku tanggung semua tu.. dengan sabar walau masa tu aku pun tunggang terbalik.

La ni aku tak boleh hadam hang nak get back? Sebab hang nampak aku dah boleh beli rumah? Sebab anak2 dah besar dah boleh jaga hang yang sakit2 tu? Hang ingat anak2 hang tu boleh di suruh2 macam khadam dan hang pulak goyang kaki? Hang nak suruh depa jaga kedai burger hang dengan alasan kaki hang bengkak, mak hang dah tua? Adakah hang duduk serumah tu hang betul2 jaga mak hang? Atau mak hang yang jaga hang? Adik beradik hang tepi2 rumah tu tak boleh jaga mak hang ka? hang sorang ka yang sediakan semua untuk mak hang? Aku tengok byk mak hang yang sediakan semua untuk hang. Dari motor, kereta and rumah. Semua mak hang sediakan. 

Pahtu ayat maneh hang, ayat chia2 hang. "Kalau awak ditimpa hujan sekali lagi, boleh tak saya payung kan awak sekali lagi". Nak termuntah aku dengaq ayat hang nih. Aku ni ditimpa hujan sebab hang. hang tak sedaq ka? Hang ingat aku nak bawak hang masuk balik ka penyebab hujan yang dulu. Hang ni sampai bila nak sedaq ntah. Aku sebab sabar ja. kalau tak mahu aku dah santau hang. Aku tak rasa tanpa hang dalam hidup, aku ditimpa hujan. Sian eh hang tak sedaq lagi. Memang betullah decision aku untuk tinggalkan hang. Suka bawak masalah, suka buat muka kesian. Pemalas pun ye. haih!!

Tolong lah hang sedaq. ya tuhaaan

Tapi apa pun, aku doakan hang sedaqlah untuk apa yang jadi dalam hidup hang. Aku tak cakap hang salah 100 persen. Tapi banyak kesalahan yang hang buat dulu buat kita jadi mcm ni. Aku pun nak berterima kasih kat hang jugak, sbb kalau hang tak buat aku ditimpa hujan petir ribut puting beliung aku tak jadi macam aku sekarang. 

last sekali, tolong.. hang tolonglah sedaq sebelum hang mati. kalau hang nak mati hang tak sedaq gak, mayat hang pun aku tamau tengok.

Kbai


Wednesday, August 11, 2021

Shit can happen anytime_design team going crazy!

Lately i banyak buat salah on preparing material. Gila banyak. Kadang i tak fahamla boss2 ni yang tak memahami kerja kuli2 kat bawah yang sangat serabut.


Tambahan lagi, dengan sistem yg jahanam unstable kena update seketul2. Then bila complain sistem like jahanam, sng je boss cakap, u have to use it otherwise kita cari orang lain yang nak guna sistem tu. Damn! This is all bullshit!!


Bila salah macam biasalah kita yang tak perform. Senang eh jadi boss2? Bila i nak jadi boss ni?




Monday, August 9, 2021

tellmewhyarewesoblindtosee,thattheonewehurtareyouandme

Tell me why are we so blind to see

That the one we hurt are you and me

                                                             Gangsta's Paradise 


It's telling you about 2 parties hating each others, fighting each others but they didn't realize that they are hurting each others.


malam awal muharram 1443AH



Saturday, July 10, 2021

Cannot sleep la youu

 Dah 6 bulan I pindah Puncak Alam. Alhamdulillah all went well. 

I rasa I nak menikahlah. Tapi sebab banyak pikir, I membatalkan hasrat perkahwinan tu. Lagi pun kalau dulu I senang jatuh hati, now tak lagi. Bukan takde orang yang I suka.. aaddaaaaaaaa cumanya rahsia lah youuuuu.

Btw, siang tadi may laptop ocak tak oleh on, I decide beli refurbished laptop. Bolehla you cuma nak buat pakai buat kerja je. Yang rosak tu laptop umur 11 tahun. Nak beli baru tak mampuuuuuuu.

Monday, April 6, 2020

lelaki

Pernah aku rasa nak jadi lelaki. Sebab apa? Sebab jadi lelaki ni lebih mudah. Why?
.
First - part di industri pekerjaan. Kalau kau biasa2 je pun kau sng nak dapat kenaikan pangkat. But tgk post jugalah. Like me yg kerja under project team susah sgt boss nak bagi kepercayaan. Yeah. maybe because i ada kekurangan. Kekurangannya adalah i have degree in operation management not an engineering degree holder. And as a design engineer i should have a least basic auto cad but then i have no basic at all.
.
Second - gaji. Negara kita ni klu kerja in private sector rate gajis between male and female adalah berbeza ye kawan2. aku tak tahula klu GLC and gov bagaimana. But then since dip graduate i dah kerja private sector and i have experience on gaji between male and female. Kecuali kau expert nak mampos dalam bidang kau gajis kau mmg tahap tinggi nk mampos. tapi berapa kerat?
.
Third - pandangan masyarakat. Aku miss J. Dia mr D. Kalau sebagai ibu taknak jaga anak konfirm kena kutuk kaw2. kalau mr D? The society akan tak kesah pun. Aku cakap ni bukan aku tak nak jaga anak. Tidak. Cuma untuk perbandingan ye gais. dan byk lagilah society opinion on miss J ni kan. Ah aku rasa uolls tahu kan?
.
Fourth - tanggungjawab. Lelaki mmg tggjawabnya mencari nafkah dan melindungi keluarga. Kalau perempuan tu dapat lelaki tak guna mcm i dulu, dengan control nak mampus sebab takut aku be better and lari dari dia. sekali kena cerai kau menggagau nak merangkak woiiii. Kalau aku jadi lelaki, dah tentu2 aku jaga keluarga dan keturunan aku sebaik mungkin. Kan?
.
Aku takdek idea dah. tapi itu adalah sebab diantaranya aku terfikir klu aku jadi lelaki hidup ini lebih mudah. Sebab now pun semua aku buat mcm lelaki jugakkan. Cari duit untuk family. no single sen pun dari ajaren bongok nak mampos tuh. la ni bantuan BPN dia dapat 1600. senang2 je kan? pahtu enjoi sendiri duit tu. Aku? Malas je nak cerita. Biar aku je tahu apa yg aku hadap.
.
Pernah dulu aku rasa nak start merokok. sebab aku tengok lelaki merokok ni mcm hilang segala stress yg ada. naseb aku tak buat. heh!

Thursday, April 2, 2020

Movement Control Order

Sudah dekat 3 minggu gais kita berMCO. Mak nak pesan je, jangan keluar rumah. Hapuskan rantaian Covid19. InshaaAllah kita boleh raya.

Actually I is tak sabar dengan rumah baru ye gais. Doakanlah dipermudahkan rejeki nak masuk rumah baru. Emmm byk gak nak pakai duit. And as usual i is minimalist ye gais. Minimalist sebab takdek duit. Wakakakaka

Nanti rumah i tu simple2 aje. Alhamdulillah rejeki tuhan bagi. Tapi tulah dah 2 kali drag date nak dapat kunci. I is kecewa la gak kan.

Mana yg i boleh buat sendiri nnti i buat je sendiri. Yahooo!!!!

I pun tatawla ada ke yg baca blog I lagi nih. Sendu mcm tuannya gak. wakakkakakaka

Tuesday, February 11, 2020

Menara TM

No w i kene kerja based at menara TM. sebab boss kata i kena support project webe. Ntahla. Jauh sangat ni nak travel hari2. kos meningkat uolls.
Yang i risau anak2la. sian la mak dia sampai lambat balik rumah. Bukan bulan puasa takpa. Kalau bulan puasa i takleh pikir ni. sapa nak masakkan untuk anak2. I is sabar banyak2 je.
Klah bai

Saturday, January 4, 2020

Alhamdulillah Viva Voce

Semalam adalah ViVa VoCe for our master degree programme. Memang stress sgt. I rasa mcm give up. Really give up. But then because it's a team work i teruskan juga. Sebab taknak selfish with the other 2 team members.
.
Tau dak givap i sampai rasa mcm dah tanak tgk semua tu. Tanak pi discussion sampai malam. tanak tanak tanak. Ia terpaksa lakukannya dengan terpaksa tapi rela. Hahahaha
.
ye dulu aku tak paham bila org kata paksa rela. Kalau dulu yang aku faham kalau paksa tu sebenarnya kau tak rela. Yang ni you are willing to do tapi kau dah penat dah givap but then kau paksa diri untuk buat juga. That is paksa rela.
.
Alhamdulillah our group team ni nmpk mcm pasif. Dimomokkan oleh kawan2 lain why this why that. But then everything went smoothly. My fren yg preknan as well alhamdulillah sempat nak present. And i was fluently boleh present like a pro. Depa kata i present mcm bercerita. Sebab i explain the core of research. Chapter 4 analysis and findings. Kami buat operation area. But not too technical lah. I have to stori mori about the process. Bla bla bla.. Siyesly i macam tak yakin but then, alhamdulillah sgt kami punya correction minor je. About the process analysis and findings semua cun. kehkeh.

Thursday, December 5, 2019

post hanat

i penat u. sampai tak tahu nk tulis apa dengan kepenatan yg ada. kdg terasa menyesal gak sambung master. duit epf acc2 habis. klu tak sambung master takde dah masalah kewangan nak pindah rumah. duit dah ado. tpi tu lah ketentua Illahi dalam perjalanan hidup tak siapa yang tahu ke"blessing"an Nya.

hari ni pagi ni otak aku seperti berada di awangan. mcm high gitu. overdose assignment. cibai.

si ajaren kena tahan pulis lagi. bodo la jantan tu. sampai tua hang tak berubah ke camne? i kenot brain u. kids da besar. abang pun marah punya bapak yg begitu. aku menyesal gak kawen ngan dia sbb akula sepatutnya bertggjawab mencari bapak yg baik untuk anak2. tapi takdir Nya begitu. sapa boleh pertikai. cibai again for that old man. cibai 1000k kali. ,kbai

Thursday, September 26, 2019

Friday, September 6, 2019

first time bayar rumah

hari ni adalah hari gaji. jadinya hari ni juga adalah pertama kali bayar duit rumah dan aku rasa ini adalah the biggest achievement yang aku pernah lakukan. dulu2 masa keje kat watson aku tak pernah terfikir yang aku mampu nak beli sebuah rumah guarded and gated. masa keje watson dulu basikal pun takdak. terfikir masa tu aku tua nanti mesti jadi mcm makcik2 kampung yang naik basikal pi kedai beli sayur everyday kat kedai hem. tapi hari ni ketika ini aku telah membayar installment pertama untuk rumahku syurga ku tempat anak cucu balik waktu raya dan cuti2 senggang. echeh

bagi org lain mungkin ini adalah perkara biasa tapi bagi aku ia adalah sesuatu yang tak pernah aku terfikir dan terjangka. time aku pindah shah alam dulu, aku rasa dah cukuplah hanya sebuah rumah sewa kecik dan sebuah kereta untuk menjalani hidup bersama anak2 tercinta but alhamdulillah Allah bagi something more than i thought. Alhamdulillah again. Amin.

berkat doa mak. aku pernah mintak mak doa depan kaabah nak jadi kaya. so Allah bagi rumah. Amin Ya Rab

Thursday, August 15, 2019

Exam result

Last week before raya haji exam result for part3 dah keluar. Sedih mula2 sbb one paper failed. Luckily my GPA and CGPA increase from previous semester.

For finance paper hanya 8 org yang gagal dalam kelas. Yes I have negative thought for the teacher but positively there must be a reason why I failed for the paper. Life must goes on.

For final effort to get the paper pass is to appeal to review final paper. Manala taw kot2 C+ jadi B. Pass terus. Kalau tak jadi B pun jadila kalau dapat B- where  will increase CGPA kan walau still fail the paper.

At the same time kena pikiaq pulak yuran yang akan naik sebab amik 5 paper next semester. But still tengah pikir either nak amik next sem or extent another one sem. Kau rasa?

Manala tahu masa amik finance tu jumpa jodoh ka.. kan? Hehehe

Positive thinking la k. Actually kami dah siap2 isi appeal form tu. Pagi tadi dah berjanji-janji dengan kak mar and tira nak submit. Malangnya kami salah form. Jadinya kami hanya melepak breakfast sambil berborak isu2 kerja, isu2 beli rumah, dan isu2 belajar kami.

Yang paling menarik sekali, masa pagi2 kami dah sampai AAGBS office terserempak pulak dengan lecturer yang menggagalkan kami 8 orang ni. Amik kau gagap I sebab I wish her morning with smiley face then dia pi tanya pulak buat pa kat sini? Kak mar dah nyuruk dulu. I tergagap nak menjawab errr.. nak settle sesuatu. Tu je I reply. Hahahaha Kalau berterus terang I tak rasa she can accept lah. Tapi takpa, this is our last effort to pass the paper. Takde la kena mengena dengan dia but maybe will tarnish her name la kot? But I dont think so lah.. heeee

And positively I do it for myself. Nak grad on time, nak CGPA naik and tak nak bayar yuran lebih juga yang pasti komitmen belajar yang lebih tinggi next semester. Its nothing about her. Memang mula2 geram but just be positive yang kita ni memang lembam hahahaha.

Tapi pelikkan tetiba I start active blog balik. Entah. Saja nak tulih. Sesaja kat ofis kurang keje nak buat because of project slow sekarang. Hopefully I have a lot of time to focus on my study for my final semester. Doakan I grad on time. Nanti leh focus kat anak2.